s e v e n

3.8K 424 131
                                    

『 a u r o r a ' s 』



"Sayang, janganla ambik hati ya. Takmo sedih sedih." Suara Taehyung dicorong telefon sedang memujuk tidak memberi kesan apa apa kepada aku.

Aku menganggukkan kepala perlahan. Sekali lagi, Taehyung kena uruskan projek besar dan kami terpaksa berjauhan buat seketika.

Seketika ? huh.

Seminggu tu lamaaaa kau tahu tak?

Tanpa tengok muka dia yang kacak tu. Automatik, dari craving aku yang hanya kepada makanan dah ke arah craving dekat muka Taehyung.

Hari hari aku tenung gambar dia tau ! Haish, sumpah aku rindukannya !

Nasib baik, aku ni seorang penyabar yang berjaya dari segi mental dan fizikal. Huh, bangga jap dengan diri sendiri.

"Hey, sayang. Tak dengar ke apa aku pesan ? Ha, berangan lagi? kau berangan apa ? Min Yoongi?" Aku membuat muka menyampah. Tak habis habis dia ni, cemburu nombor satu.

"Ha ye ye dengar. Saya tengah berangan awak depan mata ni ha. Rindu tahu tak?" luahku. Ketawa Taehyung kedengaran dicorong telefon.

"Alolololo comel je sayang aku. Eh, sayang. Aku kena pergi ni. Ada hal sikit wokay"Senyuman aku pudar. Haih, sape yang ganggu tu?

"Hmm, okay. Bye"

Tet !

Terus dimatikan. Tanpa ucapan selamat tinggal dan kasih. Kecewa tapi sedaya upaya aku cuba fikir positif tentangnya. Haih, aku nak Taehyung balik cepat.

Aku rindu dia, gila. Anak dalam perut pun jarang tendang. Aku tak tahu kenapa. Mungkin, dia rindu papa angkat dia kot?

Aku tersenyum manis. Air mata yang hampir mengalir aku sapu cepat cepat.

Kring !

Telefon segera diangkat dan diletakkan ditelinganya. Suara manusia dicorong telefon itu membuatkan senyuman aku mati . Mengapa?

"Aku tak sangka, kau sejijik ni. Sanggup kau jadikan anak aku blackgoat dalam hal ni. Sanggup kau jadikan dia ayah budak yang tah anak sape kau tengah kandung tu.

Ingat, Aurora Park. Aku takkan sesekali biarkan kau duduk senang dengan menggunakan anak aku. Aku akan pisahkan korang demi kau sengsara"

Tut !

Aku tergamam. Mengapa mama Taehyung begini? Apa dah jadi? Air mata aku perlahan lahan mengalir membasahi pipi. Aku jatuh terduduk. Perutku dipegang.

"Masalah dah datang, sayang. Mama nak cari ayah kamu. Lepas tu kita jauhkan diri Papa Taehyung ya. Mama taknak susahkan dia" Teresak esak aku meluahkan rasa.

Memang rumah tangga kami bahagia. Tapi, sanggupkah dia lama lama begini? berkahwin dengan aku yang sah sah bukan dia yang pertama sentuh.

Perasaan bersalah aku kepada Taehyung mula membuak buak.

"Haih, kenapa makin banyak aku siapkan. Makin bertimbun aku dapat? Aku rasa bersalah tak luangkan masa dengan Aurora dan baby" Taehyung melepaskan keluhan berat.

Matanya ditutup. Cuba tenangkan diri dan menahan rasa rindu kepada si isteri yang membuak buak. Semakin sayang dan cinta dia kat Aurora.

Entah macam mana, jantung Taehyung berdegup kencang bila bersama wanita itu. Sesekali senyuman Taehyung terukir mengingati momen indah mereka.

Klek--

"OPPA SENYUM SENYUM TU INGAT JOYAH KE ?" kerana terkejut yang melampau. Taehyung jatuh dari kerusinya. Dia mengaduh kesakitan kerana sakit yang mula terasa.

Perlahan lahan dirinya bangun melihat Joyah yang tersengih sengih dihadapannya. Muka jijik ditayang.Tibe ah pompuan ni. Taehyung diam.

Matanya cuba difokuskan pada kertas kerja sedaya upaya. Cuba menghiraukan setan yang tertonggeng dihadapannya dengan pakaian yang masyaallah.

"Erm, oppa ni ! Layan la Joyah. Joyah tahu oppa bosan dengan pompuan tu kan? Alah, chill. Oppa ada joyah" Kakinya mula melangkah mendekati Taehyung perlahan lahan.

Taehyung masih lagi diam. Kekal fokus dengan kertas kerjanya. Entah macam mana Joyah tahu dia outstation kat sini entah.

"Tae oppa, hmm. Oppa ni hensemlah" Lengan Taehyung digosok gosok dengan cara menggoda. Taehyung kekal diam. Air liurnya ditelan kelat.

"Oppa nak Joyah ? Joyah nak oppa, hmm" Wajah menggoda ditayangkan seratus peratus ribu sembilan ratus sembilan puluh sembilan perpuluhan sembilan sembilan. Taehyung masih diam.

Jap, apa masalah Tae ni?

"Taehyung oppa.." Joyah merengek. Wajahnya didekatkan dengan wajah Taehyung. Taehyung mengerutkan dahinya. Bibir Taehyung cuba didekati.

Punggungnya dilabuhkan di atas riba Taehyung. Berat nak.

KCAKK !

BUKK !

Joyah terduduk di atas lantai mengaduh kesakitan akibat tolakan Taehyung yang kuat tadi. Taehyung bangun wajah Joyah dipandang geram.

"Aku sabar,Joyah. Aku sabar sangat tadi. Aku cuba hormat kau dan tak tumbuk kau tadi. Tapi kau buat kesabaran aku jadi tipis kau tahu?" Taehyung mengetap bibir geram.

"APA MASALAH KAU? MUNCUL MACAM SETAN DENGAN PAKAIAN MACAM NI" jerkahan Taehyung membuatkan bahu Joyah terhinjut.

Ha tahu takut.

"DAHLAH, KELUARLAH ! AKU TAKNAK TENGOK MUKA KAU, KELUAR !" halau Taehyung geram. Terkocoh kocoh Joyah bangun dan keluar.

Taehyung merengus geram. Mejanya ditumbuk geram. Rambutnya diraup kebelakang.

"Aku hampir sahaja tersungkur tadi dengan godaan dia. Fuh, nasib baik aku terbayang muka Aurora tadi" Taehyung mengeluh berat. Punggungnya mula dilabuhkan kembali atas kerusi.

PRANG !

"Saya tak sangka awak macam ni, Taehyung. Kenapa awak macam ni? Ni ke kerja awak selamat ni?" Teresak esak wanita itu menangis. Kaca yang kecah dibiarkan.

Matanya tertumpu pada skrin telefon. Gambar Joyah mencium Taehyung membuatkan hati dia sakit dan cemburu dalam satu masa.

Nampaknya Taehyung sudah mulai bosan dengannya.

"Sampai hati awak, Tae" Telefon digunakan untuk menaip pesanan pada lelaki itu. Selesai, Aurora membaling telefon itu ke dinding. Pecah berderai.

"Awak pergilah dekat Joyah awak tu. Saya akan cari ayah budak ni supaya impian awak dan Joyah tercapai"

B e r s a m b u n g

okay sila maki joyah.

[√] Notre Bébé | 태형Where stories live. Discover now