Adam diam apabila abah berbual mesra dengan ibunya. Semalam, abah dia baru pulang dari luar negara. Dia merenung pasangan suami isteri itu. Nampak comel je. Bibir Adam spontan tersenyum kecil."Haa! senyum sorang-sorang." Seorang lelaki menepuk bahu Adam kuat. Sampaikan hampir nak terjatuh kerusi Adam. Dia menjeling jejaka yang selamba mengambil tempat di sebelahnya.
"Kau kafir ke tak reti bagi salam?" Marah Adam. Melihat adiknya itu mengekek ketawa makin berapi pulak dia.
"Kalau aku kafir, kau apa kurangnya. Abang kafir?" Tawa Tengku Ariq Benjamin itu pecah. Adam menepuk kuat kusyen ke muka Ariq. Menyakitkan hati sungguhlah budak ni.
"Kau berdua ni.. nak kata belum sunat, dah. Tapi perangai macam budak-budak." Tegur Tengku Benjamin. Cermin mata putih dia tanggalkan.
"Adam ni, bah. Tak rilek betul jadi orang." Adu Ariq membela diri.
"Kau tu kalah babun perangai." Balas Adam geram.
"Sudahlah tu. Ariq ni kalau balik memang suka kacau abang eh." Tegur Tengku Mariana.
"Dah malaun ni sorang je adik beradik yang Ariq ada, bu. Ibu tak nak bagi Ariq adik baru ke?" Sengih Ariq dan Adam melebar menyakat ibu kesayangan.
"Apa bendalah korang ni. Patutnya kau berdua yang bagi ibu menantu." Terdiam kedua beradik itu apabila Tengku Mariana bersuara kembali. Terkulat-kulat masing-masing.
"Adam dululah, bu. Ariq ni tak habis manja manja lagi dengan ibu." Adam menjeling Ariq yang sengaja mengenakan dia.
"Ha, Adam. Bila nak bawa Puteri jumpa ibu." Adam sengih. Tiba-tiba dia menguap.
"Ngantok. Tidur dululah." Adam menguap besar yang di buat-buat. Dia mengerling Ariq yang mengerutkan wajah. Tiber!
"Aik? baru pukul 8?" Ariq kuyukan mata merenung Adam penuh curiga.
"Diam kau. Hm, ibu abah Adam masuk bilik dululah." Adam tersengih apabila Puan Mariana turut memberikan dia pandangan yang curiga.
Adam menghempaskan tubuhnya ke atas tilam. Dia merenung syiling putih. Seketika dia mengeluh. Dia sebenarnya tengah bingung. Boleh ke dia kahwin dengan Puteri? kalau dia kahwin dengan Puteri, dia akan merasa alam rumahtangga macam pasangan yang lain?
"Puteri! kau buat aku angau dekat kau tapi dalam pada masa yang sama, kau seksa aku macam ni. Aku nak miliki kau sepenuhnya!" Adam meraup wajah.
Phone yang berada di dalam genggaman bergetar. Nama Noah tertera. Tak tunggu lama, segera Adam menjawab.
"Hm?"
"Dekat rumah. Kenapa?" Bicaranya bersama mata yang tertutup.
"Ha?! Aku datang sekarang!" Adam terus bangun dari pembaringannya.
Adam meluru masuk. Dari jauh dia sudah dapat melihat Noah dan Datin Nora di situ. Laju langkah kakinya dibawa merapati mereka.
"Adam." Noah mendapatkan Adam yang kelihatan sangat cemas itu.
"Apa jadi ni?" Tanya Adam resah. Sempat dia mengerling Datin Nora yang teresak menangis di bangku yang tersedia.
"Tadi, Aunty call aku kata Puteri hilang dari rumah. Aku pun kelam kabut apa semua tak terfikir nak call kau dulu. Lepas tu masa aku dah sampai simpang nak masuk kawasan rumah aunty, aku nampak Puteri kena kacau dengan lelaki. Ramai okay!
Aku baru nak pergi tolong Puteri tapi, belum sempat aku turun dari kereta, Puteri kena tolak ke tengah jalan. Dan kebetulan kereta belakang aku terlalu laju sampai dia tak sempat nak brek. Dia... langgar, Puteri." Noah mengeluh. Dia menepuk bahu Adam.
"Aku minta maaf, Dam. Aku tak sempat." Noah menundukkan wajah.
"Dah. Bukan salah kau." Adam menepuk bahu Noah. Memberikan semangat.
"Aunty." Adam bercangkung di hadapan Datin Nora.
"Adam.. Aunty takut sangat. Macam mana ni Adam." Datin Nora memaut tangan Adam.
"Sabar ya, Aunty. InshaAllah Puteri akan selamat."
Tengku Adam merenung gadis yang terbaring kaku di atas katil kecil itu. Bantuan pernafasan masih setia bersama gadis itu. Dari jauh saja dia akan melihat Puteri.
Harini genap seminggu Puteri tak sedarkan diri. Adam sudah buntu tak tahu nak buat macam mana. Doktor kata keadaan Puteri stabil tapi peliknya dia tak sedarkan diri sehingga sekarang.
"Adam." Adam berpaling. Dia tersenyum buat Datin Nora yang menghampiri.
"Dari pejabat?" Adam mengangguk. Rutin harian dia semenjak Puteri masuk hospital. Sebelum pergi kerja, dia akan singgah jenguk Puteri. Begitu juga selepas habis kerja. Kadang tu waktu lunch pun dia datang jenguk gadis kesayangannya itu.
"Adam. Semalam, kakak Puteri call aunty. Dia kata dia nak pindahkan Puteri ke hospital di Perth. Katanya rawatan di sana lebih bagus untuk Puteri. Mereka ada segalanya yang disini tiada." Adam terasa sakit.
Berpisah dengan Puteri? tak pernah dia bayangkan. Bagaimana dia nak lalui hari-harinya kalau sehari tak tengok muka Puteri.
"Tapi, aunty. Dekat sini pun berkualiti."
"Aunty tahu. Tapi, keputusan ni kakak dengan abang dia yang buat. Aunty tak boleh buat apa. Mereka berkeras nak Puteri dapatkan rawatan di sana." Datin Nora senyum segaris buat Adam yang sudah kelihatan mendung itu.
"Adam." Dia memegang lama tangan Adam.
"Aunty sayang Adam. Adam insan pertama yang layan Puteri dengan baik. Yang sanggup berkawan dengan Puteri. Terima kasih banyak sudi menyayangi anak aunty. Jasa baik Adam dan Noah belum tentu aunty dapat balas." Dia senyum.
"Jangan kata macam tu, aunty. Kami ikhlas. Aunty, Adam dah sayangkan Puteri lebih dari Adam sayangkan nyawa Adam. Macam mana Adam nak hidup kalau Puteri tiada?" Dia buat muka simpati.
"Adam. Puteri tak layak untuk Adam. Puteri bukan macam gadis biasa. Aunty hargai perasaan Adam pada Puteri tapi, Adam dan Puteri mustahil boleh bersatu. Aunty doakan dan Aunty harap Adam jumpa seseorang yang boleh menggantikan tempat Puteri." Datin Nora mengusap lengan Adam sebelum beredar.
Adam merenung lama wajah Puteri. Kita memang tak boleh bersama ke Puteri? Andai jodoh bukan milik kita, Aku cuba untuk redha. Semoga kau jumpa seseorang yang boleh membahagiakan kau. Jangan lupakan aku, Puteri. Aku sayang kau, ikhlas.
•••
hiks. Apa aku taip ni?
vote
komen

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Hati Adam. [Diterbitkan]
RomanceWN | 02 Nukilan : Wawa Nabilla mula : 0420 Cover : Stargazell Perkenalannya dengan gadis istimewa itu benar-benar mengubah hidupnya. Dengan orang lain dia dingin sedingin air batu tetapi, bila bersama dengan gadis itu dia lembut selembut haruman dow...