F A T E_05

32 4 0
                                    

5 : 45 AM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

5 : 45 AM

B I L I K K Y R A

Pintu bilik dibuka pelan. Kelihatan Mama Linda memasuki bilik Kyra dengan bertelekung putih dan sejadah di dalam genggaman.

"Kyra, bangun solat Subuh," kaki Kyra digoyang pelan.

Tiada reaksi.

"Kyra sayang~ Bangunlah... Jom solat berjemaah," nada lembut itu ditegaskan sedikit.

Mata digosok dan menggeliat menandakan Kyra masih lagi mengantuk untuk bangun. Apatah lagi untuk solat berjemaah.

"Mama, takpelah. Nanti Kyra solat sendiri ajer. K?" Kyra kembali balut dirinya dengan selimut empuknya.

"Haih... Yelah. Lepas tu, bersiap yer. Hari ni kan mama nak bawak kamu pergi holiday. Ingat lagi tak hari tu mama ada janji kat kamu?"

Kyra bangun berdiri di hadapan Mama Linda. Senyuman air liur basi terpamer di bibir munggilnya.

"Yeke,ma? Kyra tak ingat pulak hari yang sepatutnya terjadi tu hari ni. Ke Kyra tengah mimpi ni?" Pipi kanan ditampar sendiri, pipi kiri juga ditampar sendiri.

Ternyata kenyataan yang berlaku sekarang. Bukan mimpi atau khayalan.

"Apa ni? Habis merah pipi anak gadis manis mama. Jangan buat lagi,ok?" Mama Linda membelai manja dan mencium dahi Kyra.

"Solat ya, Kyra. Kalau tak sekarang, bila lagi kan?" Mama Linda hanya tersenyum lalu keluar menuju ke ruang solat berdekatan dengan bilik tetamu di tingkat bawah.

K Y R A 's

Aku hanya melihat dengan senyuman kelat diberikan kepada mama apabila dia berlalu pergi dari bilikku.

"Kalau tak sekarang, bila lagi kan?"

Hatiku terus terdetak untuk ke bilik air. Pabila sampai di dalam bilik air, aku hanya kaku seperti kakiku digam pada lantai tandas. Bila aku tengok ke bawah, patut pun...

Tolong... Janganlah... Kau bukan tahu pun macam mana nak buat,kan?

Dia ni rupanya yang pegang kaki aku. Aku tak dapat sentuh dia, tapi dia boleh sentuh aku. Ia agak pelik apabila berlaku perkara sebegitu, kan?

"Tolonglah... Lepaskan, kau ingat aku nak sangat ker? Aku cuma nak mandilah,"

Bila aku capai tuala yang tersangkut di dalam bilik air tu barulah dia lepaskan kaki aku.

Kau memang terbaik ah...

Aku menjeling ke arah dia dan tutup pintu bilik air.

(bisik)
Thanks sebab jadi sebahagian daripada diri aku pada hari ni jugak, Kyra...

Aku janji akan sentiasa ikut kau pergi ke mana-mana sahaja supaya diri kau tak terpedaya dengan orang di persekitaran kau...

Aku akan buat kau cintakan nafsumu...

Tapi itu lah,

Hingga kini, aku tak dapat buat rahim kau berisi...

Mesti kau sunyi,kan?

K Y R A pov
DI LUAR RUMAH

Aku still berdiri jer dari tadi menunggu mama dan papa. Dah hampir 15 minit dah ni.

"Mana mama and papa ni? Bik, pergi tengok cepat," arah abang Kai kepada satu-satunya bibik yang menguruskan kebersihan dan kekemasan di rumah yang besar ni.

"Baik, Tuan Kyrul,"

Dalam masa yang sama, mama dan papa dah keluar dari rumah.

"Wow! Tanpa sengaja, kita sekelurga pakai baju sedondon pada hari pertama vacation. Memang dikatakan jodoh tak kemana," Papa dah mula ber 'dad joke'.

"Papa, please. Tak kelakar dan takde kena mengena pun dengan jodoh," Aku dah buat muka.

"Hihi... Dato' Seri ni kelakarlah... Saya tak tahu pulak akan dapat mertua kelakar macam ni," Kak Fiya tertawa manis.(?)

"Hehehe... Alah... Papa buat kelakar pun tak boleh ker? Nasib baiklah ada yang backup papa. Fiya, panggil papa,ok?"

"Fiya panggil mama kat aunty. Janganlah panggil Datin... Pangkat tu apalah sangat dengan hubungan kita sekeluaraga ni. Air yang dicincang takkan putus. Ye tak peribahasa tu?"

Kali ni mama pulak buat dad joke. Ini baru dikatakan pasangan beregu paling bahagia di dunia.

Kitorang pun masuk ke dalam perut kereta. Papa dah tak memandu sebab rabun malam. Faktor usia lah dikatakan.

Driver yang pandu. Kitorang panggil Wan.

Macam biasa, senyap jer dalam kereta. Sorang-sorang duk sibuk ngan hp masing-masing.

Aku pulak duk dm kawan aku, Dyana.

Direct Message [IG]

dxanna__.
____________________________________________

Seronoknyer...pergi holiday ..
🏞🏝🏖
Boleh naik feri... diving tengok
batu karang kat dasar laut...

Woww..Giler ah...
Kat mana??

Entahlah... Mama takde
cakap pulak kat mana..
Rindunya kat kau...
Kau pun sama,kan?

Mestilah... Lama tak jumpa
Lebih kurang 4 hari dah tak
jumpa... Hihi.. Cuti sem
ni kau buat apa jer kat umah

D Y A N A pov

"Eh, tiber jer senyap dia ni? Nak kata deep, apa yang patut di deep kan tu,eh?"

"Eh, tiber jer senyap dia ni? Nak kata deep, apa yang patut di deep kan tu,eh?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

B E R S A M B U N G
...

 🇫 🇦 🇹 🇪 Where stories live. Discover now