Rupanya Khairul yang datang kacau Dania semalam. MakWan banyak kali minta maaf pada Dania dan Mak Dibah atas kesalahan anaknya. Seorang ibu pasti rasa sedih bila anaknya bersikap begitu.Fateh seperti harimau yang mahu menerkam mangsanya. Hati Fateh panas bila tahu Khairul lah si pelaku semalam. Mujur Fateh cepat datang kalau tidak apa lah nasib si Dania.
"Kenapa kau buat macam tu, Khairul?" soal Fateh untuk tahu sebabnya Khairul sanggup berbuat begitu malam semalam.
Agak lama Khairul berdiam diri dan akhirnya Khairul bersuara.
"Sebab aku suka Dania." Pendek jawapan Khairul.
"Kalau suka, kenapa buat macam tu?" soal Pak Leman pula.
"Saya dah bagitahu mak saya untuk masuk minang Dania untuk saya tapi mak saya tak nak. Kata nya saya tak boleh jaga anak orang, saya ni masih tak betul lagi." balas Khairul yang memandang Dania.
"Macam mana mak nak minangkan Dania untuk kau kalau perangai kau tak berubah Khairul." MakWan mula menitiskan airmata nya bila tahu alasan nya.
"Orang macam kau tak sesuai untuk Dania. Cermin dulu diri kau sebelum kau nak dia." Daniah mula bersuara setelah sekian lama berdiam.
Fateh terus merasakan hatinya panas dan mendidih rasa amarahnya. Nada percakapan Danish seakan sombong.
Dania dan Fateh masih berdiam lagi melihat drama dihadapan mata mereka. Perhatian Danish tertumpu pada Dania. Khairul pula rasa panas telinganya bila orang luar mengata tentang diri dia. Khairul bangun mahu memyerang Danish tapi Pak Leman sempat menahan.
"Kau jaga sikit mulut kau tu. Entah siapa tiba tiba nam masuk campur. Fateh pun tak cakap apa apa kau pula nak melebih." marah Khairul.
Pak Leman menenangkan Khairul.
Akhirnya Dania bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
"Aku tak kisah pun kau macam mana, aku suka je berkawan dengan kau. Kau dengan aku kawan dari kecil lagi tapi kau lah berubah cepat sangat. Lagipun, aku dah ada Fateh."
Fateh senyum bila mendengar kata kata Dania.
"Tak Dania. Mama saya nak jodohkan kita berdua." Danish pula bersuara.
"Tak. Fateh dan Dania akan nikah minggu ni." kata kata Mak Dibah membuatkan orang yang berada di dalam rumah terkejut.
"Tapi mama-"
"Makngah dan Pakngah tak akan setuju kamu dengan Dania. Kamu sendiri tahu kan sebab apa Danish." balas Mak Dibah.
Danish terus meminta izin untuk pulang ke rumah. Fateh dan Dania agak terkejut bila dengar apa yang Mak Dibah katakan tadi.
"Ibu?" soal Dania rasa tidak percaya.
"Nanti ibu bagitahu."
Setelah selesai hal tentang Khairul , mereka semua pulang ke rumah. Begitu juga Fateh .
Malam itu, Dania sedang menonton televisyen bersama Mak Dibah, Dania menanyakan hal pagi tadi.
"Ibu, tak rasa cepat sangat ke? Bagi Fateh masa untuk kumpul duit dulu." ujar Dania.
"Mak Long akan buat kamu nikah dengan Danish. Kamu nak ke dengan Danish tu? Walaupun Danish tu anak buah ibu tapi keluarga dia tak suka dengan keluarga kita, mereka ada sebab nak kamu kahwin dengan Danish. Sebab tu ibu nak kamu kahwin dengan Fateh dalam minggu ni juga." balas Mak Dibah.
Dania terdiam. Dania mahu tahu apa yang terjadi tapi Dania tahu ibunya tidak akan cerita kerana ibunya tidak mahu dia risau.
"Ibu , semalam Dania tidur dekat hotel. Fateh teman." kata Dania.
"Ibu tahu. Semalam Fateh on the phone dengan ibu. Fateh tu budak baik sebab tu ibu suka kamu dengan dia." balas Mak Dibah .
"Ibu on the phone dengan boyfriend orang." Dania buat buat merajuk.
"Mestilah . Ibu kene kenal bakal menantu ibu macam mana."
Muka Dania merah seperti tomato bila Mak Dibah kata "bakal menantu".
Tidak sangka dia akan menikah dengan Fateh dalam masa minggu. Hati nya rasa berbunga bunga.
Malam itu, tidur Dania terganggu kerana bunyi bising diluar.
Dania mengikat rambutnya dan bingkas bangun. Perlahan lahan pintu biliknya di buka, nampak Danish dan seorang lelaki sedang menggeladah rumahnya.
"Danish! Kamu buat apa ni?" Mak Dibah terus menjerkah Danish.
Danis terus keluar bila melihat ibunya sudah keluar. Dania sempat mendail nombor Fateh. Telefon Dania di sorok di poket.
"Hello Dania. Kenapa-" Fateh diam bila mendengar perbualan Mak Dibah dan Danish.
"Kenapa susah sangat makngah nak bagi Dania tu pada Danish?" kata Danish yang perlahan lahan menghampiri Mak Dibah.
"Sebab aku tahu mak kau nak kene kan anak aku! Mak kau marah sebab adik dia kawin dengan aku bukan dengan kawan baik dia. Jangan ingat makngah tak tahu apa korang nak buat pada Dania!" Mak Dibah terus menengking Danish.
"Awak dah kenapa malam malam pecah masuk rumah orang?" Dania pula bersuara.
Fateh yang mendengar perbualan terus mengajak Daus dan kawan serumahnya yang lain untuk ke rumah Dania.
"Tak lama lagi rumah ni rumah saya juga. Awak akan jadi milik saya."
Danish menarik tangan Dania. Seorang lagi kawan Danish memegang Mak Dibah. Mak Dibah meronta ronta untuk dilepaskan.
"Kamu jangan nak apa apakn Dania!" jerit Mak Dibah.
Dania juga meronta ronta supaya dilepaskan. Makin kuat Danish memegang Dania.
"Menjeritlah selagi kau boleh." kata Danish berbaur ancaman.
Mulut Mak Dibah ditutup dengan kain yang telah diletak ubat. Beberapa minit meronta akhirnya Mak Dibah pengsan tidak sedar kan diri. Makin kuat Dania meronta bila melihat ibu yang diikat.
Danish menarik Dania masuk ke dalam bilik Dania. Dania dicampak ke katil. Dania cuba untuk menyelamatkan diri tapi Danish sangat kuat. Bantal dan barang yang ada di atas meja semua di lontarkan ke arah Danish.
"Ganas eh?" Danish senyum jahat.
Danish menghampiri Dania dan leher Dania menjadi mangsa kerakusan Danish. Dania masih lagi meronta ronta. Air mata Dania mengalir tapi tidak di endahkan.
Mujur Fateh mengajak kawan serumahnya, tidak sangka Danish membawa lagi 2orang kawan nya untuk menjadi di kawasan luar rumah. Fateh dan kawan kawannya membelasah dua orang lelaki itu. Fateh segera naik ke atas untuk melihat keadaan Mak Dibah dah Dania. Daus mengekori Fateh dari belakang. Masuk sahaja ke dalam rumah, Daus menarik seorang lagi kawan Danish yang menjaga Mak Dibah yang terbaring di atas lantai.
Fateh terus pergi ke dalam bilik Dania bila dengar Dania menjerit meminta tolong.
"Kurang ajar!" jerkah Fateh lalu menarik badan Danish yang menindih Dania.
Dania terus menarik kain selimutnya kerana bajunya sudah koyak dibuat Danish.
Singgah satu penumbuk di muka Danish lalu Danish membalas semula dengan menendang perut Fateh, yang membuatkan Fateh mengundur kebelakang. Danish menumbuk muka Fateh dan cuba untuk menendang semula tapi Fateh berjaya mengelak. Daus datang lalu memegang Danish dari belakang. Fateh terus menumbuk Danish berkali kali sehingga keluar cecair merah dari mulut Danish. Kemudian Danish di ikat bersama kawan dia yang lain.
Fateh segera pergi ke Dania yang menangis di dalam bilik.
"Nia..."
Fateh duduk dihujung katil. Dania perlahan lahan pandang Fateh dengan matanya yang berair.
Hati Fateh bagaikan dicucuk dengan pisau bila melihat keadaan Dania. Nampak dileher Dania kesan gigitan Danish yang berwarna ungu bercampur merah. Andai Fateh lambat datang pasti dia tidak dapat memaafkan dirinya bila terjadi sesuatu pada Dania.Bersambung...
YOU ARE READING
Hanya Kamu
Novela Juvenil"Walaupun aku budak motor, aku tak macam dulu. Aku dah berubah!"- Fateh "Aku percayakan Fateh lebih daripada kau! Fateh tak macam tu!"- Dania "Fateh tu tak mampu jaga kau! Dia tak ada apa apa dan dia tak boleh jamin masa depan kau." -?? Apabila cint...