02 | Kantoi

626 73 120
                                    

"KENAPA bising-bising ini?" soal Aliyana saat melangkah masuk ke dalam perpustaskaan. Jangan tanya kenapa dia jejak kaki dekat sini. Ini semua sebab seminar dia cakap tadi.

Aliyana melabuhkan duduk di sebelah Aisyah. Dia kalau apa-apa memang segeng dengan Aisyah dan Hanan. Maklumlah dia seorang sahaja daripada Ameoboba menceburi aliran perniagaan.

"Eh kau berani bawa masuk air kotak dalam perpustakaan nampak?" tegur Hanan lalu merampas air kotak di tangan Aliyana. Air itu diminum tanpa rasa bersalah. Aliyana hanya biarkan. Dah biasa kena.

"Aku tak sempat habiskan tadi. Ini kenapa ini bising-bising? Anak perdana menteri nak kahwin ke apa?" Sempat Aliyana memerli di hujung ayat. Kelas dia memang kaki gosip. Sebut sahaja gosip di dalam Malaysia ataupun di luar negara. Semua tahu!

"Ada budak baru masuk kelas kita."

"Kelas kita?"

"Haah. Dia duduk sebelah Ali. Cikgu Melisa suruh tunggu kejap sementara dia ada kerja dekat pejabat."

"Mana Ali? Aku tak nampak pun!" Bergerak-gerak kepala Aliyana mencari kelibat Ali. Nak tengok juga budak baru yang masuk kelas mereka. Hensem ke?

"Itu depan kita je. Selang dua meja," balas Aisyah sambil mengambil huluran tangan Hanan. Air kotak bertukar tangan.

Dahi Aliyana berkerut sebelum merenung ke arah yang dikatakan Aisyah. Membulat mata dia melihat kelibat lelaki yang selamat menerima balingan ikan ke muka sebentar tadi. Dia sekelas dengan aku? Seriuslah?

Lagi buat dia terkejut, lelaki itu tajam merenung dia. Nampaknya kelibat dia sudah dikenali. Kepala Aliyana tundukkan sikit. Badan merapat ke Aisyah menjadikan Hanan pelindungaannya.

"Eh kau kenapa?" soal Aisyah hairan. Ini dah kenapa nak kena sorok-sorok?

"Apa pasal kau tak bagitahu awal-awal ada budak baru masuk kelas kita?" Keras Aliyana menyoal. Takut-takut dia menyorokkan kepala. Buku di atas meja diangkat melindung muka.

"Lah, aku baru tahu tadi. Itu pun lepas cikgu bagitahu kita," terang Aisyah masih dalam keadaan hairan. Hanan di hadapan mereka cuba menahan tawanya daripada meletus. Nampaknya Aisyah masih belum tahu mengenai tindakan berani Aliyana.

"Kau tak tahu ke tengah hari tadi Yana baling ikan dekat budak baru tu?" Bersahaja Hanan menyoal. Mulanya dia terperanjat juga mengetahui lelaki yang menerima balingan ikan daripada Aliyana itu sekelas dengan mereka.

Jodoh mungkin.

"Baling ikan?" Terjerit kecil Aisyah. Terkejut mendapat berita itu. Matanya membulat merenung Aliyana. Meminta penjelasan. Lawak apakah Hanan dan Aliyana cuba memberitahu dia?

"Ya, aku terbaling ikan dekat dia. Salah dia juga. Berani betul cari pasal dengan aku." Selamba Aliyana membalas. Kepalanya masih terlindung di sebalik buku. Nak pandang hadapan sekarang pun dia takut.

Mengingati renungan tajam lelaki itu, seram sejuk dia dibuatnya. Bukan salah dia. Itu semua perbuatan spontannya apabila dikutuk terang-terangan oleh lelaki itu sebentar tadi. Tak sempat nak menahan.

"Allah, Yana! Kau ini pelik-pelik lah!" Aisyah menggeleng kepala mendengar balasan Aliyana. Ada sahaja perangai Aliyana buat dia terperanjat. Nasib tak sakit jantung!

"Biasalah. Kalau tak buat aksi pelik sehari itu memang tak sah." Hanan bersuara membalas ujaran Aisyah. Akibatnya? Dia menerima jelingan tajam Aliyana. Hanya tawa kecil terletus daripada bibirnya. Sudah biasa diberi amaran sebegitu oleh Aliyana.

Tawa Hanan terhenti apabila kelibat Cikgu Melisa muncul tiba-tiba di antara mereka. Aliyana dan Aisyah sedaya-upaya menahan tawa melihat mata Cikgu Melisa menikam Hanan tajam. Terkulat-kulat Hanan dibuatnya.

Ameoboba [On Going]Where stories live. Discover now