Bulan Belenggu Syaitan

22 2 0
                                        

- Abdullah Bukharu Abdul Rahim.

Manusia biasa tidak mampu menangkap atau membelenggu syaitan kerana ia adalah mukjizat khusus Nabi Sulaiman.Allah menyebutkan hal ini dalam firman-Nya:

"Dan sesungguhnya Kami telah menguji Sulaiman dan Kami letakkan satu jasad (yang tidak cukup sifatnya) di atas takhtanya, kemudian dia bertaubat.Dia berkata: 'Wahai Tuhanku! Ampunilah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak akan dimiliki sesiapapun setelahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Memberi.' Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin yang berhembus dengan baik menurut kemahuannya ke arah ke mana sahaja yang dikehendakinya. Dan Kami tundukkan pula kepadanya syaitan-syaitan, semuanya ahli bangunan dan penyelam. Dan syaitan lain yang terikat dalam belenggu." (Surah Sad:34-38)

Perkara ini masih diperselisihkan oleh para ulama, namun ayat ini dan dalil hadis seakan menjelaskan manusia selain Nabi Sulaiman tidak mampu melakukan perkara ini.

Sabda Rasulullah: "Semalam,jin ifrit cuba menggangguku untuk memutuskan solatku. Namun Allah membantuku untuk menewaskannya lalu aku berjaya mencekik lehernya. Aku berhasrat untuk mengikatnya pada salah satu tiang masjid agar pada paginya kamu semua dapat melihatnya, kemudian aku teringat doa saudaraku Sulaiman, katanya: 'Wahai Tuhanku! Ampunilah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan yang tidak akan dimiliki sesiapapun setelahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Memberi.' Lalu Allah menghalaunya pergi dalam keadaan terhina." (Riwayat Muslim)

Namun demikian, jin atau syaitan jelmaan boleh ditangkap bahkan dibunuh kerana kelemahan jasad baru jelmaannya seperti ular, anjing dan sebagainya. Hal ini dijelaskan dalam beberapa hadis lain.

Sungguh beruntung umat Nabi Muhammad kerana Allah mengurniakan kelebihan kepada mereka dengan membelenggu syaitab pada bulan Ramadhab setiap tahun. Sabda Rasululla: " Apabila masuk bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan dibelenggu." (Riwayat al-Bukhari)

Antara maksud pembelengguan syaitan dalam hadis ini adalah pergerakan mereka untuk menyesatkan manusia pada bulan Ramadhan akan terbatas kerana nafsu manusia sudah dibelenggu dengan puasa, bacaan al-Quran dan zikir berpanjangan.

Usahlah sibuk menangkap jin dan syaitan lalu dipamerkan dalam pameran hantu dan sebagainya. Akan tetapi belenggulah syaitan dalam diri agar ia berterusan lemah dan gagal menghasut kita daripada melakukan dosa.

Wallahu a'lam.

Lillahi Taala🌸Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang