25 》 Actually...

395 29 2
                                    

Izz terus berlabuh di kerusi di meja belakang blok. Dia sudah ke Kantin, tapi tiada kelibat Zara.

Dia ingin kan penjelasan soal semalam. Terasa seperti ada sesuatu yang Zara sorokkan dari dia.

Izz membuka buku latihan Fizik miliknya. Terus saja dibuat tanpa berlengah. Sesekali dia menjeling ke arah jam.

"Dah nak habis rehat. Tapi Zara tak de lagi" ucap Izz sendirian.

Dia memandang sekeliling. Berharap agar orang yang ditunggunya datang tapi hampa.

Izz mengeluh kecil. Terus saja buku ditutup dan diangkat.

Mungkin Zara tak datang kot arini.

Izz memandang sekeliling. Mencari tanda-tanda akan kehadiran gadis itu yang mungkin menyorok di mana-mana.

Tapi tiada. Terus saja kaki Izz mulai mengorak langkah untuk beredar.

"Minion..."

Langkah Izz terhenti. Terus saja dia berpaling mencari gerangan yang menyebut nama panggilan yang diberi Zara.

Kelihatan Zara sedang berdiri tegak dibelakang Izz. Tangannya lengkap dengan buku. Mungkin akan ke suatu destinasi lain atau baru pulang dari bilik khas.

"Kau cari aku ke minion?" Soal Zara lembut.

Izz diam. Takkan mahu menyatakan hasrat sebenar pada gadis itu. Melihat Izz yang diam tidak bergerak telah membawa kaki Zara mendekati jejaka itu.

"Aku tahu kau nak tanya aku lagi pasal malam semalam tu kan?" Soal Zara lagi.

Izz berkira. Sememangnya dia mahu membuka perihal semalam. Tapi... tidakkah ia akan menggores hati gadis di depannya.

"Tanya la. Aku tak kisah. Aku sedia dengar apa yang kau nak cakap dengan aku" ucap Zara lagi.

Izz memandang Zara. Risau pula hatinya melihat wajah Masam Zara.

"Betul ni tak kisah?" Soal Izz lagi.

Zara mengangguk perlahan. Izz menunduk lagi. Terus saja tangan Zara menarik lengan Izz agar mengikutinya di kerusi.

"Duduk la dulu. Takkan nak berdiri je?" Soal Zara lalu duduk di kerusi hadapan Izz.

Izz tersenyum kecil. Bukunya diletakkan di atas meja lalu Zara di pandang.

Entah la... dia tak tahu sama ada mahu percayakan orang luar atau apa yang dilihatnya pada Zara.

Pada pandangan dia, Zara tu kerek, manja, miang dan kadang-kadang suka buat orang sakit hati, suka gelak macam pontianak sampai pukul tumbuk orang kat sebelah dia.

Tak sama macam orang lain cakap pasal Zara. Zara tu suka buat masalah, akhlak rosak, samseng kat sekolah, suka pukul orang.

Tapi ada betulnya juga. Zara pakai baju seksi, Free hair, kadang suka buat hal dia, suka cari gaduh dengan geng pembuli kat sekolah.

Entah. Dia tak tahu mana yang harus dia percaya. Sama ada apa yang dilihat pada Zara atau orang lain.

"Minion..."

Izz memandang Zara.

"Janganlah diam aje. Aku tahu kau nak tahu banyak pasal aku kan? Sementara aku buka soalan ni kat kau, kau tanya la. Aku tahu. Kau sebenarnya di rasuki oleh beberapa ketul makhluk jahat disekeliling kau pasal aku. Tapi... janganlah sebab apa yang kau nampak kekurangan dalam diri aku, kau nak benci aku" ucap Zara perlahan.

Izz mendiamkan diri. Mana mungkin dia nak benci Zara. Dia takkan benci orang sesuka hati.

"Tak de la... aku... tak nak la korek pasal rahsia kau kalau kau sendiri berat nak cakap. Biarlah kau sendiri yang rela nak cakap. Aku tak nak kau tergores hati kalau aku tanya kau macam-macam" ucap Izz lembut.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now