4

10 1 0
                                    




Dania memerhatikan Fateh dari jauh. Masing masing bersorak membuatkan suasana malam menjadi bising.

Dania menyuapkan nasi kedalam mulutnya. Dani dengar perbualan meja disebelahnya.

"Kenapalah datang tempat macam ni pakai baju tu? Nak tunjuk apa datang sini pakai macam tu?" kata seorang perempuan berambut pendek paras bahu dan berpakaian agak ketat.

"Pakai tracksuit paling aku tak boleh nak brain. Dia ingat ini tempat untuk bersenam ke?" balas seorang perempuan yang rambut agak sedikit panjang dan diikat tinggi dan berpakaian ketat juga.

Dania hanya menarik nafas dalam dalam untuk mengawal emosi. Dania risaukan Fateh. Hampir setengah jam menunggu akhirnya kedengaran bunyi motor semakin hampir.

Dania bangun dari tempat dia dan mahu berjalan untuk menghampiri orang ramai yang menantikan pemenang. Tapi tangan Dania di tarik oleh Daus.

"Fateh suruh duduk sini. Jangan pergi sana, kita tak tahu apa mereka nak buat nanti. Baik Nia tunggu Fateh datang sini." kata Daus  lalu melepaskan tangan nya.

Dania duduk semula. Ramai yang bersorak. Fateh senyum datang menghampiri Dania. Dania membalas senyuman Fateh.

"Awak menang."

"Tak penting pun. Awak nak balik tak?" soal Fateh bila melihat jam ditangan hampir pukul 3pagi.

"Saya nak tidur dekat mana?" Dania menyoal Fateh kembali.

"Saya tahu dekat mana." balas Fateh.

Fateh melihat Dania seperti kesejukan. Cuaca malam memang sejuk. Fateh membuka sweaternya dan berikan pada Dania.

"Sejuk tapi tak nak bagi tahu. Lain kali kalau apa apa bagi tahu je dekat saya. Saya tak makan orang." gurau Fateh.

Apabila sweater Fateh dipakai oleh Dania, nampak Dania sangat kecil kerana baju Fateh yang besar. Fateh tersenyum.

Fateh menarik hoodie dan menutup kepala Dania.

"Biar orang tak nampak awak."

Dania sudah menahan ketawa.

Johan datang menghampir Fateh. Fisya disamping Johan.

"Kau tak nak habuan ke?" kata Johan sambil matanya memandang Dania.

"Aku tak perlu." dingin suara Fateh.

"Hai nama aku Johan." Johan menghulurkan tangan pada Dania untuk berkenalan.

Dania pandang Fateh dan tidak berani pandang Johan kerana mata Johan liar memandang Dania sebentar tadi.

"Tak perlu lah kau nak berkenalan." balas Fateh bagi pihak Dania.

Fisya memandang Dania dengan pandangan jijik. Fisya mula bicara...

"Kau ni pun sama macam aku. Bila Fateh dah bosan dia buang kau. Kau tunggu je nanti. Aku kenal siapa-" kata katanya dipotong.

"Itu urusan saya dengan Fateh, awak jangan risau kalau saya kene buang pun. Yang kene buang tu saya bukan awak. Awak nak cakap yang awak kenal dia, mungkin awak tak kenal dia macam mana saya kenal dia. Jom awak balik. Saya dah mengantuk." Dania menarik tangan Fateh ke motor.

Fateh agak terkejut dengan Dania. Sebab Dania sebelum ini tak pernah mengeluarkan bersikap begitu.

"Betul ke awak tadi tu?" soal Fateh seakan tidak percaya.

Hanya KamuWhere stories live. Discover now