04 | Gugup

442 72 35
                                    

TERNGANGA Aliyana melihat rakannya berlari sepantas itu. Tengok-tengok hilang begitu sahaja. Mereka ini dah perasan kelibat dia ke? Sengaja nak biarkan dia di sini seorang diri ke mana?

Cis, balas dendam nampak!

"Kenapa kawan kau lari? soal salah seorang rakan kepada Qalish. Engku Rafiq Darwis namanya. Selesa dipanggil Darwis atau Wis.

"Dia orang ada hal," bohong Aliyana sengaja. Dia rasa dia tahu kenapa kawan dia lari. Tapi tak akan lah nak jujur macam itu kan? Baik dia diam untuk kepentingan sejagat.

"Macam-macam." Sempat Aliyana menangkap butir bicara perlahan Darwis itu. Mahu membidas tetapi ditahan sebaik mungkin. Dia nak balik cepat-cepat!

"Jadi, aku kena gerak bilik guru esok?" Soalan Qalish menggamit perhatian Aliyana semula.

"Ya. Cikgu suruh kau isi borang permohonan." Aliyana menerangkan serba-sedikit. Sebenarnya dia pun tidak tahu kenapa dia dipilih oleh Cikgu Melisa untuk memberitahu Qalish berkenaan permohonan menjadi pengawas disiplin di sekola itu.

Keadaan Cikgu Melisa tika itu agak tergesa-gesa. Jadi, dia lah menjadi galang-gantinya untuk memberitahu Qalish. Bukan pesanan kepada Qalish sahaja dia bawa tetapi pesanan kepada Darwis turut diberikan.

Katanya lelaki itu akan menyertai sukan bola tampar pada petang ini. Darwis dilantik menjadi salah seorang atlet bola tampar di sekolah mereka. Cikgu Melisa mengarahkan dia untuk memberitahu Laura dan Irfan kerana mereka berdua bertanggungjawab dalam urusan sukan bola tampar.

Maklumlah Irfan merupakan kapten pasukan bagi lelaki dan Laura bagi perempuan. Kalau nak dibandingkan dengan Ameoboba yang lain, rasanya Laura paling cergas antara mereka. Atlet lah katakan.

"Baik. Nanti aku pergi."

"Aku kena ke padang lah lepas ini? Jumpa kawan kau nama Laura dengan Irfan itu?" Kali ini giliran Darwis pula menyoal. Dari tadi dia hanya memerhati interaksi di antara Qalish dan Aliyana.

"Ya. Kau jumpa aje dia orang dan bagitahu kau dah jadi pasukan. Nanti dia orang bagitahu kena buat apa." Aliyana menjelaskan serba-sedikit. Teringin juga nak tahu reaksi Laura berada berhampiran dengan kumpulan yang biadap terhadap mereka tadi.

Kalau dia terkejut, Ameoboba yang lain apatah lagi. Silap-silap semua pengsan. Okey, itu hiperbola aje lebih!

Darwis hanya mengangguk sebagai balasan. Jadi dia kena berjumpa Laura dan Irfan ya? Mudah sahaja.

"Aku pergi dulu." Aliyana bersuara sebelum menarik tangan Hanan dan Aisyah yang sedari tadi membisu. Tadi pun dia terpaksa menarik mereka kerana tida menemui Ameoboba. Nasib semua boleh diharap.

Kalau tidak, dia kena menghadap seorang diri! Itu lagi gerun!

***

"MANA akak Widya?" soal Aliyana sebaik sahaja tidak kelihatan kelibat Widya di dalam dorm mereka. Dorm ini dikongsi seramai sepuluh orang. Empat orang ialah Ameoboba manakala lagi enam ialah junior mereka daripada pelbagai tingkatan.

Atikah, salah seorang roommate mereka diam memandang dia. Aliyana mendengus kasar. Nampak sangat kena rasuah dengan Widya.

"Cepat bagitahu akak. Mana akak Widya awak menyorok?" Keras Aliyana menyoal. Tetapi Atikah masih diam menekur merenung lantai.

"Kalau awak tak bagitahu akak, akak bagitahu cikgu awak makan maggie secara haram." Automatik Atikah memandang Aliyana. Seram sejuk mendengar ayat tersebut. Aliyana pula cuba menahan senyum daripada terbentuk.

Senang rupanya nak ugut si budak Atikah ini. Nasib sahaja Atikah itu buat perkara terlarang sebegitu. Senang kerja dia nak manipulasi keadaan. Cis, kau buat macam kau tak makan maggie ya, Yana?"

"Akak Widya bawah katil Akak Laura." Laju kaki Aliyana melangkah ke arah disebut Atikah itu. Tika itu, dia terlihat susuk tubuh Widya cepat-cepat mengesot keluar daripada bawah katil dan dipanjatkan katil dua tingkat itu.

"Jangan dekat!" larang Widya kuat. Takut jika Aliyana mendapat dia. Bukan dia tidak tahu Aliyana mahu memarahi dia kerana bertindak meninggalkan gadis itu sebentar tadi. Cis, dia sahaja di dorm sekarang!

Rashida di tandas manakala Laura seperti biasa keluar untuk latihan bola tampar dengan rakan sekelas mereka, Ameerah. Mana adil dia seorang di sini!

"Berani kau ya tinggal aku?"

"Aku tak tahu apa-apa! Aku tak berdosa!" Bersungguh-sungguh Widya mempertahankan diri walaupun jelas-jelas dia bersalah. Argh, menyesalnya dia tak lari secepat mungkin tadi!

"Sini kau!" Aliyana berura-ura memanjat katil di tingkat atas. Widya apa lagi, laju melompat ke katil sebelah. Nasib jarak tidak berapa jauh. Kalau tidak gedebuk dia jatuh ke lantai.

Entah katil siapa dia pijak, dia dah tak peduli dah! Sekarang dia kena larikan diri daripada Aliyana! Lantaklah kena kutuk belakang dengan junior! Yang penting dia selamat daripada mangsa kemarahan Aliyana!

"Ya Allah Akak Yana!" Terjerit kecil Farihah, roommate mereka yang berada di tingkatan 3. Mulanya dia tidak dengar perbalahan di antara dua orang senior nya itu kerana memakai earphone. Lepas rasa katil di atas dia bergegar, baru dia menarik earphone yang melekat di telinga.

Terkejut melihat senior dia berdiri di katil tingkat atas berhadapan dengannya.

"Far tolong akak Far!" Widya cuba meminta tolong. Tak sanggup dia nak lari sebegini daripada Aliyana.

"Far tolong dia, akak tak nak ajar dah subjek English!" ugut Aliyana selamba. Kali ini kali kedua dia mengugut untuk mendapatkan Widya.

"Woi engkau ugut orang pula! Mana aci!" Widya membentak kasar. Ini tak adil kalau Aliyana mengugut sebegitu. Gadis itu menggunakan cara kotor untuk mendapatkan dia. Cis, ini tak patut!

"Diam lah kau!"

"Kau dekat, aku bagitahu mak aku! Ha meh lah meh!" Widya acah-acah berani mengangkat penumbuk untuk dijadikan perisai. Padahal dia nak terkencing dah ini menghadap Aliyana.

"Sini kau!"

"Argh!" 

"Ya Allah apa kau orang buat ini?" Satu suara menghalang perbuatan mereka berdua. Masing-masing mengalihkan kepala memandang pintu dorm. Tercegat kelibat Rashida di situ. Wajah gadis itu kelihatan segar. 

"Kau tanya kenapa?" Keras Aliyana menyoal. Panas hatinya apabila Rashida menyoal sebegitu. Lupakah gadis itu mengenai apa yang terjadi sebentar tadi? 

"Alah kau ini. Kita orang bagi peluang kau berbual dengan teman lelaki kau itu!" 

"Teman lelaki otak kau!" 

"Sokong!" 

Serentak Widya dan Aliyana bersuara. Seorang membantah seorang lagi menyokong. Aliyana sempat menjeling Widya sedas. Keadaan dalam bahaya pun sempat lagi menyokong Rashida. Karang, arwah dia kerjakan Widya ini. 

"Tenanglah Yana. Macam tak kena kita orang nak menyampuk kau berbual dengan dia kan? Tak beradab namanya." Selamba Rashida membalas. Tapi, betullah apa dia cakap kan? Tak elok jika mereka menyampuk perbualan orang lain. 

"Kalau macam itu, kenapa lari?" 

"Saja nak bersenam." Mahu tergelak Farihah dan Atikah mendengar balasan Rashida. Mereka memang selalu terhibur jika mana-mana senior mereka bergaduh. Ada sahaja ayat mereka yang boleh dijadikan bahan ketawa mereka. 

"Ey, sini kau!" 

"Ey, sini kau!" 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Ameoboba [On Going]Where stories live. Discover now