41 》 Maksud Hadiah

320 28 0
                                    

Faris terus mendaki bukit dengan laju. Zara yang sedang duduk elok dengan Izz dituju.

"Zara!" Panggil Faris.

Zara dan Izz terus menoleh. Laju saja Zara bangun apabila wajah risau Faris muncul.

"Kenapa ni?" Soal Zara risau.

Faris terus menghampiri Zara. Nafas di tarik panjang.

"Idris. Dia on the way balik. Cepat lah sebelum dia sampai" ucap Faris tercungap.

Terus saja Zara menarik tangan Faris. Mengajaknya beredar.

"Minion, aku balik dulu. Kau pun balik tau. Jangan balik lambat nanti Mama kau marah tau" ucap Zara berlalu pergi.

Izz terpinga. Teringat akan hadiah yang mahu di beri pada Zara.

"Rose! Nanti dulu" laun Izz.

Terus saja langkah Zara terhenti. Izz segera mencapai beg kertas tersebut lalu berlari ke arah Zara.

"Ni... hadiah dari aku. Aku harap kau suka. Kau lupa nak ambik masa kita balik mall aritu" ucap Izz perlahan.

Faris mencebik.

Aku tahulah aku single. Nak ngorat pun jangan lah depan aku. Terasa sendunya di hati. Ehek!

Zara terdiam. Izz terus saja mencapai tangan Zara agar diambil hadiah itu.

"Take care Rose" ucap Izz perlahan.

Zara tersenyum kecil. Terus saja Faris menarik lengan Zara agar mengingati untuk kembali pulang.

"Tak payah nak gatal dengan kakak aku boleh tak? Kau pun sama Zara. Gatal! Jom lah balik" ucap Faris geram.

Zara terpinga. Terus saja dia terikut jejak Faris.

"Balik tau minion! Nanti gelap kau sesat! Ada banyak ular nanti" ucap Zara sayup.

Izz terdiam.

Ular? Aku. Geli.

Laju saja dia turun ke bawah untuk berjalan bersama Zara. Tapi Zara lebih pantas jadi Izz tak dapat kejar.

Izz mengeluh kecil. Terus saja dia berjalan ke rumahnya. Kang lambat balik lagi kena bebel!

Zara terus berjalan pulang bersama Faris setelah memastikan Izz benar-benar pulang ke rumah.

Faris memandang Zara. Dia sedar akan wajah sembab Zara. Mesti dia ada luah sesuatu kat Izz.

"Zara... kau okay tak ni? Asal mata dengan hidung kau merah?" Soal Faris sengaja.

Zara diam. Perlahan di tarik hoodie menutup kepalanya.

"Adalah... aku okay je la" ucap Zara perlahan.

Anak mata Faris turun ke tangan Zara. Uuuuuu sape bagi tu awak?

"Ehem. Apa kat tangan kau tu Zara?" Sengaja Faris soal perkara yang dia tahu.

Zara memandang tangannya. Perlahan bibirnya memuncung.

"Adalah! Kau tak payah sibuk ah!" Ucap Zara geram.

Faris tersengih. Tahu saja perangai Zara yang tak suka orang masuk campur hal dia.

"Ehem. Cinta hati ke?" Soal Faris lagi.

Zara memandang geram Adiknya. Terus saja bahu Faris di tumbuk lembut.

"Mana ada la! Kau diam boleh tak?" Ucap Zara geram.

Laju saja dia meningglkan Faris yang kesakitan. Faris tergelak. Zara di kejarnya semula.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now