Sya's POV
"Tak usah pujuk aku dengan kata manis kau,pujukan palsu kau,senyuman licik kau. Kalau benar kau kawan aku? Mana kau pergi masa aku perlukan kau?"
"Apa kau cakap ni Sya? Kami tak pernah tipu kau la..Kita kan kawan,tak mungkin kitaorang nak tinggalkan kau macam tu je.."
Ayat dia buat telinga aku berdesing.Mahu saja aku tampar mulut dia yang bergula tu. Apakan daya kesabaran aku masih boleh menahan amarah aku yang membuak-buak ini. Bukan satu atau dua kali benda ini terjadi,sudah banyak kali benda ini berulang,seolah-olah tiada pengakhirannya. Apa mereka fikir aku tiada perasaan?
"Sya,aku,kitaorang bukannya sengaja tinggalkan kau,kitaorang tak perasan kau tiada-..."
Aku terbangun dari tidur.
"Haih mimpi lagi benda tu..". Aku menarik nafas sedalamnya dan menghembuskannya perlahan. Aku sudah biasa dengan mimpi-mimpi sebegitu. Ianya bukanlah mimpi buruk,dan bukan juga mimpi indah.
Cebisan memori aku. Ya,memori pahit yang aku selalu cuba nak padam dalam otak aku. Tapi,realitinya aku takkan mampu nk berkata sedemikian pada kawan-kawan aku ataupun auto delete macam kita selalu buat dalam komputer,deleting files hanya dengan satu butang.
Nafas berat dilepaskan. Seperti biasa,mengikut rutin harian,selepas sahaja tamat persekolahan dan menduduki SPM,aku akan pergi ke kerja sebagai pekerja sambilan. Ironinya,ketika belajar dahulu,perasaan gemuruh dan excited untuk menapak ke alam pekerjaan itu bagaikan kata-kata perangsang untuk blah dari sekolah yang membosankan, tapi kini,haih,mungkin bukan luck aku nak dapat kawan sekerja yang best or enjoy bekerja.
"Ok..fake smile,fake smile..smua la fake..siap!". Aku menampar pipi aku untuk kekal semangat menempuh ujian kehidupan. Pergh nak gi mana macam nih..
Seperti menarik mayat hidup untuk berjalan,aku berjalan dengan penuh kelesuan,bukan kegembiraan..ke motosikalku untuk merempit ke tempat kerja.
Rutin harian,pergi tempat kerja,layan pelanggan,kena marah dengan pelanggan berlagak atau dengan bos walaupun kau tak buat pape silap,ataupun terdengar gosip pasal diri sendiri..ha ye..negatif bukan.
Jadi aku nekad untuk pekakkan telinga,lajukan pergerakan dan kerja,pasang senyuman di muka,sambil dalam hati mengomel mahu pulang seperti bayi yang mahu susu daripada ibunya walaupun tak sampai separuh masa kerja aku berlalu.
Tiba-tiba,tidak dijangka notifikasi telefonku berdering.
Ku berharap notifikasi mu kan muncul~ -Naim daniel-
Dari group whatsapp geng aku ketika sekolah dulu. Salah seorang daripada kami mengajak untuk bertemu,rindu katanya.
Aku membalas.
'Weyh,lama kan kita tak jumpa! Rindu korang gak😂'
Well,takde siapa reply..takpelah,biasalah tu..kan? Walaupun berjuta kali tak direply..takpe..mereka kawan aku.
Untuk berapa kali aku dah lari dan bertukar-tukar kawan. Kesemuanya tak lama. Pengakhirannya aku ditinggalkan kerana perkara yang aku lakukan.
Di sekolah rendah dan di sekolah menengah. Deleting contacts tu hobi aku,memerli diri sendiri pun hobi aku.
Aish,nape nak fikir negatif, aku percaya kawan-kawan aku yang sekarang akan berkekalan.
Aku tak pandai menilai orang, kerana ada waktu ketika dahulu,ada seseorang pernah berpesan pada aku,
"Berkawanlah dengan semua orang,jangan fikir rupa atau latar belakang"
Walaupun sejujurnya,aku kadang membenci mereka sendiri tapi aku pegang pada ayat itu dan begitulah aku dibuli kerana lurus bendul dan bodoh kerana 'berkawan dengan semua orang'.
Aku kuat memendam,bukan pedendam. Malah,dengan ibu bapa aku juga aku tidak luahkan. Alasannya,kerana aku tak mahu menyusahkan mereka dengan masalah remeh aku dan kerana itu juga salah faham antara ibu bapa aku juga selalu terjadi.
Hidup memang kita rancang,Dia yang menentukan.
Syafiya Raihana atau Syana,18 tahun dengan rahsia yang disimpan sendiri.
Tiada siapa tahu,tiada siapa mengerti
Oleh kerana itu,aku digelar penipu,atau pun drama.
Funny things, title EMOTIONAL pun turut aku menjuarai 2 tahun setengah di sekolah menengah dan aku hanya diam.
Perspektif kehidupan itu luas. Terjun ke lubuk kesedihan atau Terbang ke langit kegembiraan.
Dan aku...
Tersekat dia antara keduanya.
Menderita BPD, Borderline Personality Disorder dicampur dengan pakcik,makcik penyakit ini.
Bukan permainan,dan bukan rekaan.
Percaya atau tidak, ikut sukahati kau.
Label aku Drama,Penipu dan emotional.
Berkali aku jatuh, kerana dicemuh
Dan ketika aku bangkit kembali, kau datanglah dengan kata-kata pedih yang ku nanti.
Aku tunggu.

YOU ARE READING
PENIPU
Teen Fiction|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||| susah untuk aku mempercayai seseorang dalam hidup aku ini,tak kiralah berapa ramai yg datang "Aku ni hanya drama bosan,kau dah tak suka aku,kau buang je aku.." -second story b...