"Sya..kan? Hai..""Siapa kau? Ha'ah aku Sya.."
"Haha..takkan kau dah lupa. Ni aku la,Sara?"
" Sara? Maisarah? Macam mana kau-.."
"Alah tu tak penting..kau okay? Kau macam mana sekarang?"
"Aku-.."
Deringan jam loceng membingitkan telinga. Sya terbangun dari tidurnya.
"Mimpi lagi...Sara pulak?Haih..dia dah takde la Sya.."
Termimpikan Maisarah membuatkan Sya bingung sebentar. Sarah merupakan kawan baik Sya yang telah meninggal dunia kerana insiden yang menyedihkan. Disebabkan kematian mengejut itu,Sya dihantui rasa bersalah kerana dilabel kawan baik yang melupai insan yang sentiasa ada disisi dia.
"Dah 3 tahun berlalu,kenapa aku mesti mimpi kau sekarang. Tu bukan memori tapi mimpi. Haish..lupakan jela"
*Flashback*
"Korang,Sarah dah meninggal..ni aku nak bagitahu,kebumi dia kat Johor. Alang-alang kalau sape free pegilah jenguk kubur dia nanti...By the way,sape kawan baik dia eh?"
"Kawan baik dia.. Bukan Sya?,Sya..kau tak tahu ke?"
"Aku..tak tahu..aku baru tahu jugak nih"
"Pfft,kawan baik apa kau ni? Dah meninggal pun kau tak tahu..kau pergi mana selama ni? Lawak Sya.."
Masih terngiang-ngiang di dalam memori Sya akan ayat itu. Dia sudah penat menyalahkan diri sendiri. Takdir Tuhan..bukannya boleh patah balik.
"Mimpi je..yup,biarla..mainan syaitan"
9 tahun lepas..aku darjah 3-----------------------------------------------------------
"Hey Syana!! Woi Syana!! Eleh dia buat pekak pulak dia..pekak eh? Weh pekak eh?"
"Wui hodoh,aku tengok budak-budak perempuan kat sini semua lawa je..tapi kenapa sampai kat kau tak lawa ye?"
Ketawa mereka bergema satu kelas. Mengutuk dan membahan Sya adalah hobi mereka. Bukanlah 2 orang budak lelaki,tetapi hampir satu kelas.
Sya hodoh,Muka nenek tua, dan semua kutukan sentiasa dilemparkab dek kerana muka yang tidak berapa cantik kerana jerawat yang tumbuh.
"Dah dah la kacau dia! Korang ni takde keje lain ke? Pegi sanalah!"
Sara,selalu ada mempertahankan Syana bila dia dibuli.
"Kau takyah susah-susah la halau diorang Sara..esok lusa buat lagi,aku dah lali dah"
"Hish,sampai bila?"
"Sampai bila-bila la..aku malas nak layan"
"Hey, aku ada tau.."
"Yela Sara comel"
Ketawa Sara dah cukup buat hati Syana lega daripada kutukan tadi.
-----------------------------------------------------------
Seminggu sebelum Sara meninggal..
Ting! Bunyi notifikasi telefon Syana berbunyi.
"Hmm..eh dari Sara la!!" dengan penuh teruja Syana membuka chat tersebut.
'Hi Sya~'
'Hi Sara!! 😜😜'
'Macam mana sekolah menengah sekarang,best tak kat sana?😘'

YOU ARE READING
PENIPU
Teen Fiction|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||| susah untuk aku mempercayai seseorang dalam hidup aku ini,tak kiralah berapa ramai yg datang "Aku ni hanya drama bosan,kau dah tak suka aku,kau buang je aku.." -second story b...