02

12.5K 871 62
                                        

"Baiklah

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

"Baiklah. Terima kasih." Mereka berjabat tangan. Senyuman di bibir hanya tercalit sedikit.

Adam menghantar client ternamanya itu dengan hujung mata. Tubuhnya yang terasa penat sangat itu di sandarkan pada kerusi empuk yang sedang didudukinya (?) itu.

Adam memejam seketika matanya. Cuba menghilangkan segala penat yang ada. Dia setuju yang minggu ini terlalu sibuk baginya.

"Adam." Adam mengangkat muka merenung Noah yang baru masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.

"Oh kau. Ssup?" Adam sekadar mengangguk kecil kepada saudaranya itu. Noah melabuhkan punggung di atas meja. Beradab sungguh Anak Tengku Padilla.

"Jom malam ni?" Noah tersengih nakal. Keningnya terangkat-angkat merenung Adam.

"Ah kau. Jangan nak jadi setan menghasut aku." Adam merengus kecil.

"Alah Dam. Dah lama kau tak join party. Aku tahu kau stress dengan pembukaan resort baru tu kan? Jomlah malam ni lepaskan tekanan kau tu." Pujuk Noah manja. Hujung jari Adam dia cuit-cuit. Laju Adam menepis. Buat kembang tekak betul!

"Tak janji. Tengoklah." Adam memejamkan matanya seketika. Noah sudah bersorak teruja. Ah, dia tak peduli! dia akan heret saudara terhormat dia tu.

"Tengku.." Noah memalingkan wajah merenung Pembantu peribadi Adam yang sangat jelita itu.

"Hey, Jennie." Satu kenyitan mata kasanovanya melayang buat Jennie yang menghampiri mereka.

"Hello, Tengku Noah." Jennie sekadar tersenyum biasa. Kenal sangat dengan perangai buaya darat Tengku Noah itu.

"Tengku, schedule Tengku selepas ni free. Boleh saya nak minta balik awal?" Adam celikkan mata merenung Jennie.

"3 Reason, please." Jennie menelan air liur sebelum idea yang dia simpan tadi di keluarkan.

"Pertama, saya ada hal keluarga. Kedua, saya dah lambat. Ketiga, saya kena balik juga sekarang!" Jennie senyum menggoda.

Kalau namanya Tengku Adam Benjamin ini kau goda sikit, confirm dia benarkan. Kalau dengan Tengku Noah Padilla kau jangan pula main goda-goda. Bukan dia yang tergoda tapi kau yang digodanya balik.

"Euu, Jen. Alasan budak tadika betul." Berdecit Noah yang berada di atas meja itu. Jennie menjelirkan lidahnya kepada Tengku Noah.

"Okay. Tapi, esok tolong kosongkan jadual saya." Arah Adam. Jennie mengangguk laju. Kan dah kata. Tengku Adam dengan pekerjanya tak berkira.

Tapi itulah. Malangnya hanya Jennie seorang yang dia layan baik sedikit. Kalau yang lain, nak tengok senyuman dia pun payah. Inikan nak bercakap panjang-panjang.

"Bye, Jen." Noah melambaikan tangan buat Jennie yang sudah cat walk keluar dari dalam bilik mesyuarat.

"Jom!" Adam mengangkat punggung mengikuti langkah Jennie.

Cinta Hati Adam. [Diterbitkan]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang