66 》 fight for my way

358 25 0
                                    

Pisau tercacak di dinding belakang. Hazriz dan Raymond memandang geram wajah Zara.

"Jangan jadi bodoh sebab benda bodoh! Dia adik kau Haz! Takkan sikit pon kau tak de rasa sayang kat dia? Kalau kau lukakan dia aku boleh terima lagi tapi kalau sampai kau nak bunuh dia, itu dah melampau!" Jerkah Zara.

Hazriz menarik hoodie Zara. Belum sempat pisau tadi sampai ke badan Izz, Zara sempat menyepak pisau itu ke sisi lain.

"Kau jangan menyibuk urusan keluarga aku perempuan! Kau tu tak de kena mengena dalam hal ni!" Marah Hazriz.

"Keluarga aku pun tak de kena mengena dalam hal ni! Kenapa nak libatkan diorang. Kalau kau tak suka hal keluarga kau, aku masuk campur, aku pun tak suka kau masuk campur hal keluarga aku!" Marah Zara.

Hazriz menarik nafas geram. Tangannya laju saja menumbuk wajah Zara tapi sempat ditepis.

Zara berundur sedikit. Perlahan senyuman sinis Hazriz terlakar.

"Wow! Dah pandai nak lawan balik. Very interesting!" Ucap Hazriz sinis.

Senyuman Zara menyenget.

"Aku bukan budak lemah yang kau goda dengan kemewahan dulu" ucap Zara sinis.

Senyuman Hazriz mati. Kakinya laju saja dilayang ke arah Zara tapi sempat dielak.

Zara membalas dengan tumbukan didada dan hidung Hazriz. Ditambah sedikit perasa senak di bahagian bawahnya. Sedikit manisan gula melaka dari tapak kasut Zara di muka Hazriz.

Hazriz terdorong kebelakang. Darah dihidungnya di lap kasar.

"Sebelum ni tak de perempuan yang berani tumbuk aku. Kau memang kurang ajar!"

Hazriz segera membalas dengan mengunci lengan Zara dan memberi tendangan di perutnya. Tumbukan di pipi Zara dilepaskan sehingga berdarah. Zara terdorong ke belakang.

Zara mengusap bibirnya. Pisau yang tercacak di dinding kayu itu dicabut. Terus saja dia menyerang Hazriz.

Zara sempat juga menyiku wajah tampan si jejaka kacak itu dan mengunci tangan Hazriz. Belum sempat Hazriz membalas dan Zara menambah perisa...

"Berhenti atau dia yang aku bunuh"

Zara dan Hazriz berhenti. Mata mereka memandang ke arah Adam yang berada dalam pelukan Raymond bersama pistol di kepala Adam.

Zara diam. Tak mungkin sesenang itu dia mahu lepaskan Hazriz!

"Aku kata lepaskan atau Adik kau yang kena!" Ucap Raymond lagi.

Zara berfikir. Pisau yang terlekat di leher Hazriz dipegang erat.

"Kakak... tolong lah Adam... Adam takut..." rayu Adam.

Zara mengetap bibirnya. Hazriz yang berada dalam pelukannya di pandang.

"Aku kira sampai tiga. Kalau kau tak lepaskan Hazriz, adik kau. Mati!" Ugut Raymond.

"Kakak... tolong lah Adam..."

"Satu..."

"Kak Zara..."

"Zara lepaskan lah dia... adik kau lagi penting"

"Dua..."

"Zara! Kau sanggup ke korbankan Adam demi dendam kau?!"

Zara mengetap bibirnya. Terus saja Hazriz dilepaskan.

Bang!

Semua mata terpejam. Kaki Adam terus terluka dan Adam jatuh. Zara mengetap bibirnya.

Lolipop Gangster !Where stories live. Discover now