F A T E_08

28 3 2
                                    

Terasa kaki tergetar-getar, jadi matanya terbuka pelan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Terasa kaki tergetar-getar, jadi matanya terbuka pelan. Matanya terkelip-kelip akibat daripada cahaya kuning lampu tidur betul-betul di depan matanya.

Ya, kepala Kyra kini berada di atas meja di sebelah katil. Manakala, badannya sudah jatuh daripada katil.

"Aik, macam mana pulak aku boleh tertidur macam ni? Biar jelah... Eh, alamak! Nasib baik abang tak terbangun..."

Kini, baru tersedar yang kedua-dua kakinya berada di atas badan Kyrul yang tidur menyenggeng ke sebelah kanan iaitu badan membelakangi katil. Jadi, Kyrul tak dapat lihat Kyra dah terjatuh atas katil.

"Haih... Aku pun satu, tengah tidur ke tengah terbang. Tapi, memang aku mimpi aku terbang tadi," kata Kyra sambil mengalih pelan kakinya daripada mengganggu tidur abangnya.

Kyra bangun lalu mengerling jam yang tergantung pada dinding di depan katil serta di atas televisyen.

Terlihat jarum jam menunjuk ke arah nombor 3 dan jarum minit pula tunjuk nombor 4 serta jarum saat yang tak berhenti berdetik.

"Lah... Baru pukul 3 pagi ker? Ingatkan dah pukul 8 tadi. Takpelah... Lagipun, ni kan Paris. Bukannya Shah Alam,"

Kaki Kyra terus menuju ke dalam bilik air. Kelihatan berbagai perhiasan yang menghias tandas yang mewah tu.

"Wah... Ada bathtub lah... Dahlah dah ada shower... Kat tandas bilik mama ngan papa takderlah sampai macam ni... Ni tandas ke ruang tamu?"

Setelah selesai membersihkan diri, Kyra menyarungkan pakaian di dalam tandas.

Kyra melangkah keluar dari tandas. Dia terlihat dirinya pada cermin besar yang tergantung pada dinding di hadapan pintu tandas.

"Wah, cantik jugak kau ni kan, Kyra?"

Dia melangkah keluar daripada bilik Kyrul dan Syafiya yang masih terlena dibuai mimpi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dia melangkah keluar daripada bilik Kyrul dan Syafiya yang masih terlena dibuai mimpi.

Tangannya hampir mencapai tombol pintu bilik Dato' dan Datin sehinggalah kedengaran ada orang bersin dari hujung tingkat itu.

Kyra berpaling ke kanan untuk memastikan kehadiran orang tersebut. Tapi, tiada sebarang tanda. Kyra dengan rasa ingin tahu, dia terus melangkah ke arah bunyi bersin tadi.

 🇫 🇦 🇹 🇪 Where stories live. Discover now