Author pov
Sesuatu yang pelik telah berlaku apabila sebuah buku yang seakan-akan bergerak di rak buku tersebut telah menarik perhatian Ary yang sedang meregangkan badannya.
Gadis itu mula mengambil buku itu daripada rak buku. Ary terus melihat buku komik yang bertajuk 'SECRET' dan terus membelek isi kandungan buku itu.
Tiba-tiba bunyi yang sangat bingit mula berdising di telinganya dan telah memaparkan di mana Taehyung sedang bercakap dengannya di dalam library. Dia juga ternampak situasi Areum yang dibuli oleh rakan sekelasnya semasa berada di kantin.
Apabila bunyi bingit itu berhenti, situasi yamg memaparkan kejadian-kejadian pelik itu pun turut berhenti. Gadis itu segera menutup buku komik itu dan kemudian bernafas dengan tidak teratur. Dia melangkah setapak kebelakang. Akibat tidak menoleh ke arah belakang, Ary telah terlanggar beberapa buah buku yang menyebabkan dia hampir terjatuh.
Ary pov
Aku sangat terkejut dengan apa yang aku nampak tadi. Aku segera membuang komik itu dan mula bernafas laju. Aku mengundur setapak ke belakang tanpa menoleh. Aku terpijak beberapa buah buku yang tebal sehingga aku tidak dapat menyeimbangkan tubuh ku. Hampir sahaja aku jatuh ke lantai, namun mujurlah ada sepasang tangan yang membantu ku.
Aku melihat gerangan yang membantu ku. Terkejut beruk aku apabila melihat pemilik sepasang tangan itu tadi ialah Taehyung a.k.a mamat beku.
"kau ni memang suka stalk aku kan. Kat mana aku pergi mesti kau ada" katanya dengan angkuh.
Aku yang malas hendak melayannya segera berlalu meninggalkannya. Tapi, belum sempat aku beredar Taehyung menarik semula pergelangan tangan ku.
"tak cukup ke kau nak ganggu hidup aku? " tanyanya lagi.
Aku yang mula berasa sakit hati tiba-tiba teringat akan kejadian yang terlayar di minda ku tadi. Ayat yang dikatakan Taehyung sama seperti apa yang aku lihat tadi.
Tanpa membuang masa aku segera berlari keluar dari library dan meninggalkan Taehyung.
Author pov
Taehyung yang terpinga-pinga itu hanya melihat pemergian Ary. Baru sahaja lelaki itu hendak mengejar Ary, Jisoo pula datang ke arahnya.
Jisoo menghalangku daripada mengejar Ary dengan memeluk lenganku.
"kat sini pun dia still nak ganggu you? goshh,, menakutkalah perangai dia tu. " kata Jisoo dengan nada yamg gedik.
" I tahu, mesti you rimaskan dengan perangai dia." smbung Jisoo lagi.
Mendengar sahaja kata-kata Jisoo terhadap Ary membuatkan aku sakit hati kat Jisoo. Aku hanya menghiraukan Jisoo yang dah macam ulat beluncas ni dan terus pandang ke arah Ary yang semakin jauh dari pandangan.
Tiba-tiba seorang lelaki melanggar bahu ku dari arah belakang. Aku yang memang dah awal-awal sakot hati kat Jisoo bertambah sakit hati bila orang yang bahu ku itu langsung tidak meminta maaf malah terus berjalan ke hadapan.
"Yah! Yah! " suara ku naik seoktaf bila lelaki itu hanya menghiraukan panggilan ku.
Apabila lelaki itu menoleh ke arah ku, aku tidak dapat melihat wajahnya dek cahaya matahari yang terlalu terang. Aku melihat pula ke arah nametagnya namun, tiada sebarang nama yang terdapat pada pin nametagnya.
Author pov
Lelaki misteri itu berpaling ke hadapan semula dan terus keluar dari library.
Taehyung yang tertanya-tanya itu hanya memandang ke arah lelaki misteri itu. Baru sahaja dia mahu mengikuti lelaki itu namun lengannya kembali di tarik oleh Jisoo.
YOU ARE READING
[SU] Extra+Ordinary You {JJK + KTH}
Misteri / ThrillerExtra + Ordinary = You mengisahkan Eun Aeri, Jeon Jungkook dan Kim Taehyung semasa kehidupan mereka di zaman Goryeo. Ketiga-tiga mereka telah terlibat dalam cerita cinta segitiga. Eun Aeri, seorang gadis sekolah menengah yang telah menyedari...