Dalam perjalanan pulang, raja mula merasakan sesuatu buruk yang akan berlaku. Hatinya kuat mengatakan keputusan yang dibuat bakal mencetuskan pergaduhan.
'Mengapa hati beta rasa sesuatu yang tidak enak akan berlaku?'tertanya tanya raja Excalibur itu didalam hatinya. Tetapi baginda telah tekad membuat keputusan itu tanpa mengubah fikirannya lagi.
2 hari kemudian.
"Tuanku, kita telah tiba di kerajaan Excalibur" kata ketua pengawal yang bertugas mengetuai perjalanan Raja Muszaphar sepanjang perjalananya.
"Baiklah, kita berangkat terus ke Istana. Beta ada perkara yang perlu dibincangkan segera dengan Permaisuri Niza"
"Baik Tuanku"
"Mengumukan ketibaan Raja Muszaphar untuk masuk ke dalam istana"
Permaisuri Niza yang sedang membaca buku segera mendapatkan suaminya yang tercinta.
"Selamat kembali kanda ku yang tercinta. Bagaimana dengan hasil perbincangan kanda dengan Permaisuri Spartan?" tanya permaisuri Niza.
"Beliau setuju dengan cadangan kanda tetapi beliau meletakkan syarat"
"Apakah syarat itu?"
"Kanda perlu mengawini Permaisuri Maimunah", teragak-agak Raja Muszaphar memberitahu isterinya.
"Kanda setuju?"
"Ya, kanda telah membuat keputusan. Kanda akan berkahwin dengan Permaisuri Maimunah dalam masa 3 hari. Maafkan kanda, dinda" Permaisuri Niza tidak dapat menahan air matanya.
"Mengapa kanda? Tidak mungkin kanda berkahwin dengan Permaisuri Maimunah hanya semata-mata kemajuan kerajaan Excalibur. Kanda telah tertarik dengan Permaisuri Maimunah? " tanya Permaisuri Niza dengan sinis. Air matanya telah banyak merembes keluar.
"Tidak dinda. Kanda buat semua ini untuk kemajuan Excalibur " nafi Raja Muszaphar.
"Tidak cukup gah ke kerajaan Excalibur? Dinda yakin kerajaan Excalibur mampu untuk lebih maju walaupun tidak bekerjasama dengan kerajaan Spartan. Kerajaan kita banyak hasil pertanian dan pelbagai lagi. Jujur lah pada dinda" rayu Permaisuri Niza.
"Iya, memang kanda telah tertarik dengan kelembutan Permaisuri Maimunah" jawapan raja Excalibur amat mengayat hati Permaisuri Niza.
"Tetapi kanda, bagaimana dengan dinda? Telah hilang kah perasaan cinta dan kasih kanda pada dinda?Tolong kanda jangan menduakan dinda" rayu Permaisuri Niza lagi sambil berlutut di hadapan suaminya sendiri, erat memegang kaki suaminya. Dayang-dayang sudah mula mengalirkan air mata melihat perbalahan suami isteri itu. Permaisuri Niza yang baik dengan semua rakyat tanpa mengira darjat, yang telah disanjung.. kecundang di hadapan suami yang tidak setia.. disaksikan dengan dayang-dayang dan pengawal-pengawal.
"Maafkan kanda, dinda"
"Ta ta tapi kanda_", teresak-esak Permaisuri Niza menangis.Tetapi masih tidak dapat mengubah keputusan Raja Muszaphar.
"Sudah! Tiada apa yang dapat mengubah keputusan kanda. Pengawal Syukri!"
"Ampun tuanku beribu ribu ampun, sembah patik harap di ampun. Apakah tujuan Tuanku memanggil patik?" tanya pengawal peribadi Raja Muszaphar yang bernama Syukri itu.
"Beta ingin kamu uruskan persiapan perkahwinan beta dengan Permaisuri Maimunah dalam masa tiga hari!" titah Raja Muszaphar.
"Mengapa terlalu cepat kanda?Mengapa? Kasihani lah dinda" rayu Permaisuri Niza lagi.
"Diam dinda!" herdik Raja Muszaphar.
"Baik tuanku. Patik akan menguruskan persiapan perkahwinan Tuanku semuanya dengan segera"
"Tolong kanda" buat sekian kalinya permaisuri Niza masih merayu tetapi tidak diendah. Raja Muszaphar terus berlalu meninggalkan Permaisuri Niza.
Permaisuri Niza terduduk,merenung nasib yang bakal berlaku.
YOU ARE READING
TWIN PRINCE OF EXCALIBUR
Fantasy"Mengapa muka tuan hamba sama dengan patik" "Kita seperti mempunyai pertalian darah yg sama... Hmm" Apakah mereka benar-benar kembar atau hanya pelanduk dua serupa? Teruskan dalam TWIN PRINCE OF EXCALIBUR. (SlowUpdate)