Promot Seram- "Dihantui Oleh Bunyi Yang Seram"

112 13 14
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





#DudukRumah

Sewaktu perintah kawalan pergerakan dilaksanakan aku masih berkerja. Sehinggalah... keadaan semakin teruk, aku tidak bekerja lagi. Dah beberapa hari duduk rumah sewa keseorangan. Teman-teman aku yang lain sudah pulang ke rumah keluarga masing-masing. Sedang aku duduk membalas whatsapps keluarga tiba-tiba aku terdengar bunyi yang pelik dari sudut bilik. Seperti seseorang menyeret besi berat. Badan aku terus tegak. Aku hanya memerhati dari atas katil. Aku melihat tiada apa-apa. Aku pun kembali kepada perbualan keluargaku melepaskan rindu. Berbual dan ketawa sehingga lewat malam.

Aku fikir bunyi itu, hanya sekadar pada semalam. Tetapi ternyata aku silap. Bunyi itu semakin lama, semakin kuat dan kerap menggangu tidur dan rutin harian aku. Hendak keluar tiada pula tempat bersesuaian untuk aku pergi. Aku mengeluh lagi dan lagi.

Setiap hari, aku diganggu dengan bunyi-bunyian pelik. Sehinggalah satu hari...

"Eh? Hari tiada pula bunyi? Biasa bagai nak bernanah telinga aku mendengar..."

"Kan, bagus 'engkau' tak kacau aku lagi." Sambungku lagi.

Aku tersenyum senang. Akhirnya boleh aku tidur tenang malam ini.

Tiba-tiba bunyi sesuatu kedengaran agak kuat berdekatan denganku. Anak mata aku melingas ke kiri dan ke kanan, tetapi tiada apa-apa. Baru sahaja aku ingin menjengah bawah katil. Ada titisan-titisan air jatuh di atas mukaku.

Aku mengesat perlahan.

"Dari mana pula datang air ni?" ujarku kebingungan.

Lantas aku mendongakan kepala memandang ke atas. Alangkah terkejutnya aku. Tepat di hadapan mata aku, ada wajah hodoh sedang menyeringai dengan mulut yang melopong besar sehingga mengeluarkan cecair melekit dan berbau hanyir. Perutku mengelodak. Tekak aku terasa kembang. Namun aku tahan sambil bangun dan berlari keluar dari bilik dan rumahku. Sempat aku mencapai telefon dan bag duit serta kunci rumah di atas almari.

Aku duduk di dalam kereta dengan tangan menggelentar. Surah al-Quran aku buka dengan volume perlahan. Kerusiku turunkan. Aku turut membaca surah al-anas, al-falaq dan al-ikhlas sebanyak tiga kali. Kedengaran pintu kereta diketuk berulang kali dan bahagian pintu digores dengan kuku yang tajam. Bunyi itu mengilukan dan membingitkan telingaku. Aku menutup mata serapatnya dan membaca ayatul kursi sebanyak tujuh kali. Kemudian aku berzikir sehingga aku terlelap kepenatan.


Azan subuh membuat aku tersedar dari lena. Aku menegakan kerusi bahagian pemandu. Berulang kali aku menggosok mata.

"Apa aku buat dalam kereta ni?"

Aku mengelap peluh yang merembes di dahi. Aku terpandang pintu rumah yang terbuka luas. Otakku mula bekerja. Kisah malam itu, mula bermain di kotak fikiranku. Tubuhku kembali menggigil. Hati berbelah bagi ingin masuk atau tidak.

Aku membuka pintu kereta dan menutup kembali setelah keluar. Torchlight telefon aku buka dan menghala ke dinding pintu kereta.
Tangan aku usap permukaan itu, ya terdapat kesan cakaran!

Dengan lafaz bismillah. Aku masuk ke dalam rumah bersama ayat suci al-Quran aku buka dengan kuat. Aku mandi dan menunaikan fardhu solat subuh. Selesai segalanya, aku menghubungi sahabat aku. Meminta dia mencarikan seorang ustaz yang boleh bantu aku membersihkan rumah sewa aku. Notification aku masuk dan aku mendapat nombor ustaz Zakwan. Ustaz Zakwan meminta aku mengaji setiap hari dan solat jangan tinggal.



500 patah perkataan.

#DudukRumah
SeramMY

Promot Wattpad-  #DudukRumah Where stories live. Discover now