Sudah 3hari Mak Dibah di kampung, Dania tinggal seorang diri. Memang rasa risau terlintas dihati, setiap malam aku akan telefon Dania.Aku risau bukan sebab apa tapi ramai budak budak kampung sukakan Dania. Risau benda lain yang jadi.
Malam ini aku mahu lepak di kawasan Dataran. Ada yang buka 'game' malam ini.
Aku bersiap siap untuk pergi. Aku pakai baju tshirt hitam dan jean hitam. Jam gshock aku pakai di tangan sebelah kiri. Kemudian aku sarungkan sweater berwarna biru tua. Angin pagi sangat sejuk oleh sebab itu aku pakai sweater.
Baru sahaja aku mahu menaiki motor Lagenda 115z coverset Jupiter kesayangan aku yang berwarna oren, telefon aku berdering.
Nama pemanggil tertera nama Dania dan tanpa membuang masa aku terus menjawab panggilan itu.
"Hello, Nia."
"Hello . Awak , saya rasa ada orang dekat luar rumah saya lah. Saya tak berani nak keluar sebab dah pukul 1pagi." suara Dania seperti ketakutan.
"Awak jangan keluar. Kejap lagi saya datang rumah awak. Awak pegang lah ridsect atau penyapu, kalau ada orang masuk awak ketuk je kepala dia." aku terus mematikan talian .
Helmet di atas meja aku capai.
"Oit, nak pergi mana?" tegur Daus bila nampak aku bergegas keluar dari rumah."Mungkin malam ni aku cancel. Aku ada hal penting."
"Tapi game-" aku terus pergi tanpa sempat Daus menghabiskan ayatnya.
Sampai sahaja dirumah Dania, aku matikan enjin motor aku dari jauh. Perlahan lahan aku menghampiri rumah Dania. Aku nampak seorang lelaki di depan pintu seorang diri. Aku perlahan lahan jalan menghampiri lelaki itu dan terus menekup mukanya dengan kain yang sempat aku bawa tadi.
Aku dan lelaki itu bergelut. Lelaki itu cuba untuk melepaskan diri dia sehingga aku ditolak sehingga jatuh. Aku mengejar dan sempat menangkap lelaki itu, aku berikan satu hadiah penumbuk di muka nya. Lelaki itu jatuh datang menyerang aku, dia menumbuk muka aku sehingga aku berpaling ke arah lain.
Kedengaran bunyi Dania menjerit dan lari ke arah kami dengan membawa kayu yang agak besar. Lelaki itu larikan diri.
Lelaki itu hilang dengan kegelapan malam. Aku pandang ke arah Dania.
"Kenapa awak keluar?" kata aku .
"Saya dengar bunyi bising. Saya terus keluar sebab takut sangat. Lagipun saya ada bawa kayu ni." balas Dania.
"Lain kali jangan keluar kalau awak tak dengar suara saya panggil awak. Awak pergilah tidur."
"Bibir awak berdarah."
Aku menyentuh hujung bibir aku. Terasa pedih dan rasa ada cecair. Darah.
"Sikit je pun." balas aku lalu mengelap hujung bibir aku.
"Awak masuk tidur."
"Saya tak berani lah. Kalau orang tu datang lagi? " ujar Dania.
Betul juga cakap Dania. Kalau lelaki itu datang lagi macam mana? Tapi aku nak buat apa ni?
"Saya nak ikut awak."
Terkejut aku bila Dania cakap macam tu. Pukul 1 pagi nak ikut aku keluar.
"Tak-" belum sempat aku habiskan kata kata aku , Dania berlari masuk rumah.
Takkan aku nak bawa dia pergi situ kot? Aduhhh. Aku nak kene buat apa ni?
Beberapa minit menunggu, Dania keluar. Baju tidur tadi sudah ditukar dengan seluar traksuit dan baju hitam berlengan panjang dan tudung kelabu disarung nya.
"Saya dah siap." kata Dania sambil senyum.
"Awak tak apa ke naik motor dengan saya lagipun dah malam ni."
"Tak apa. Saya dah telefon ibu tadi bagitahu ibu hal tadi. Saya dah minta izin ibu nak keluar dengan awak. Ibu bagi sebab ibu pun risau saya tinggal sorang. Tadi ibu ada suruh tidur rumah MakWan tiba tiba ibu pula ubah fikiran. Katanya tak boleh sebab ada Khairul." terang Dania.
"Kalau macam tu, jomlah."
Aku membonceng Dania dibelakang. Pertama kali aku membonceng Dania rasa berdebar. Dania hanya diam sahaja.
Aku berhentikan motor dihadapan rumah aku.
"Saya nak ambil helmet jap." aku turun dari motor.
Dania hanya mengangguk.
Sampai sahaja di Dataran, ramai yang pandang aku. Aku tahu aku tak boleh bawa Dania tempat macam ni tapi aku rasa dia lagi selamat kalau ada depan mata aku.
Aku mengajak Dania duduk makan digerai makan yang aku selalu makan. Dania memerhati keadaan sekeliling dan aku tahu dia tak biasa dengan semua ni.
"Awak okey?" soal aku.
Dania hanya senyum.
"Order?" Abang Mat datang memgambil pesanan makanan.
"Nasi goreng kampung pedas sayur lebih , Teh o ais dengan teh ais." balas aku.
Aku dah tahu apa yang Dania nak makan sebab Dania selalu suruh aku belikan makanan dia bila dia rasa lapar tengah malam.
Daus datang menghampiri aku.
"Fateh, Johan panggil kau." ujar Daus.
Aku pandang Dania.
"Awak tunggu saya dekat sini. Nanti saya datang balik." aku terus pergi dari situ.
Aku menghampiri Johan dan geng nya. Fisya duduk disamping Johan. Fisya tu bekas teman wanita aku. Tinggal kan aku sebab aku hanya naik motor biasa dan pilih Johan sebab Johan naik motor double r.
"Daus cakap kau on game." kata Johan.
"Aku cancel." balas aku tanpa ragu tagu.
"Macam penakut. Ke sebab kau bawa awek baru." kata kata Johan membuat aku panas. Tangan aku genggam menahan marah.
"Kalau kau nak awek kau selamat, kau kene join game. Kalau kau kalah macam biasa lah. Kita tukar partner satu malam." kata Johan dengan nada yang sengaja membuat aku makin panas.
"Aku on."
Aku terus pergi dari situ dan datang menghampiri Dania yang sedang makan tanpa mempedulikan sekeliling bila jumpa makanan.
"Awak makan tak ingat saya pun." aku buat buat merajuk.
Entah kenapa marah aku hilang bila dengan Dania.
Dania menghulurkan sesuap nasi ke mulut aku. Aku terus membuka mulut.
"Awak selalu beli dekat sini ke makanan saya?" tanya Dania.
Aku mengangguk.
"Sedaplah abang tu masak." Dania memuji masakan abang Mat.
"Awak, saya ada on game malam ni. Awak duduk tunggu saya dekat sini tau. Jangan pergi mana mana." aku risau nak tinggalkan Dania seorang diri.
"Okey. Hati hati. Ini last awak on game. Lain kali jangan buat lagi."
"Okey bos!"
Dania tahu aku selalu on game tapi dia selalu juga marah. Tapi kali ini aku terpaksa sebab Johan ugut aku. Tukar partner satu malam?! Dia ingat Dania macam Fisya ke?
Aku pergi bersedia untuk game. Aku sempat pesan pada Daus untuk jaga Dania.
YOU ARE READING
Hanya Kamu
Teen Fiction"Walaupun aku budak motor, aku tak macam dulu. Aku dah berubah!"- Fateh "Aku percayakan Fateh lebih daripada kau! Fateh tak macam tu!"- Dania "Fateh tu tak mampu jaga kau! Dia tak ada apa apa dan dia tak boleh jamin masa depan kau." -?? Apabila cint...