Tengku Adam berpakaian kasual pada hari ini. Cermin mata hitam berjenama itu terletak elok di atas batang hidung. Dengan hati yang senang, dia keluar dari dalam biliknya.
"Hey, Boy. Tak kerja hari ni?" Langkah Adam mati apabila ditegur oleh ibu tercinta.
"Taklah, Ibu. Adam ada hal lain." Dia tersengih menghampiri Ibunya yang sedang menyiram pokok bunga di taman mini.
"Hal apa tu? Tengku Adam Benjamin ni kalau bukan perempuan, hal apa lagi ya yang Ibu tak tahu?" Ibunya merenung wajah Anak lelaki yang tersenyum nakal itu.
"Tak ada apalah, bu." Melihat wajah ibunya yang sedang cuba membaca akal fikiran dia, segera dia melarikan diri.
"Okaylah, bu. Adam pergi dulu. Jangan buat kerja berat sangat. Membazir Abah bayar bibik mahal-mahal." Dia peluk belakang Ibunya sebelum dua kucupan diberikan di kedua belah pipi wanita itu.
"Assalamualaikum." Adam tidak tahu kenapa tapi dia berdebar sangat sekarang ni. Selalunya kalau keluar dengan anak dara orang lain dia steady je. Tapi, dengan yang ini rasa macam pertama kali bawa anak dara orang keluar.
"Waalaikumsalam. Eh, Adam dah sampai." Datin Nora iaitu mama Puteri menyambut kehadiran Adam bersama senyuman yang senang.
"Puteri dah siap, Datin?" Adam menyalam tangan itu. Dia pun baru tahu dari Noah yang keluarga Puteri orang berada juga. Kalau tidak mengapa Puteri ada dalam event yang penting tempoh hari.
"Dah. Dengar nama abang kacak dia terus awal pagi dia bangun bersiap. Nanti sekejap ya, Aunty panggilkan dia." Adam mengangguk.
"Rilek, Adam.." Dia tenangkan dirinya sendiri. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus.
"Abang kacak!" Jeritan Puteri menghapuskan lamunannya. Dia tersenyum lebar melihat Puteri yang terlihat sungguh cantik di matanya.
Tanpa izin, Puteri terus merangkul lengan Adam. Suka betul dia berkepit dengan abang kacaknya itu.
"Aip, Puteri." Tegur Datin Nora. Membulat mata dia memanah anak mata Puteri. Tak malu sungguh!
"Tak apa, Datin. Hm, kami pergi dulu ya." Adam menyalam tangan Datin Nora sebelum beredar dari situ.
Didalam kereta Adam asyik mengekek ketawa dengar cerita si monyet dan si gajah terbang Puteri. Sampai senak perut dia akibat ketawa.
"Abang kacak, girlfriend abang kacak tak marah ke bawa Puteri keluar?" Terkebil-kebil dia merenung Adam yang sedang memandu.
"Aik? Puteri pun tahu ke girlfriend tu apa?" Adam buat muka hairan.
"Puteri pergi sekolah jugaklah. Puteri tahulah apa. Lagi pun semalam kakak ada tanya Puteri yang abang tak ada girlfriend ke?" Dia mencebik. Apa ingat dia bodoh ke? Walaupun dia macam tu tapi akal dia iq tinggi.
"Tak ada. Abang tak ada girlfriend pun." Adam mencebik sedih.
"Sendunya abang." Jatuh rahang Adam apabila di levelkan sendu oleh Puteri.
"Amboi.." Tangan Adam naik mengusap rambut Puteri.
Setelah beberapa jam akhirnya mereka tiba di taman tema air! Melompat suka Puteri. Adam senyum suka.
Bag mereka di dalam bonet, Adam ambil. "Come, Puteri." Sebelah tangan lagi memimpin Puteri.
Setelah selesai membeli tiket dan memakai gelang di tangan, mereka melangkah masuk ke dalam. Ramai betul orang walaupun hari bekerja.
"Puteri reti tukar baju sendiri kan?" Puteri mengangguk. Lega Adam. Kalau tidak buat naya je. Tak akan dia yang nak salinkan pakaian Puteri. Silap haribulan kena empuk dengan kuali Datin Nora.
"Okay, ni bag Puteri. Lepas siap salin tunggu abang dekat sini. Jangan pergi mana-mana." Puteri mengangguk.
MEREKA berpegang tangan menuju ke dalam kolam. Adam masuk dulu ke dalam pool. Puteri berdiri kejung di tepi darat.
"Puteri, come." Adam menghulurkan tangannya. Cuba memujuk Puteri yang tak berapa nak yakin itu.
"Puteri tak pandai berenang." Dia mencebik geram dengan diri sendiri. Adam ketawa kecil. Comel betul!
"Tak apa. Abang ada. Jom sini." Perlahan Puteri menghampiri Adam. Adam memeluk erat pinggang Puteri apabila tangan Puteri melingkar erat dilehernya. Takut lemas punya pasal.
"Wah..." Kaki Puteri di dalam air bergerak-gerak teruja. Adam senyum sahaja melihat Puteri yang teruja itu.
"Jangan lepas tau." Pesan Adam. Dia membawa Puteri ke tengah pool yang tiada orang sangat. Makin erat lingkaran Puteri apabila kakinya tidak dapat merasakan lantai.
"Suka tak?" Adam merenung wajah Puteri yang sangat dekat itu. Puteri mengangguk laju.
"Dah lama Puteri ajak mama pergi sini tapi, mama kata mama pun tak pandai berenang." Adunya.
"Tak apa. Lepas ni abang bawa Puteri ya." Puteri bersorak riang.
Adam berenang ke sana ke sini manakala Puteri menempel di belakang badannya. Tangan gadis itu erat melingkar di lehernya. Sekejap pun tak lepas.
Kadang-kadang sengaja Adam kenakan Puteri. Dia selamkan tubuhnya membuatkan Puteri juga terselam. Gadis itu menjerit kecil. Makin suka adalah.
Penat seharian bermain di dalam kolam renang, perut masing-masing berbunyi hebat.
"Abang kacak, Puteri laparlah." Dia mengusap perutnya yang kempis.
"Okay, jom kita pergi makan. Puteri nak makan apa?" Adam merenung Puteri di sebelah. Rambut gadis itu yang terjuntai menutup sisi wajah, dia selitkan kebelakang telinga.
Nak tengok muka Puteri!
"Nak makan Tomyam!" Puteri buat muka comel.
"Okay, jom makan Tomyam!" Kereta Adam meluncur laju keluar dari dalam kawasan taman tema air.
"SEDAP?" Adam tersenyum suka melihat Puteri yang makan dengan penuh selera. Dia sedikit puji cara Puteri makan. Bersih. Tak ada tumpah-tumpah pun. Cara dia pegang sudu pun nampak elegant.
"Sedaplah." Puteri mengangguk suka.
"Abang kacak, thank you bawa Puteri jalan-jalan." Renungan Puteri bersama senyumannya itu mendebarkan hati Tengku Adam Benjamin.
"Welcome. After this, kita balik okay? dah nak malam ni. Nanti bising pulak mama." Ujar Adam.
"Okay. Lain kali kita dating lagi eh? seronoklah dating dengan abang kacak!" Terkedu sekejap Adam. Dating? tawa kecilnya pecah. Ya, Puteri. Lepas ni abang bawa Puteri dating keliling dunia.
Jam 8:30 malam mereka selamat tiba di hadapan rumah Puteri. Adam menghentikan keretanya. Tali pinggang dilepaskan.
Dia memerhati Puteri yang sudah lena itu. Rambut yang menutupi wajah Puteri dia tolak ke tepi. Tangannya naik mengusap pipi Puteri.
"And now i'm yours..." Rengekkan kecil Puteri kedengaran sungguh comel. Dia menepuk perlahan lengan Puteri supaya tidak tersedar. Gaya macam tengah dodoikan anak kecil tidur.
"And you're mine." Bibir Adam terkoyak kecil. Jarinya dan jari Puteri disatukan. Hangat! Tengku Adam Benjamin pasti hatinya telah dibawah tawanan Puteri Inara.
•••
Puteri can be so cute sometime. Adam can be so miang jugak sometime. HAHAHAHA 😂
vote
komen
YOU ARE READING
Cinta Hati Adam. [Diterbitkan]
RomansaWN | 02 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 0420 Cover : Stargazell Perkenalannya dengan gadis istimewa itu benar-benar mengubah hidupnya. Dengan orang lain dia dingin sedingin air batu tetapi, bila bersama dengan gadis itu dia lembut selembut haruman dow...