"ALAH boleh lah Widya!" Batrisya, salah seorang rakan sekelas Widya dan Laura merengek meminta belas kasihan. Mereka dalam perjalanan pulang ke asrama. Petang ini tak ada apa sangat pun.
Cuma prep selama dua jam. Itu pun mereka banyak bergosip. Kerja sekolah semua dah siap. Biasalah itu.
"Tak boleh tak boleh. Hutang kau sebelum ini pun tak bayar lagi. Boleh bankrup aku kalau ada sepuluh pelanggan macam kau," bidas Widya tidak mahu berkompromi. Laura hanya menggelengkan kepala. Selalu sangat berhadapan dengan situasi begini.
Kenapa Batrisya berkata sebegitu kepada Widya? Widya ini merupakan supplier maggie dan ramen mereka. Maklumlah makanan itu diharamkan dibawa ke STD. Jadi, rakan se-batch mereka hanya mengharapkan Widya sebagai penjual.
Entah macam mana Widya sembunyikan makanan haram itu di sini Laura pun tidak tahulah. Yang dia pasti, memang boleh kaya Widya apabila menjual makanan itu. Maklumlah pelajar asrama.
Buat perkara melanggar undang-undang perkara biasa.
"Aku janji aku bayar. Serius!" Batrisya masih berusaha memujuk Widya. Stok yang dibeli sebelum ini olehnya habis semalam. Dia patut menambahnya hari ini melalui Widya, Sayangnya, permintaan dia mahu berhutang ditolak mentah-mentah oleh Widya.
"Kau ini! Dah tiga kali tahu kau berhutang dengan aku? Agak-agak berapa jumlah hutang kau?" Keras Widya membalas. Dia tidak gemar sebenarnya pelanggan dia berhutang beberapa kali. Habislah perniagaan haram dia!
"Tak apa lah Widya. Aku belanja Trisya hari ini. Nanti Trisya kau datang je bilik kita orang ambil stok," celah Laura senada. Stres dia melihat pergaduhan Batrisya dan Widya. Ada baiknya dia hentikan.
"Seriuslah? Kau memang terbaik lah Laura! Terima kasih!" Batrisya memeluk sekilas Laura sebelum berlari meninggalkan mereka. Seronok betul nampaknya gadis itu. Widya sudah menggelengkan kepala beberapa kali.
"Kau ini baik sangatlah," ujar Widya tidak selesa. Dia bukan apa, selalu juga dia nampak Laura membelanjakan kawan mereka walaupun jelas-jelas mereka mampu membayar. Cuma memberi alasan tidak mahu membayar. Kedekut katakan.
Dan setiap kali itulah Laura akan berkata sebegitu. Membelanja sahaja mereka. Kalau ditolak tambah rasanya adalah dalam beberapa puluh duit Laura melayang belanja rakan mereka sahaja.
"Aku cuma tolong dia. Sekali sekala apa salahnya," balas Laura selamba. Dia tahu sekejap lagi Widya bakal membebel kepada dia. Arif benar dengan mulut gadis itu. Kalau tidak suka, memang akan membebel macam nak runtuh dunia.
"Sekali-sekala kepala otak kau! Ini dah masuk kali kelima tahu? Kau ini aku tahu lah kaya pun tapi pada-pada lah nak belanja orang. Macam berlebihan sangat ini. Nanti dia orang ambil kesempatan kikis harta kau macam mana? Lain kali kawal sikit limit belanja orang itu." Widya dah mula membebel.
Laura cuma mengangguk sebagai balasan. Nak membalas, lagi panjang hujah Widya nanti. Baik dia diam dan memerhati kawasan sekeliling sahaja. Cantik juga kawasan sekolah dia ini.
Kalau nak bergambar, memang baik dah.
"Widya!"
"Opocot nate beruk!" latah Widya sebaik sahaja disergah sebegitu oleh Rashida yang tiba-tiba sahaja muncul. Habis terkeluar terus loghat Kelantan dia. Terkejut sangat itu sampai termelatah.
Rashida sudah menghamburkan tawa diikuti Laura. Kelakar melihat Widya sebegitu. Widya pula laju sahaja menampar bahu Rashida kasar. Geram dengan gadis itu. Dah la biadap sergah dia macam itu, lepas itu boleh pula ya gelakkan dia? Memang nak kena selam dalam parit.
"Kau nak apa?" Kasar Widya menyoal. Cemberut habis rupa dia sekarang ini.
"Aku nak bayar stok maggie untuk malam ini. Macam biasa tomyam ya." Rashida menghulur beberapa not satu ringgit kepada Widya.
"Dah kenapa engkau tak sabar-sabar betul nak bayar? Macam lah dekat bilik tak boleh bayar. Kau duduk New York ke?" perli Widya pedas.
"Aku takut aku terlupa. Alamak kau ini ambil aje lah! Layanan untuk pelanggan kau ini teruk betul lah. Boleh bankrup tahu? Nasib aku baik hati beli dekat kau tahu? Kalau tak, sesen pun kau tak dapat!" bebel Rashida geram.
Widya menjulingkan mata ke atas. Dengan Rashida sahaja dia layan sebegitu. Ada sahaja akal gadis itu mahu melawannya. Huluran duit disambut kasar lalu disimpan di poketnya. Tidak mahu tercicir.
"Mana Yana?" soal Laura saat terperasankan tiada kehadiran gadis itu. Selalunya mereka berempat akan berjumpa ketika dalam perjalanan pulang ke asrama waktu-waktu begini. Tetapi tiada pula kelibat Aliyana.
"Seminar dia habis lewat kut," komen Widya.
"Aku ada nampak classmate dia waktu jalan ke sini tadi." Rashida kurang bersetuju dengan kata-kata Widya.
"Eh, itu bukan Yana?" Automatik langkah kaki mereka bertiga terhenti. Mata mereka tekun merenung Aliyana yang sedang berborak dengan lelaki mereka bergaduh tengah hari tadi. Rakan-rakan lelaki itu pegun di belakang lelaki yang berbual dengan Aliyana.
Aliyana pula ditemani Hanan dan Aisyah. Berkerut dahi mereka menatap perkara itu. Kena sampuk ke apa Yana ini?
"Itu bukan..."
"Budak baru tu," pintas Laura laju. Dia masih tergamam sebenarnya. Tidak menyangka tiada kejadian tumbuk-menumbuk di situ. Hebat sungguh Aliyana menahan perasaan.
"Kita nak pergi ke sana ke? Ke nak lari?" soal Rashida memecah keheningan di antara mereka.
"Macam tak kena masa je kita nak pergi sana. Aliyana nampak macam bincangkan sesuatu yang penting," jawab Laura. Mata masih memandang situasi tidak jauh daripada mereka.
"Aku kira sampai tiga, kita lari sama-sama. Jangan sampai dia orang nampak."
"Kalau guna koridor memang sah-sah lah dia orang nampak!" bangkang Rashida geram. Senang betul Widya cakap.
"Apa guna rumput sebelah koridor ini bongok? Boleh aje kita pijak lepas itu lari masuk guna jalan belakang. Kau ini aku tahu lah baik sekali pun tapi tak kan tak pernah pijak rumput ini kut?" Widya menyembur rimas. Aduh, Rashida ini!
"Okey semua jangan gaduh dah. Sedia! Kita nak lari ini!" Laura mencelah. Tidak mahu mereka membazirkan mata begitu sahaja. Kalau Aliyana dan yang lain perasaan kelibat mereka, habis jadinya!
"Dalam kiraan tiga semua."
"Satu."
"Dua."
"Tiga. Lari!" Keras Widya bersuara sebelum mereka bertiga berlari sekuat mungkin meninggalkan kawasan itu.
"Widya! Laura! Yana!" Larian mereka semakin laju apabila menerima teriakan tersebut. Jelas Aliyana perasan kelibat mereka.
"Lari je jangan pandang belakang!" Rashida bersuara dalam keadaan tercungap-cungap. Sudahlah dia malas berjoging. Sekali kena lari macam ini nak mampus dah dia. Penat tak boleh bawa bincang!
Mereka bertiga berhenti mendadak apabila sampai di hadapan pintu pagar asrama perempuan. Bermakna mereka sudah terselamat daripada menjadi mangsa Aliyana. Hampir terputus nyawa mereka berlari sebentar tadi.
"Dah, jom masuk." Ajakan Laura diterima baik oleh Widya dan Rashida. Mereka perlukan air tika ini! Haus berlari! Nasib mereka memakai pakaian sukan. Kalau tidak, terpaksa berlari dengan penuh sopan.
YOU ARE READING
Ameoboba [On Going]
Ficção AdolescenteAmeoboba. Siapa tidak kenal empat orang sahabat yang berkawan hampir lima tahun di sekolah itu? Walaupun dipisahkan kelas, mereka masih mengekalkan hubungan erat mereka. Entah kenapa mereka merasakan tahun terakhir di sekolah itu bakal membawa mal...