F A T E_03

52 4 0
                                    

M A L A MK Y R A 's

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

M A L A M
K Y R A 's

Aku tersedar daripada pengsan. Tapi, yang peliknya kenapa semuanya masih gelap gelita. Aku kat mana sebenarnya ni.

Zass!

Zass!

My god! Kepala aku...Kepala aku...

Dah..

Dah...

TERBAKAR!!

Zass!

Kali ni badan aku disembur api yang entah datang daripada mana.

Yang aku tahu sekarang, aku nak terlepas daripada seksaan ni. Please... Sekarang... Ya Tuhan!

B I L I K K Y R A

Sekali lagi aku tersedar dan aku rupa-rupanya tengah baring kat katil. Peluh di dahi dan tengkuk aku kesat pelan guna belakang tapak tangan. Nasib baik mimpi jerr.

Tunggu. Siapa yang tengah tidur sambil duduk atas kerusi tu? Nampak familiar. Penglihatan aku samar-samar jer sekarang ni. Aku tak tahu kenapa.

(Kelip mata)

(Kelip mata)

Mata aku dicungkil oleh orang yang tidur tadi tapi dia dah berubah kepada lembaga merah separa bogel.

Ya...
Sabar...
Aku tahu apa yang patut aku buat sekarang...

Lari!

Kaki aku digenggam kuat oleh tangan gergasi miliknya. Dia hentak aku ke kiri dan kanan terhentak di atas lantai bilik.

Terpancut darah merata-rata.

Kepala aku pecah. Cecair otak mengalir ke sekitar bilik.

"Hah! Hantu!"

Kelihatan mama yang sedang mengelap muka aku yang dah berpeluh macam dah kena demam tahap 4.(?)

"Hantu? Mama ke hantu yang kamu cakapkan tu?"

"Hihi... Taklah,mama. Mama kan cantik takkan lah Kyra nak cakap mama ni hantu pulak. Tadi Kyra mengigau jer," Belakang tengkuk aku gosok pelan.

"Itulah kamu. Kan mama dah larang banyak kali, jangan tidur lepas asar,sayang. Kan dah mimpi bukan-bukan," Senyuman berlesung pipit mama pamerkan padaku.

Tiada yang boleh lawan dengan senyuman mama dan ketawa papa. Memang win lah!

"Hihi... Yelah. Kyra tak buat lagi... Hihi... Malu pulak..." Aku pulak asyik pamerkan susunan gigi putih aku yang baru sahaja 3 tahun lepas siap pakai pendakap.

Abang Kai pula masuk bilik aku dengan isterinya, Syafiya Hannah binti Dato' Borhan.

Abang Kai kena kahwin dengan Kak Fiya sebagai tanda perjanjian bisnes diorang. Entahlah... Aku pun tak tahu apa benda bisnes diorang.

Tapi, abang Kai macam akur jer dengan cakap mama and papa. Kalau aku, dah lama aku pergi terjun tingkat 4 rumah ni sampailah tenggelam dalam swimming pool kat bawah tu.

"Hah! Termenung apa tu? Hehe.."

"Eh, Kak Fiya? Hihi... Mana ada lah. Cuma pening sikit jer,"

"Kamu pening? Demam ker?" Tanya Kak Fiya dengan nada serius dan risau.

"Tadi, mama jumpa Kyra kat bilik bacaan. Pengsan dengan kaki keras. Nasib baik papa belum pergi office tadi. Kalau tak, takkan nak panggilkan Kai pula,"

"Apa? Kamu pengsan,dik? Mana ada cedera tak? Hah? Akak tanya ni?" Habis seluruh badan aku dia pegang.

Nilah yang aku suka dekat Kak Fiya. Dia sangat caring and lovely. Pasal dialah aku dah semakin rapat dengan mama and papa sekarang. Kalau nak dibandingkan dengan abang Kai aku tu... Er... Tak menjadilah cerita ni nanti.

Bila tengok balik, macam mana abang Kai boleh terpikat dengan gadis ayu dan wara' macam kak Fiya ni. Tudung dia tutup perut kot. Tak panas ker? Baik aku. Bukak jer apa yang ada. Asalkan dengar cakap mama dan papa. Oh, ye. Lupa pulak aku ada abang.

"Eh,you ni. Dia ni takder apa-apalah. Nak bermanja jer dia sorang ni,"

Pada saat ini, muka abang Kai dah pun merah lebam kena smackdown dengan aku.

Pada saat ini, muka abang Kai dah pun merah lebam kena smackdown dengan aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


B E R S A M B U N G
...

 🇫 🇦 🇹 🇪 Where stories live. Discover now