"KAU tak hantar lagi kerja Cikgu Abidin?" soal Sharifah Ariana Widya saat berjalan beriringan dengan kawannya, Engku Laura Maydline. Cikgu Abidin merupakan guru subjek Matematik kelas mereka, 5 Dione.
Hari ini, genap satu bulan mereka bersekolah di sekolah berasrama penuh, Sekolah Tun Deleena atau lebih dikenali sebagai STD sejak menginjak ke tingkatan lima. Sekolah ini merupakan salah satu sekolah berprestasi tinggi di Malaysia.
Disebabkan sudah masuk tahun kelima mereka belajar di sekolah ini, memang makan garam dengan tingkah laku guru-guru mereka. Semuanya mahukan kesempurnaan. Tidak hairan mengapa STD sentiasa menerima permohonan masuk daripada orang ramai.
"Dah hantar dah tadi. Kalau aku lambat, kau tahu lah macam mana nanti dia ungkit," balas Laura pasrah. Widya hanya ketawa mendengarnya. Mereka arif benar dengan Cikgu Abidin.
Dia seorang yang tegas dan amat mematuhi masa. Hantar kerja lewat? Bersedialah berdiri dekat pintu kelas sana.
Widya dan Laura kedua-keduanya melajukan langkah menuju ke meja dewan selera (DS) tempat di mana kumpulan mereka selalu melepak dan makan.
"Yana! Shida!" Nyaring Widya memanggil nama kawan-kawannya. Tuan Rashida Maisarah dan Raja Aliyana Adriana yang ralit mejamu selera tersentak mendengarnya. Kedua-duanya mengangkat kepala memandang Laura dan Widya yang sudah mengambil tempat berhadapan mereka.
Mereka berempat memang berkawan sejak di tingkatan satu. Nama kumpulan pula dinamakan Ameoboba. Jangan tanya kenapa diletakkan nama sebegitu. Kalau dua daripada mereka otak sains, tak mustahil nama bakteria diambil mereka. Itu pun mereka ubah sedikit supaya tidak ternampak terlalu unik.
Disebabkan mereka berasingan kelas sejak memasuki tingkatan empat tahun lalu, memang selalu mereka manfaat masa berkumpul di dewan selera untuk berbual. Kenapa berbeza kelas? Mudah sahaja. Widya dan Laura ditempatkan di kelas 5 Dione disebabkan mereka mengambil aliran sains tulen.
Aliyana berada di kelas 5 Elliro kerana mengambil jurusan perniagaan manakala Rashida pula di kelas 5 Meridia disebabkan mengambil aliran account. Berpisah kelas tidak bererti mereka berpecah, bukan?
"Kau ini kalau boleh bagi satu sekolah dengar." Aliyana bersuara membalas panggilan Widya yang semangat bukan main. Budak ini hari ini terlebih ceria kenapa? Hidu gam ke?
"Terkuat! Alah kau ini macam tak biasa." Selamba Widya membidas. Aliyana hanya diam. Malas mahu bertengkar dengan Widya. Makan lagi bagus.
"Aku dengar ustazah tengah cari presiden BADAR. Kau tak nak cuba Shida?" Terhenti suapan Rashida menerima pertanyaan mengarut itu daripada Widya. BADAR merupakan singkatan daripada badan dakwah dan rohani atau lebih senang dikenali sebagai pengawas surau.
"Aku? Jadi BADAR? Solat jemaah pun ponteng! Lambat lagi!" bidas Rashida tidak bersetuju. Heh, masih berbekas sebatan diterima saat kantoi dia solat di asrama dan ponteng solat jemaah.
Kena sebat pun, masih buat juga. Dia mana makan saman. Kalau kantoi, pandai-pandai menghadap lagi sekali!
"Saja test! Kalau kau jadi BADAR, memang aku tabik lah!" balas Widya sambil ketawa tak henti-henti. Siap hempuk meja macam meja itu ayah dia punya.
Laura dan Aliyana hanya ketawa kecil. Kalau kuat-kuat risau menjadi perhatian. Sudahlah meja mereka berada di tengah-tengah. Kalau kentut pun rasanya orang kiri kanan depan belakang boleh dengar. Lebih baik hati-hati.
"Ah ya, kau orang ada dengar berita ada murid baru masuk hari ini?" soal Aliyana sambil menyuap nasi berlaukkan ikan ke dalam mulutnya. Walaupun tadi hati dia panas bukan main sebab kena tipu hidup-hidup dengan dewan selera, dimakannya juga makanan itu kerana petang ini kelas dia ada seminar bersama penceramah luar.
Kalau tak nak mengantuk, dia kena makan walaupun bebal dengan dewan selera. Biasalah, hidup budak asrama sepertinya. Kena tipu makan ayam padahal ikan itu perkara biasa. Tunggu masa report dekat pihak atasan, baru menggelupur masak ikut menu.
Biar dia nampak emosional sekalipun disebabkan hanya lauk ikan. Yang tak tahu perit dia baik diam. Sudahlah makan ikan hampir tiga hari berturut-turut. Kafe pula ditutup disebabkan staf kafe ada masalah sikit.
Memang kena melantak maggie tiga malam berturut-turutlah jawabnya. Boleh mati kebuluran dia di sini.
"Budak baru? Ada lagi budak masuk tahun ini?" balas Laura ingin tahu. Selalunya jarang STD menerima pelajar ketika di tingkatan lima. Biasalah sistem pelajaran sekolah mereka laju bukan main.
Risau pelajar baru susah nak hadam di mana mereka belajar sekarang.
"Haah ada. Tadi aku curi-curi Cikgu Zainal dengan Cikgu Melisa borak. Mereka cakap ada pelajar baru masuk hari ini. Pelajar baru itu tak silap ada empat orang. Semuanya daripada sekolah yang sama," terang Aliyana serba-sedikit.
Dia yakin bukti ini sah memandangkan Cikgu Zainal merupakan pengetua sekolah mereka dan Cikgu Melisa pula dilantik menjadi guru yang betanggungjawab menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah mereka.
"Mesti hensem kan?" Widya dah buka bunga-bunga cinta tak kesampaian dia itu. Rashida buat muka mendengarnya. Dia dah mula dah!
"Hensem kalau tak ada adab, tak guna juga. Kan?" Senada Rashida membidas. Laura dan Aliyana ketawa kecil melihat wajah Widya berubah masam.
"Tersakiti ke Shida?" Makin galak Laura dan Aliyana ketawa. Kelakar melihat wajah Rashida pula berubah.
"Kalau gelak nak minta perhatian, baik diam aje." Berdesing telinga mereka mendengar sindiran tersebut. Kepala mereka berempat automatik tertoleh merenung empat orang lelaki berjarak selang tiga meja daripada mereka.
Macam mana mereka dengar? Kalau perli siap pakej suara kuat tak lain tak bukan memang nak bagi mereka dengar.
"Lah tak tahu pula dewan selera ini bapak kau punya!" Aliyana membalas sindiran itu. Biadap bukan main lelaki itu. Eh, punyalah ramai lagi kumpulan yang buat bising di dewan selera ini, nak target mereka juga kenapa?
"Tak tahu pula kau boleh gelak sampai kacau orang?" Lelaki berhadapan dengan lelaki yang memerli tadi membalas ringkas. Makin membara Ameoboba dibuatnya. Memang cari gaduh.
"Abaikan ajelah weh mamat bedebah macam itu. Nanti tak pasal-pasal kita naik bilik disiplin sebab dia orang," bisik Laura perlahan. Dia bukan apa. Malas sebenarnya bergaduh dengan budak-budak tak sedar diri itu
Lagipun dia syak mereka berempat budak baru. Jadi mungkin tak tahu siapa mereka. Lebih baik mereka beransur terlebih dahulu. Baru sahaja mereka ingin bangun daripada duduk, suara sumbang itu menyapa semula.
"Takut kalah lah itu. Sebab itu berambus." Memang tak kata apa dah, Aliyana baling terus ikan di atas pinggan di ke muka lelaki itu. Mengena tepat! Bayangkan betapa kuatnya balingan tersebut kerana lelaki itu terus menjerit kesakitan. Mungkin tulang terkena mata.
"Nice shot, Yana." Ketawa Widya meletus kuat. Puas hati melihat ikan itu mendarat di muka lelaki biadap itu.
"Lain kali jangan biadap. Budak baru buat cara budak baru. Faham?" kata Laura sebelum bergerak menuju ke tempat membasuh tangan bersama Ameoboba yang lain.
Muka Aliyana dan Rashida waktu itu tak payah cakap. Memang gembira habis. Bonus untuk mereka kerana ramai melihat aksi Aliyana sebentar tadi. Dalam erti kata lain, mereka boleh sakitkan hati lelaki itu dan memalukan dia di khalayak ramai.
Itulah! Gatal sangat kan nak sindir orang! Itu makan dia!
YOU ARE READING
Ameoboba [On Going]
Teen FictionAmeoboba. Siapa tidak kenal empat orang sahabat yang berkawan hampir lima tahun di sekolah itu? Walaupun dipisahkan kelas, mereka masih mengekalkan hubungan erat mereka. Entah kenapa mereka merasakan tahun terakhir di sekolah itu bakal membawa mal...