Bunyi jam loceng sudah menandakan pukul 5pagi. Aku siapkan kerja yang biasa aku lakukan setiap pagi. Aku memasak nasi lemak dan memanaskan sambal dan yang lain lain lagi.Waktu subuh sudah hampir masuk , aku mengejutkan ibu untuk solat jemaah.
Jam sudah menunjukkan pukul 6:30 pagi, aku menghantar makanan ke gerai dan warung dengan berjalan kaki. Kaki aku tidak kuat kerana aku pernah kemalangan waktu di zaman persekolahan. Ibu pun tidak tahu sebab aku tak nak risaukan ibu.
Selesai hantar kuih dan nasi lemak, aku pulang semula untuk pergi kerja. Aku kerja sebagai cikgu tadika di kampung.
Aku diterima kerana pemilik sekolah itu kawan baik arwah ayah. Aku hanya kelulusan Spm.
Aku memakai baju kurung cotton berwarna biru cair dan tudung bawal berwarna merah jambu cair. Aku memakai beg sandang hitam.
Mungkin disebabkan badan aku kecil ramai yang ingat aku masih bersekolah.
Selesai kerja, aku terus balik untuk menghantar bekal untuk Fateh. Aku bekerja setengah hari.
Dari jauh aku nampak Fateh sedang berbual dengan seorang pelanggan. Nampak macam bukan orang sini, mungkin orang luar. Bengkel abang Syafiq satu satunya bengkel yang berada di kampung itu.
Lelaki itu duduk menunggu keretanya diperbaiki. Aku datang menghampiri Fateh.
"Assalamualaikum awak, ini bekal untuk awak." aku meletakkan bekal makanan diatas meja.
Fateh hanya senyum. Walaupun mukanya comot terkena minyak hitam, Fateh tetap handsome di mata aku.
"Asyik Fateh je, bila kitorang nak rasa masakan adik kecil molek ni?" kata Amzah.
"Besok Nia masakkan untuk abang Syafiq dengan Amzah. Nia balik dulu." Aku meminta diri.
Fateh senyum manis memandang aku.
Cair hati aku!!
Apabila aku pusing kan badan , mata aku terpandang pelanggan lelaki itu memandang aku dan senyum.
Aku hanya menunduk tapi tidak membalas senyuman lelaki itu kerana aku tidak kenal. Aku tahu senyum itu sedekah tapi aku tak biasa.
Sampai sahaja dirumah, aku nampak ibu dan Mak Wan sedang berbual dibawah pokok mangga. Daun kering bersepah. Aku mengambil penyapu dan menghampiri ibu dan Mak Wan.
"Mak Wan sihat? Kaki Mak Wan dah sembuh ke?" tanya aku.
Mak Wan terseliuh beberapa hari lepas, mujur waktu itu Fateh menghantarkan motor milik anak Mak Wan ke rumah.
"Alhamdulillah dah sembuh. Nia dari mana?"
"Nia baru je lepas balik dari bengkel abang Syafiq hantarkan makanan untuk Fateh."
"Bila kamu berdua nak kahwin? Sesuai sangat kamu berdua ni, risau Fateh terlepas je. Ikutkan hati MakWan, nak je Mak Wan kahwinkan kamu dengan anak Mak Wan tapi itulah si Khairul tu tak boleh harap. Sibuk dengan motor siang malam. Kerja pun tak nak nasib baik ada hasil kebun boleh lah buat makan." luah Mak Wan sambil mengurut kaki nya yang nampak sudah tua.
Aku hanya senyum. Aku menyapu daun daun kering yang berguguran jatuh ke bumi. Aku kumpulkan dan bakar jauh dari tempat ibu dan Mak Wan duduk.
Vrom! Vrom!
Bunyi motor milik Khairul menghampiri rumah aku. Aku buat tidak tahu. Khairul ni bila di bagi muka jadi miang.
"Hai Nia. Manis awak hari ni." puji Khairul.
YOU ARE READING
Hanya Kamu
Teen Fiction"Walaupun aku budak motor, aku tak macam dulu. Aku dah berubah!"- Fateh "Aku percayakan Fateh lebih daripada kau! Fateh tak macam tu!"- Dania "Fateh tu tak mampu jaga kau! Dia tak ada apa apa dan dia tak boleh jamin masa depan kau." -?? Apabila cint...