#DudukRumah
Aku: "Tak ada apa tu."
Seseorang: "Apa yang tak ada?"
Aku tersentak. Setahu aku hanya aku seorang berada di tingkat tiga ni. Terus bulu romaku meremang apabila ditegur oleh seseorang. Segera aku berpaling dan aku terkejut melihat seorang perempuan sedang merenung aku di sebalik pintu bilik yang tidak digunakan itu.
Spontan kaki aku undur ke belakang, anak mata masih tertumpu pada si dia yang masih menatap tajam ke arah aku.
Aku: "K... ka... kau, si... siapa?"
Seseorang: "Penghuni bilik yang kau ceroboh."
Aku tergamam.
Aku: "Ma... maafkan aku. Aku tak se... sengaja."
Tiba-tiba si dia ketawa nyaring dan mengilai panjang.
Seseorang: "Maafkan kau? Hi hi hi..."
Dia semakin mendekat pada aku. Dapat aku melihat wajahnya yang sopak dan berlubang-lubang.
Aku: "Iya... benarkan, aku ke... keluar dari bilik ni."
Seseorang: "Aku sunyi... dan aku perlukan kawan yang menemani aku di sini."
Peluh merembes keluar membasahi dahi. Badan aku sedikit menggigil. Bagaimana aku mahu keluar dari sini?
Aku: "Ka... kau. Dulu pekerja dekat sini ke?"
Si dia terdiam dan menunduk kepala.
Perlahan aku mengeluarkan telefon dalam poket. Aplikasi ayat-ayat Al-Quran aku cari. Sesekali anak mataku melihat si dia. Alangkah terkejutnya aku. Dia berdiri betul-betul di hadapan aku. Segera aku menekan apa sahaja. Serentak itu, ruang bilik itu bergema dengan ayat Al-fatihah.Sesorang: "Ha ha ha... kau fikir aku takut?"
Tiba-tiba dia mengikut bacaan ayat tersebut.
Aku: "Bismillahi alrahmani alrohim."
Si dia terdiam. Matanya mencerlung tajam ke arah aku. Lalu tangannya mencekik leher aku. Kuat. Kuku dia yang hitam dan panjang. Menekan ke dalam kulit aku. Dapat aku rasakan pedihnya leher dan terasa seperti sesuatu mengalir.
Aku: "Lepaskan akulah! Lepas!"
Seseorang: "Dia menguatkan lagi cengkaman itu dengan meletakkan sebelah lagi tangannya."
Aku terbatuk-batuk dan tercungap-cungap mencari nafas. Telefon aku genggam dan aku hentak kuat pada telinga dia. Berkali-kali sehingga aku merasakan cengkaman itu sedikit longgar. Aku menendang perutnya dan menolak dia ke dinding.
Dengan nafas yang lelah sambil memegang leher. Aku berlari laju keluar dari bilik itu. Tetapi, malangnya kaki aku sempat dia tarik dan menindih tubuhku.
Aku: "Tolong! Tolong!"
Seseorang: "Kau tak akan terlepas seperti mangsa-mangsa aku yang lain."
Aku terdiam. Apa semua ni...
Seseorang: "Aku korbankan mereka untuk kembali menjadi manusia dan menumpang tubuh mereka."
Lelehan darah pada telinganya jatuh menitik ke muka aku. Puih! Terasa tekak aku begitu loya dengan bau hamis perempuan di depanku ini. Berapa lama dia tak mandi ni?
Aku: "Dia orang semua tak ada salah pada kau! Sanggup kau membunuh dan mensyirikkan Allah!"
Anak mataku meliar memandang sekeliling cuba mencari sesuatu. Tiba-tiba tubuh perempuan itu ditarik menjauhi aku. Otak bekerja keras memikirkan macam mana suami aku boleh berada di hadapan aku bersama dengan beberapa orang yang lain. Pantas aku mencapai telefon yang tidak jauh dari aku. Rupanya aku tertekan call pada nama suamiku.
Akhirnya perempuan itu ditahan dan dibawa ke hospital sakit jiwa. Aku rasa sangat bersyukur kerana terselamat menjadi mangsanya.
#DudukRumah
488 patah perkataan
YOU ARE READING
Promot Wattpad- #DudukRumah
Short StoryProgram bersama Wattpad Malaysia dalam #DudukRumah. ❤️ Jemput baca 💛 Jemput komen 💜 Jangan lupa vote 💕 Terima kasih 🤗 🚫 No Plagiarism ©HAK CIPTA TERPELIHARA