Romantika- Reka Cerita Berdasarkan Gambar

10 0 0
                                    

#DudukRumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


#DudukRumah

Rania memandang buih-buih laut yang dibawa ombak. Bunyi ombak yang menghempas pinggir pantai dan batu-batu begitu mengasyikkan.

Dalam satu tragedi dia kehilangan segalanya, dan dalam satu tragedi dia mendapat sinar kehidupan yang terindah seperti sekarang ini.

Anak mata dia tidak lepas dari melihat suaminya yang sedang mendukung sepasang kembar perempuan. Anak mereka bernama Raudah Azwa dan Rasyika Azura.

Afzan yang ternampak isterinya termenung lantas datang mendekat. Azwa dihulur pada Rania. Terkebil-kebil Rania mengambil Azwa dan sebelum tubuhnya selamat di dalam pelukan suaminya. Dia tersenyum bahagia.

"Sayang... fikir apa? Kisah lama?" soal Afzan lembut.

Rania mengukir senyuman dan mengangguk kecil.

"Sayang... perkara lepas jangan dikenang. Tetapi boleh mengambil iktibar untuk kita sama-sama membetulkan kesilapan masa lalu. Sayang terlalu sempurna buat abang. Cuma abang yang... yang gagal melihat keikhlasan sayang untuk rumah tangga kita. Sehingga abang kehilangan sayang..."

"Abang harap sayang sentiasa bersama abang, walau apa pun, yang bakal kita tempuhi pada masa akan datang." Azfan meluahkan rasa hatinya.

Tangan isterinya digenggam. Dan dicium lembut.

"Maafkan abang, Rania. Abang gagal menjadi suami yang baik buat awak dan anak-anak kita," ucap Azfan sayu.

"Abang tak gagal, malah Rania kagum dengan abang. Segala kasih sayang yang abang berikan pada Rania dan kembar," balas isterinya sambil tersenyum.

"Az... Azfan. Okey tak ni?" tegur seorang gadis dengan wajah kerisauan.

Azfan tersedar dari lamunan panjang. Cepat-cepat dia menyapu air mata yang mengalir tidak mahu orang lain nampak. Dia tersenyum kekok.

"O... okey! Az okey je. Kenapa kak?"

"Dia orang semua dah nak gerak balik ni. Puas kita orang cari Azfan," luah Azwani dengan nada risau.

"Erm... yelah. Mari kita balik," ajak Azfan lemah.

Azwani menjeling sedikit ke arah adiknya.

"Setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Az tak boleh terus meletakkan kesalahan pada diri Az sepenuhnya. Walaupun, memang Azfan bersalah. Manusia mana tak melakukan kesilapan? Jika kita diberi peluang ke dua elok gunakan sebaik mungkin. Mungkin sudah Allah tentukan jodoh Az dengan Rania berakhir sampai di sini?"

Azfan diam tidak berkutik.

Ada separuh dari kata-kata kakaknya dia hadam dan cuba lakukan. Ada sedikit kata-kata itu, hati ini masih belum terima bahawa isteri yang dia sayangi telah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya. Dia sangat kesal.

Jika dia percaya pada isterinya semua ini tidak akan berlaku. Pada suatu haru, isterinya sedang menguruskan anak-anaknya tiba-tiba satu pesanan ringkas masuk ke dalam telefon wanita itu.

"Hai sayang, buat apa tu? Rindulah..."

Telinganya merah menahan amarah. Belum reda masuk lagi pesanan.

"Rindu nak bersama dengan awak, sayang... Saya cintakan awak!"

Telefon itu dihempas ke atas lantai. Berderai. Nombor itu dia juga tidak kenal. Rania curang belakang dia!

Dia ke ruang tamu mencari Rania
Tetapi hanya ada, Azwa dan Azura Azfan ke dapur. Dia melihat isterinya sedang ingin memasak dan memotong ikan.

Lantas leher isterinya dicekik kuat.

"Kau hak aku! Tak ada siapa boleh ambil dari aku! Langkah mayat aku dulu!" jerkah Azfan lantang.

"A... abang... kenapa ni?"

"Kau perempuan tak sedar diri! Kau bersama jangan lain, belakang aku!"

Pisau diambil lalu...

#DudukRumah

500 patah perkataan

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 12, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Promot Wattpad-  #DudukRumah Where stories live. Discover now