31 》 Hasut & nama

362 31 2
                                    

Seorang budak dalam lingkungan 18 tahun masuk ke kelab tersebut dengan wajah biasa.

Dua orang bodyguard yang menjaga pintu masuk menahan budak tersebut dari masuk ke dalam.

Gadis itu memandang tajam. Bodyguard tersebut tidak terkesan langsung dengan pandangan gadis itu.

"Tepilah! Aku nak lalu. Apa kelab ni mak kau punya ke?" Soal gadis itu kasar.

Bodyguard tersebut tersenyum sinis.

"Hei cik adik. Kelab ni memang mak aku punya. Kau blah la sana. Tengok muka kau pun aku tahu kau ni budak. Budak tak boleh masuk tanpa pengawasan orang dewasa. Fikir ni Wonderland?" Soal salah seorang bodyguard itu sinis.

Gadis itu berdecit geram.

"Apa kau ingat aku ni ada masa ke untuk semua peraturan remeh kau? Aku datang sini ada hal. Aku nak jumpa Tiger. Bukan biskut Tiger ye kerepot" ucap gadis itu sinis.

Bodyguard tersebut memutarkan bebola matanya. Geram barangkali dengan jawapan yang diutarakan gadis itu.

"Apa masalah kau ha budak nak jumpa boss kitorang? Dia tak suka sugar baby yang mentah cam kau ni" ucap bodyguard itu sinis.

Gadis itu menjeling geram. Suka sangat buat orang menyampah.

"Adalah masalah aku. Kau blah boleh tak? Apesal dia upah pengawal yang kerek, IQ tahap budak prasekolah cam kau ni?" Soal Gadis itu malas.

Mahu saja penumbuk digempal dan mahu di suakan pada gadis itu.

"Wo, wo, wo. Aku datang sini bukan nak gaduh la! Aku nak jumpa tiger je. Apa masalah kau ni. Salah ke aku nak jumpa dia. Nak kena ada appointment ke baru boleh jumpa?" Soal gadis itu geram.

Bodyguard tersebut menghela nafas panjang. Terus saja dicuit bahu rakannya agar disoalkan tentang gadis itu.

Terus saja salah seorang dari mereka bergerak menuju ke arah Tiger.

Idris mendengus kasar. Kad yang berada di tangannya di pandang geram.

"Cepatla... orang lain nak jalan jugak nii" marah orang yang berada di sebelah kanan Idris, Zach.

Idris diam. Dia tak mahu berkata apa-apa. Satu kad ditarik kasar lalu diletakkan di atas meja.

Zach tersenyum kecil. Terus saja semua kad miliknya di letakkan di atas meja.

King    king    A

Idris mendengus geram. Kad ditangannya di campak. Meja di tepuk kuat.

Rakannya yang lain hanya memandang dengan riak biasa. Mungkin sudah masak dengan perangai Idris yang panas baran.

"Aku tak puas hati! Aku nak main lagi sekali. Kalau tak duit aku tak bayar" ucap Idris geram.

Zach dan rakannya sudah tergelak sinis.

"Mana boleh bro... satu game..."

Zach memdekatkan badannya dengan meja.

"Satu pembayaran. Tak de ulangan, tak de main lagi sekali. Kalah itu kalah... nak menang bayar lagi la..." ucap Zach sinis.

Idris mendengus geram. Bodyguard tadi menghampiri Tiger.

Satu bisikan diucapkan ditelinganya menyebabkan wajahnya serius.

"Bagi dia masuk" ucap Zach mendatar.

Terus saja Gadis itu dituju dan mengiringnya masuk. Sempat lagi jelingan lidah diberikan pada bodyguard tadi.

Tiger dituju. Terus saja senyuman kecil dihadiahkan buat Tiger dan orangnya di situ.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now