#DudukRumah
Dania duduk termenung selepas mengemas bilik sewanya. Dia lebih selesa menyewa seorang diri. Di negara barat yang menyejukkan dan membuatkan dia kebosanan. Dia terperangkap di Australia kerana dia berkerja selama dua minggu di sini sehinggalah wabak penyakit covid19. Perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. Keadaan semakin teruk, dia juga tidak boleh ke mana-mana melainkan membeli keperluan penting.
Tiba-tiba anak mata Dania terpandang deretan buku-buku berdekatan dengan meja kerjanya. Dia bangun dan melabuhkan punggung dikerusi meja kerjanya. Buku-buku yang berhabuk itu disapu dengan tangan bagi menanggalkan habuk yang melekat.
Uhuk.
Terbatuk-batuk Rania apabila hama habuk memasuki rongga hidungnya. Dia telah mengambil keputusan untuk memilih mana buku yang belum dia baca. Anak matanya mengimbas satu persatu. Sehinggalah dia terbaca salah satu ringkasan buku cerita itu mengisahkan tentang sebuah kerajaan.
Berkerut dahi Dania.
"Aku rasa, aku belum baca lagi buku ni. Macam menarik pula," gumam Dania perlahan.
Dania rasa kagum. Buku ini lain pada yang lain. Unik. Dania mula membuka halaman pertama. Sebaris ayat yang tidak dia fahami diusap dan cuba dieja dengan satu persatu. Tiba-tiba muncul dari mana angin menyedut dia masuk ke dalam buku itu. Dia terperangkap!
"Aku dekat mana ni?"
Dania tergamam memandang sekeliling dia. Hutan? Pokok-pokok beralun daunnya apabila ditiup oleh angin. Bunga-bunga yang berada di situ juga pelbagai warna. Dania terpesona. Dia berjalan mengikut gerakkan hatinya. Buku itu dipeluk kemas.
Dania terkejut.
Dia memandang kiri dan kanan. Dari mana datang anak panah itu? Dania mendongak ke atas. Dia mengundur ke belakang apabila ada seekor makhluk lain pada yang lain muncul di depannya. Makhluk itu bercakap dengan bahasa yang dia tak faham.
"Apa yang engkau cakap? Aku tak faham! Engkau siapa?" tutur Dania dengan nada laju. Apabila dia cemas dia akan berkata dengan laju.
"Aku... White Rabbit. Macam mana engkau boleh datang ke sini?"
Dania terlopong seketika. Lalu dia teringat sesuatu.
"Ini penyebab aku berada dalam buku ini!" tutur Dania dengan geram.
White Rabbit melihat sekeliling.
"Manusia yang menyusahkan aku, mari ikut aku!" tutur white Rabbit tegas.
Terasa aman dia mengajak Dania ke tempat lebih selamat dan selesa. Dania mengikut tanpa banyak bicara. Dania menoleh ke belakang anak panah yang datang bagaikan hujan itu. Sedikit pun, tidak mengenai aku dan si arnab putih. Mata aku membulat teruja.
"Jangan pandang belakang! Cepat jalan. Melainkan engkau hendak jadi santapan mereka."Arnab putih memberi amaran dengan nada tegas. Matanya merenung Dania dengan tajam.
Dania terdiam sebentar sebelum dia kembali bersuara.
"Aku berada di mana?"
Arnab putih berhenti melangkah. Dia merenung tepat dalam anak mata biru milik Dania.
"Kingdom Disneyland Worldwide," ujar Arnab putih yang besar daripada arnab yang biasa di bumi.
Dania ingin tanya sesuatu. Tetapi pantas Arnab putih menyuruh dia mengunci mulut.
Dania sampai di sebuah tempat yang dipenuhi pelbagai haiwan dan orang? Tetapi bukan orang seperti di bumi. Kelihatan sama tetapi rupa mereka sangat luar biasa. Seorang lelaki rupa yang kacak bercuping telinga yang panjang dan ketinggiannya membuat aku mendongak memandangnya. Tangannya diletakkan ke bawah dan menyuruh aku naik dan membawa aku pergi.
500 patah perkataan.
#DudukRumah
YOU ARE READING
Promot Wattpad- #DudukRumah
Short StoryProgram bersama Wattpad Malaysia dalam #DudukRumah. ❤️ Jemput baca 💛 Jemput komen 💜 Jangan lupa vote 💕 Terima kasih 🤗 🚫 No Plagiarism ©HAK CIPTA TERPELIHARA