Laju langkah diambil,dia cuba mengejar sosok tubuh di depannya.
Deru angin dingin membisik. Ada sesuatu yang ingin dia lakukan."Hey"
Dia memanggil
"Oh-.." panggilannya dijawab
Bunyi sesuatu pecah bergema di lorong tersebut. Jatuh ke bumi manusia itu tanpa belas kasihan.Mengalir cecair merah dari sekujur badan . Entah kenapa rasa khayal dan gembira bercampur baur di fikirannya. Senyuman lebar diukir. Rasa sekeliling seolah lumpuh tetapi rasa seronok memeluk tubuh.
"Hmmmm.."
Dia pergi dari tempat itu,membuang semua bukti dengan cermat dengan hati yang berbunga.
"Kau yang buat aku macam ni..tak,kau yang cabar aku jadi kau dapat apa yang kau nak"
Bunyi nyanyian perlahan didengari.
"aku dah cakap,aku dah warning,janganla kacau aku..tahap kesabaran aku ada takat dia,tapi....hmmm kau yang mintak"
-----------------------------------------------------------
"Sya! Hey,kau tengah buat apa?"
"Ha? Oh,ni ha aku saja tengah melukis, kau dari mana tadi?"
"Oh,ni..aku beli milk tea boba untuk kita,lama beratur tadi,fuh panas weh..ramai pulak tadi.."
"Ramai? Wow,ada promo ke apa?"
"Entah hahahaha.."
Mereka hanya berborak sambil menunggu rakan Alya yang katanya ingin berjumpa dengan Sya untuk berkenalan. Mereka duduk di satu kafe kegemaran mereka. Sejak 2 bulan mereka berkenalan,tiada apa yang mengganggu fikiran Sya,berkawan dengan rakan barunya itu berjalan lancar tanpa halangan.
Dia makin ceria dan mula berfikiran positif, dia merasakan segala kepercayaannya yang musnah telah dipulangkan kembali.
Nampak remeh,tapi itulah apa yang selalu diminta,dihajati Sya. Sengsara,perasaan sedih dan juga ketidakstabilan emosi sentiasa menyerang,entah sekejap dikhianati,sekejap digunakan.
Siapa kawan aku sebenarnya?
Bukan hanya luka di hati,malah 'tanda kawan' juga turut ditinggalkan. Luka yang lama,sembuh. Dan berulang.
"Hey.....Sya? Kau good? Tak sedap ke air tu?"
"Aku ok je,takde pape"
"Hehe,Ok :) "
Tiba-tiba mereka berdua ditegur oleh seorang lelaki yang rupanya seperti sebaya mereka. Ashraf,kawan sekolah Alya.
"Hey Alya! Lama korang tunggu?" Ashraf melambai.
"Eh taklah,tak lama pun..ha...Sya,nilah kawan yang aku cakap tu,Ashraf" Alya memperkenalkan kepada Sya.
"Aku Sya"
"Sya je? Pendeknya nama..haha"
"Ish kau nih Ashraf.."
" sorry-sorry aku gurau, nama aku Ashraf Hamdi,kau? Sya...apa?"
"Syafiya Raihana,Sya atau Syana..sukahatilah kau nak panggil aku apa"
Ashraf meminta maaf pada Sya jika gurauan dia tadi menyakitkan hatinya. Tapi, Sya tidak terasa dan hanya ketawa mengenainya. Katanya,dia memang selalu ditanya begitu.
Terima kasih pada Alya,kawan Sya bertambah,memang pada mulanya Alya ingin menolong Sya supaya tidak terus dibelenggu rasa muramnya. Selepas mendengar kisah buruk Sya,dia tak mahu ianya berulang lagi. Dia kasihan akan Sya dan mengharapkan supaya dapat menolong dia.
Masa berlalu dengan pantas. Tanpa merela sedari,petang menjelma.
"Oklah aku balik dulu and Sya,nice to meet you" Ashraf berkata.
"Ha ok,bye weh"
"Bye Ashraf"Mereka berdua melambai Ashraf yang dalam perjalanan ke motosikalnya dan terus beredar meninggalkan tempat tersebut.
"Kau balik naik motor jugak ke Sya?"
"Oh tak,hari ni aku naik tren"
"Oh yeke? Ha alang-alang tu bolehlah sekali dengan aku"
Mereka berdua bergerak ke stesen.
Telefon Alya berbunyi,ada mesej masuk.
'Dari Ashraf?' Alya berkata di dalan hati.
'Dia nak apa ni? Hmm..'
(time skip)
Setibanya di rumah,Alya membuka kembali telefonnya dan duduk di sofa.
Dia mencari mesej yang dihantar Ashraf kepadanya.Baru sahaja dia hendak buka...
Ashraf calling...
"Aik,dah kenapa pulak dia ni?"
Panggilan tersebut diangkat.
"Hello"
"Hello,Lya?"
"ha ye,kenapa kau call tiba-tiba nih Ashraf? Aku baru balik rumah,baru nak bukak mesej kau..pahal?"
"Oh aku sebenarnya nak bagitahu kau something..Alya,Sya tu sebenarnya.."
YOU ARE READING
PENIPU
Teen Fiction|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||| susah untuk aku mempercayai seseorang dalam hidup aku ini,tak kiralah berapa ramai yg datang "Aku ni hanya drama bosan,kau dah tak suka aku,kau buang je aku.." -second story b...