BAB 1

72 6 0
                                    

"Dinda, Kanda ingin mempertingkatkan kawasan naungan negara kita" Kata Raja kepada Permaisuri.

"Boleh juga itu kanda, lagipun adinda dapat tahu yang tadi kanda memang ada berbincang dengan menteri tentang hal ini bukan? " Kata Permaisuri.

"Benar adinda, esok kanda mahu berangkat ke negara Spartan, mahu membuat rundingan persetujuan naungan disana" Kata Raja.

"Ouh, benarkah bolehkah adinda ikut serta?" Kata Permaisuri lalu membuat muka comel.

"Tidak boleh adinda, kanda pergi bukan suka suka ada tugas yang terpikul di atas bahu" Kata Raja

"Baiklah kanda" Kata Permaisuri.

"Dinda dinda " Bisik Raja.

"Ye kanda" Kata Permaisuri.

"Hari sudah lewat malam, mari kita beradu" Kata Raja sambil membelai rambut Permaisuri.

"Ayuh kanda" Kata Permaisuri lalu melabuhkan tirai kamar.

Keesokan harinya

"Semua sudah sedia kanda?'' Tanya Permaisuri.

"Sudah adinda, kanda pergi sebentar sahaja, sebelum matahari terbenam di ufuk barat, kanda berjanji, kanda akan pulang'' Kata Raja sambil mengenyitkan mata.

"Kanda ni, ada ada sajalah'' Kata Permaisuri lalu mencebik Raja.

''Hahahah, baiklah dinda kanda berangkat dahulu, nanti lambat pula '' Kata Raja.

"Selamat Jalan Kanda'' Kata Permaisuri.

"Baiklah semua berangkat sekarang '' Teriak Sang Raja dengan suaranya yang lantang.

''Aku merasakan sesuatu yang tidak enak akan berlaku, aku harap suamiku baik baik sahaja. Oh tuhan, kau rahmatilah suamiku serta rombonganya'' Doa Permaisuri .

''Lambat lagikah hulubalang? matahari pun sudah tercacak di atas kepala. Masakan pula kita masih tidak sampai?'' Kata Sang Raja kepada hulubalang.

''Patik memohon seribu ampun, sembah patik harap di ampun, sebenarnya kita sudah tersesat'' Kata hulubalang dengan wajah yang kesal.

"Tidak mengapalah, beta arahkan kita berehat sebentar dibawah pokok sana'' Kata Sang Raja sambil menunjuk kepada sebatang pokok yang rendang daun daunya.

''Baiklah'' Kata Hulubalang sambil mengangkat sembah.

"Wahai rombongan Excalibur, baginda raja mengarahkan kita berehat sebentar dibawah pokok sana'' Teriak Hulubalang.

Ketika tengah berehat, datang seorang Pengemis Tua ke arah rombongan mereka.

"Pergi kau dari sini orang tua, apa yang engkau mahu dari kami?!" Teriak pengawal raja.

"Apa yang kecoh kecoh ini pengawal?" Tanya Raja.

"Ada seorang orang tua mahu membuat onar pada kita raja." Kata Pengawal.

Sang Raja pun perlahan lahan mendekati pengemis tua tersebut.

"Apa yang engkau mahukan dari kami, Wahai orang tua? Kasihan sungguh aku melihat engkau" Kata raja sambil membuat wajah simpati.

''Aku hanya ingin meminta makanan, sudah tiga hari aku tidak makan" Kata Pengemis itu.

"Pengawal berikan sedikit roti dan susu kepada pengemis tua ini'' Kata Raja.

''Taaaa''

''Tiada sebarang alasan, ini adalah perintah raja yang harus kamu patuhi!!'' Teriak raja sebelum sempat pengawal menghabiskan kata katanya.

Seketika kemudian, datanglah pengawal sambil membawa sebuku roti dan seuncang susu.

''Terima kasih, aku akan ingat jasa kalian'' Kata Pengemis tua.

Maka makanlah pengemis tua dengan lahapnya.

''Boleh saya tahu arah manakah ke negara Spartan'' Kata Raja sambil menatap wajah pengemis itu.

''Kenapa engkau nak kesana, urusan apa engkau?'' Kata Pengemis tua itu.

''Saya adalah Raja dari negara Excalibur, mahu membuat rundingan naungan dengan negara disana'' Kata Raja.

Pengemis tua tergamam sebentar, dia berhenti makan, angin bertiup dengan sepoi sepoi bahasa hanya kedengaran bunyi bunyian unggas hutan.

''Tuanku Raja? maafkan hamba, hamba tidak tahu'' Kata Pengemis tua sambil bersujud pada kaki baginda.

''Tidak mengapa, boleh beta tahu mana arah Kerajaan Spartan?'' Kata Raja.

''Boleh, teruskan sahaja perjalanan tuanku, kelak akan terlihat sebatang sungai yang cantik dan jernih airnya, kemudian lintasilah jambatan yang tersergam indah diatas sungai itu, kemudian teruskan perjalanan tuanku kearah timur, kelak akan sampailah ke kerajaan yang dihajati Spartan'' Terang pengemis tua tersebut.

''Terima kasih, beta mahu melanjutkan perjalanan, selamat tinggal'' Kata Raja sambil melambai kearah Pengemis tua.

TWIN PRINCE OF EXCALIBURWhere stories live. Discover now