promot 2 Fantasi- sambung ayat ( Buku Lain )

44 4 5
                                    

#DudukRumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

#DudukRumah

Dania yang baru sahaja keluar dari bilik, kembali ke katilnya semula. Tetapi pergerakannya terhenti apabila dia melihat sebuah buku yang tidak pernah dia lihat sebelum ini. Lain daripada yang lain. Dania mengambil buku itu dan dibelek depan dan belakang.

Apabila Dania mula membaca halaman pertama buku tersebut, Dania telah menyeru kembali dunia Disneyland Worldwide. Meja-meja di sekitarnya bergegar. Buku itu terhempas ke bawah dan angin kuat berpusar berserta cahaya yang menyilaukan pandangan mata.

Satu persatu puak-puak kalangan Disneyland Worldwide keluar dari buku itu. Kali ini terbalik. Bukan Dania yang masuk ke dunia mereka. Tetapi mereka yang memasuki dunia manusia.

Dania tergamam melihat sekeliling biliknya. Meja yang terbelah. Almari kayu yang pecah. Dinding yang retak. Dia rasa ingin menangis saat ini.

"Hai, Puteri Dania."

"Saya bukan Puteri," balas Dania.

"Apa boleh buat sudah awak keturunan manusia menjadi pahlawan di tempat kami," celah Putera Rico dengan senyuman manis.

Dania menjulingkan mata.

"Mengapa kamu keluar dari buku ini? Nanti kamu dibunuh macam mana?" Dania menyoal dengan nada risau.

"Walaupun, dunia kita berbeza. Saya tidak mahu kehilangan kawan-kawan baik saya."

Putera Rico anak kepada Raja Lucas dan Pemaisuri Ellie. Saat dia tiba di dunia mereka dia dibawa oleh pahlawan-pahlawan Disney Worldwide menghadap raja dan Pemaisuri mereka.

Putera Rico rupa yang putih, bulu kening yang lebat. Bibir yang merah bak buah delima. Matanya yang hijau zamrud sungguh mempersonakan. Putera Rico yang berpakaian lengkap seperti berperang datang mendekati Dania.

"Remember, you belong to me. I came to bring my queen back to her place. And I Love you, Dania."

Putera Rico memandang redup anak mata Dania. Dagu gadis itu dipegang dan ditolak sedikit ke atas. Dia melabuhkan bibirnya pada kedua kelopak mata Dania yang tertutup, jatuh pada pipi kanan dan kiri kemudian melekap pada bibir lembut Dania. Serentak itu, Rico memasangkan seutas rantai pada leher Dania.

"Kingdom Disney Worldwide diserang oleh musuh dalam selimut. Banyak terkorban. Pemaisuri Ellie dan Raja Lucas telah ditawan oleh mereka. Tidak pasti raja hidup atau mati." Tim memaklumkan berita yang sebenar yang membuatkan mereka datang menjumpai Dania. Mereka sudah tidak mempunyai tempat lagi.

Dania terkejut.

Dia segera memeluk Putera Rico, memberi semangat. Dia mencari seseorang. Riak muka Dania yang seperti tercari-cari itu membuat Putera Rico serba salah.

"Dia... dah tak ada," ujar Putera Rico dengan nada sebak.

Dania tersentak. Tak mungkin! Dia jatuh terjelepuk ke atas lantai. Air mata dia jatuh satu persatu.

"Arnab putih..." ucap Dania sayu. Dia mula terkenang bagaimana arnab putih yang membantu dia saat kali pertama dia menjejakkan kaki di Disney Worldwide.

"Dia terbunuh saat, dia ingin selamatkan Putera Rico. Medina..."

Dania mengangkat muka.

Medina? Otak Dania bekerja keras memikir siapa Medina. Oh!

"Di mana Medina? Dia cedera? Saya tak nampak pun dia?" Bagaikan butir peluru Dania menyoal dengan bertubi-tubi.

"Dia terkorban," balas Tim sepatah.

Dania menggeleng kepala. Dia tidak percaya secepat ini kerajaan mereka musnah.

"Siapa punya angkara?" soal Dania dengan nada mendatar. Perasaan dia bercampur marah dan sedih.

"Black Rose..." ujar Putera Rico perlahan.

"Apa? Tidak!" jerit Dania.

500 patah perkataan

#DudukRumah

FantasiMY

Promot Wattpad-  #DudukRumah Where stories live. Discover now