Motivasi Puasa

21 3 0
                                    

Setiap umat Islam yang berpuasa sewajarnya merenung hadis Nabi: "Ada orang yang berpuasa yang hanya memperoleh lapar semata-mata." (Riwayat Ibn Majah)

Apa tidaknya, badan penat kerana berlapar dan dahaga, tetapi tidak memperoleh sedikit pun ganjaran daripada Allah.

Ramadan yang tidak disambut secara ibadat tidak akan menghasilkan individu yang bertakwa kepada Allah. Akhirnya  Ramadan tidak meninggalkan kesan yang signifikan dalam kehidupan seseorang Muslim.

Alangkah ruginya andai Ramadan demi Ramadan datang dan pergi, namun tingkat takwa kita masih sama. Maka untuk Ramadan kali ini, marilah berazam untuk menambah nilai ibadah agar kita benar-benar memperoleh ijazah ketakwaan untuk kesejahteraan di sini dan di sana nanti.

Wallahu a'lam.

Lillahi Taala🌸Where stories live. Discover now