Tips

11 3 0
                                    

7 TIP TADABBUR AL-QURAN DALAM RAMADHAN

1- Pilih masa yang sesuai seperti selepas Subuh, waktu rehat tengah hari atau tengah malam selepas solat tahajud.

2- Baca dengan akal dan hati. Jika tidak faham Bahasa Arab, gunakan terjemahannya.

3- Pastikan ruangan tempat membaca al-Quran bersih dan wangi. Agar bacaan lebih khusyuk dan selesan.

4- jika membaca ayat yang menjanjikan kebaikan, mintalah kepada Allah. Jika membaca ayat yang menjanjikan azab, maka berlindunglah dengan Allah.

5- Usahakan untuk khatam pada awal pagi ataupun awal malam. Para malaikat akan mendoakan kita bermula saat itu hingga terbenam atau terbit matahari.

6- Duduk bersila sambil menghadap kiblat. Bacalah dengan memandang kepada mushaf al-Quran walaupun surah tersebut telah dihafal.

7-  Sasarkan satu juz sehari. Jika mampu membaca lebih banyak, maka itu lebih baik.

Sumber: majalah Al-Ustaz

Lillahi Taala🌸Where stories live. Discover now