"Hah! Aku ingat part ni! Part ni kan time Areum terjatuh atas Seokjin. Tapi kenapa aku tak boleh tak boleh apa yang jadi lepastu? "monolog Aeri sambil melihat video itu kembali.
"Apa semua ni? Takkanlah aku dah gila???? "
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Big Hit Hospital
"Haha, janganlah risau Aeri. Penyakit kamu tu takkan menyebabkan kamu jadi gila". Kata doktor Park.
"Tak, saya memang cakap benda yang betul doktor. Saya betul-betul kehilangan ingatan saya. Takkanlah ni effect dari pembedahan tu? Ataupun ni mesti sebab ubat yang baharu doktor bagi?" kata Aeri dengan soalan yang bertalu-talu.
Doktor hanya tersenyum melihat perangai pesakitnya yang sedikit childish itu.
"Dr. Park, saya taknak mati lagi. Tolonglah saya doktor." rengek Aeri lagi.
"Nampaknya kamu dah semakin pulih. Kalau macam tu nanti bagitahu kat appa kamu yang saya nak jumpa dengan dia sebab nak bincang pasal penyakit kamu." kata Dr. Park sambil tersenyum dan menghiraukan rengekan Aeri yang baginya mengarut.
Dr. Park terperasankan wajah Aeri yang bertukar mendung itu segera menukar topik.
"Aeri, saya dengar kamu study hard exam kali ni, betul ke? "
"eung, saya? " Aeri terkejut dengan pertanyaan Dr. Park.
"Saya taklah nak larang kamu study hard tapi make sure awak sentiasa jaga diri awak tau. Jangan sampai awak stress sebab nanti akan beri effect kat jantung awak." Dr. Park memberikan nasihat pada Aeri.
"Doktor, saya datang kat sini jumpa doktor bukan sebab nak cakap pasal masalah jantung. Saya datang jumpa doktor sebab nak bagitahu benda pelik yang jadi kat saya sejak akhir-akhir ni. Saya macam ada kuasa teleport je dan saya selalu dengar bunyi pelik. " Aeri berusaha memberi tahu Dr. Park berkaitan benda pelik yang sering berlaku pada dirinya.
Aeri sangap berharap agar doktor peribadinya itu memahami apa yang disampaikannya tapi Dr. Park hanya menganggapnya sedang berkhayal. Gadis itu telah berputus asa untuk memberitahu Dr. Park lalu dia bercadang untuk pulang ke rumahnya.
Di kediaman Tuan Eun
Aeri yang berada di dalam biliknya sedang mencari maklumat yang mungkin berkaitan dengan masalah yang di hadapinya itu sambil berbaring di atas katil yang bersaiz king.
Sedang focus dia mencari maklumat menggunakan google, dia telah terjumpa satu article yang hampir sama dengan masalah yang dihadapinya terus sahaja membuka website itu.
Apabila dia membaca article itu dengan teliti, dia telah terbaca bahawa masalah yang berlakunya terhadap dirinya itu hanyalah halusinasi yang menyebabkan pemikirannya terganggu dengan situasi yang pelik."Eh betul ke ni aku berhalusinasi? Tapi, masa bila pula aku berhalusinasi ni?? " katanya sambil memandang telefonnya.
"Tapi, kalau aku tak berhalusinasi benda yang jadi kat aku tu apa sebenarnya? " dia hanya membiarkan soalannya tanpa terjawab dan terus melelapkan mata.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Seonhwa Highschool"kamu tak temankan Aeri pergi hospitalkan? Dah berapa kali appa kata, kamu kena sentiasa ada kat sisi Aeri! " Marah lelaki yang berumur lingkungan 50-an itu pada Taehyung.
"Tae tak tahu pun Aeri pergi hospital semalam" jawab Taehyung malas kerana tidak berminat dengan soalan appanya itu.
"Kamu tahu tak, Tuan Eun tu merupakan jutawan terbesar kat Korea ni. Jadi kalau kamu berbaik dengan Aeri senanglah appa nak syarikat kita dengan bantuan Tuan Eun. Takkanlah kamu tak boleh fikir benda penting macam ni? "kata Tuan Kim yang naik bengang dengan perangai anknya itu.
YOU ARE READING
[SU] Extra+Ordinary You {JJK + KTH}
Misterio / SuspensoExtra + Ordinary = You mengisahkan Eun Aeri, Jeon Jungkook dan Kim Taehyung semasa kehidupan mereka di zaman Goryeo. Ketiga-tiga mereka telah terlibat dalam cerita cinta segitiga. Eun Aeri, seorang gadis sekolah menengah yang telah menyedari...