n i n e

3.8K 440 246
                                    

jangan lupa komen dan vote !

❀❀❀

Mata cantiknya yang menghiasi wajah kacak itu terbuka perlahan. Darinya berkerut menahan sakit yang menyerang.  Kepala ditolehkan ke kiri dan kanan.

"A-Aurora" Nama wanita itu mula meniti di bibir. Hampir sahaja air matanya mengalir memikirkan keadaan wanita itu. Tangannya tiba tiba dipegang.

"Taehyung, hehehehe" senyuman wanita itu membuatkan Taehyung menepis kasar. Seram woi, naik bulu roma tengok muka Joyah bila bangun dari pengsan.

"Kau pahal duh? Gila ? kenapa kau yang kat sini? mana isteri aku? aku nak jumpa dialah !" Gertak Taehyung. Dirinya cuba untuk turun dari katil tapi dihalang Joyah.

"Jangan, Kim Taehyung. Mama dah tahu semuanya. Mama taknak kamu jumpa lagi perempuan tu. Mama taknak kamu jadi kambing hitam" Suara Puan Kim membuatkan Taehyung tergamam.

Apa maksud mamanya itu?

"Apa maksud mama ? tae tak fahamlah ! Mana Aurora ? Mama buat apa dengan dia ?" Taehyung menahan amarah yang membuak buak. Bibirnya diketap geram.

"Tae, dalam dunia ni. Kita perlu jadi baik sangat, please. Jangan sebab simpati, kamu kahwin dengan perempuan yang mengandung entah sape ayah dia" Puan Kim merenung tajam.

Taehyung terdiam.

Tapi masalahnya, memang anak dia.

"Tapi mama, mama tak faham !Tae buat ni ada sebab mama ! kalau mama tahu, confirm mama kecewa dengan tae tahu tak? Tae taknak buat mama kecewa !" Luah Taehyung.

Puan Kim kekal berkeras hati.

"Kamu diam. Mama taknak kamu ada apa apa hubungan lagi dengan pompuan tu. Mama nak kamu kahwin dengan Joyah tak kiralah kamu terima atau tak. Isteri kamu tetap Joyah"

Taehyung ternganga. What?

Disudut tepi, Joyah sedang tersenyum sinis kemenangan, komen readers ?

"Apa mama mengarut ni? APA MASALAH MAMA ! MAMA TAK FAHAM APA YANG JADI !" Jerkahan Taehyung membuatkan Puan Kim menghentak meja kuat.

"Ha tengok ! Disebabkan pompuan tah pape tu. Taehyung dah berani kurang ajar dengan mama !Pompuan tu memang tak guna !" Puan Kim menjerit marah.

Taehyung terdiam.

"Takde. Keputusan mama muktamad. Mama takkan benarkan kamu bersua muka lagi dengan perempuan setan tu !" amaran Puan Kim membuatkan Taehyung mencengkam cadar katil geram.

Tapi dia tak mampu buat apa apa.

"MAMA ! DIA ISTERI TAEHYUNG ! TAEHYUNG ADA HAK NAK JUMPA DIA !" Taehyung masih lagi tak mengalah. Puan Kim menjeling sekilas.

"Tae, sayang. Terima jelah yang awak takde jodoh dengan perempuan tu, okay? Awak ade saya kan?" Joyah cuba mendekati. Tapi tangan Taehyung lebih pantas mencapai cawan berisi air dan

SPLASH !

Basah rambut dan baju Joyah dibuatnya. Wanita itu ternganga. Puan Kim juga ternganga.

"KIM TAEHYUNG, KAMU DAH LEBIH. MAMA TAK PERNAH AJAR KAMU KURANG AJAR MACAM NI !"

"LEPAS TU MAMA? LEPAS JUMPA PEREMPUAN JALANG NI TERUS LAIN. ENTAH JAMPI APA YANG DIA GUNA !"

PAKK !

Taehyung tergamam. Tak sangka, mamanya naikkan tangan semata mata sebab dia menghina perempuan yang cuba meruntuhkan rumah tangganya.

Ibu apakah itu?

"Tae, mama tak––"

"Mama pergi jelah. Tinggalkan Tae sorang sorang. Pergi dekat setan tu. Tae tak perlukan mama dah. Pergi" Riak wajah dingin dipamerkan.

Puan Kim diam. Terdiam dengan kata kata Taehyung. Rasa bersalah itu ada, tapi egonya mengatasi. Joyah menarik tangan Puan Kim untuk pergi.

Langkah kaki mereka diatur keluar dari wad peribadi itu. Taehyung kekal diam.

"Sayang, awak pergi mana? Saya tak mampu cari awak.  Kaki saya–– hiks" Taehyung mengesat air matanya kasar. Kakinya yang terseliuh dan masih perlukan waktu untuk sembuh itu dipandang lama.

Mata Taehyung tertancap pada telefon pintar kepunyaannya. Tangannya segera mencapai benda itu.

Nombor seseorang yang hanya boleh diharapkan olehnya didail. Telefon diletakkan ditelinga.

"Hoseok, tolong aku"

"Tolong aku cari isteri aku"





"Hey Aurora. Kau termenung apa lagi?" Tersentak wanita itu dibuatnya. Senyuman tawar menghiasi bibir merahnya itu. Kepala digelengkan tanda tiada apa apa.

Jejaka itu mengeluh berat. Cawan berisi air coklat panas diberikan kepada Aurora Lantas, pinggan dipenuhi creampuff ditolak ke hadapan wanita mengandung itu.

"Yoongi, saya––"

"Kau?" Jejaka itu cuba memahami isi hati wanita itu.

"Saya rindu Taehyung. Sangat. C–cream puff ni kegemaran dia. Hiks" Air mata Aurora mengalir dengan laju. Ingin sahaja dia meraung disitu dan memanggil nama suami yang menjadi kesayangannya.

Tapi dia tahu, semuanya hanya sia sia. Mana mungkin Taehyung muncul ketika dia sedang bahagia tentang kehilangan Aurora dan keberadaan Joyah disisinya?

"Kau nak tahu satu benda tak, Rora? Aku tak rasa Taehyung macam tu. Selama aku kenal dia dulu, dia manusia paling setia aku pernah jumpa selepas Jungkook. Kau tak rasa benda tu perangkap ke ?"

Soalan Yoongi tidak dibalas. Aurora diam. Boleh dipakaikah kata kata Yoongi itu?

"Tak payah nak sedapkan hati sayalah, Yoongi. Saya tak suka. Saya faham kalau Joyah lebih baik dari saya" Aurora menundukkan kepala.

Air matanya semakin mengalir tika cream puff yang menjadi kegemaran suaminya itu masuk ke dalam mulut.

"Kau degil, Aurora. Kau langsung taknak dengar penje––"

"Penjelasan apa lagi, Yoongi? Awak tak payah nak sedapkan hati saya. Saya tak nak menaruh harapan. Nanti last last saya yang sakit. Biarlah dia pergi dan cari kebahagiaan yang lebih baik.

Biarlah saya jaga anak ni sorang sorang. Lagipun ni bukan anak dia. Biarlah saya cari ayah budak ni. Lepas tu saya boleh lupakan Taehyung dan cuba hidung bahagia"

Yoongi terdiam. Air mata wanita itu yang kian mengalir membuatkan Yoongi rasa bersalah. Dia patut satukan kembali mereka berdua.

"Dahlah, saya nak masuk" Aurora melangkah ke hadapan . Yoongi hanya menjadi pemerhati. Secara tiba tiba, wanita itu rebah tidak sedarkan diri.

"AURORA !"

b e r s a m b u n g



macam mana ? cuba bagi pendapat sikit hohoho !

[√] Notre Bébé | 태형Where stories live. Discover now