"Arghh!! Nuna! Nuna!!"
Mingkyung yang sedang minum teh dimeja itu tersembur saat mendengar teriakan adik lelakinya. Adiknya itu bahkan kelihatan tergesa-gesa berlari datang kearahnya dengan keadaan separuh bogel.
"Yak! Kamu ni dah kenapa? Kenapa tak pakai baju eoh?"
Mingyu cuba mengatur nafasnya yang tercekat akibat penat berlari dari biliknya "ada orang dalam bilik Gyu! Perempuan!"
Mingkyung mengerutkan dahinya. "Kamu ni biar betul? Mana ada orang lain dalam rumah ni selain kita, lagi ii dalam bilik kamu! Ah, mungkin tu maid kot?"
"Aniyo! Tu bukan maid! Gyu tak pernah tengok dia. Tetiba ada dalam bilik Gyu! Dahla rambut warna pink"
"Nuna tolonglah, Gyu takut" pinta Mingyu.
"Aish" Mingkyung menepis tangan Mingyu yang memegang erat lengannya. "Biar betul kamu nih? Mari Nuna nak pergi tengok"
Dengan perasaan kesal kerana waktu sarapannya diganggu oleh hal ni, Mingkyung pun pergi ke bilik Mingyu untuk melihat apa yang ada disana.
Mingyu juga ikut dari belakang kakaknya itu dengan rapat. "Hati ii nuna, mana tau dia tu perompak ke apa".
"Perempuan mana merompak, kamu nih" cibir Mingkyung. Mereka pun tiba di bilik Mingyu dan masuk ke sana.
Mingkyung melihat sekeliling."Hah, takde sesiapa pun? Kamu ni mainkan nuna eh?"
"Eoh mana ada! Gyu memang nampak ada orang kat sini tadi!"
"Ha mana orang tu? Takde kan?!" Mingkyung menjewel telinga Mingyu. "Kamu ni suka main ii kan?!"
"Aw! Sumpah nuna, Gyu tak tipu! Memang ada orang tadi!"
Mingkyung menatap Mingyu dengan kesal. Lalu ia berbalik melihat sekeliling. Memang tak ada sesiapa langsung disini. Pintu tandas yang terbuka tu pun kosong. Tak ada orang disana.
Saat Mingkyung ingin berkata sesuatu, tetiba telefonnya berdering. Ianya panggilan dari pejabat.
"Yeobuseyo? Ok saya kesana sekarang. Suruh mereka bersedia dibilik meeting. Eung"
"Nuna nak pergi kerja?" soal Mingyu saat melihat kakaknya itu ingin pergi..
"Yela. Takkan nak goyang kaki je" balas Mingkyung malas.
"Habis tu Gyu macam mana? Kalau orang tu datang balik macam mana??"
"Yak! Kamu kata tu perempuan kan? Kamu tu lelaki, buat apa nak takut. Aigoo. Dahla, nuna nak pergi kerja. Kamu jangan buat macam ii eh" tegas Mingkyung. "Merepek je kerja haih"
Mingyu yang mendengar itu hanya mampu menghela nafas sambil melihat kakaknya pergi.
Usai menutup pintu, Mingyu kembali melihat ke sekeliling biliknya. Takde sesiapa pun disini.
'Tadi aku yakin memang aku ada nampak sorang perempuan kat sini tadi! Tapi kenapa dah takde???''Takkan aku masih mabuk dan terbayang bukan ii? Aish...mustahil'
Sambil mengomel, Mingyu berjalan kearah almari dan memakai pakaiannya. Usai itu, dia pun duduk disisi katil sambil mengeringkan rambut dengan tuala.
Matanya kemudian tak sengaja melihat kearah kotak hadiah yang diberi oleh Mingkyung pagi tadi. Kotak itu terbuka. Rasanya dia dah tutup kotak tu sebelum mandi tadi kan? Kenapa boleh terbuka?
Tangan Mingyu pun refleks dihulur kedepan, berniat untuk menutupnya semula namun satu tangan tiba ii menahannya dari melakukan hal itu.
Mingyu membulatkan matanya terkejut lalu melihat kearah empunya tangan. Ianya perempuan yang dia lihat tadi!
"Tolong jangan menjerit, ianya hanya sia ii, sebab cuma awak yang boleh tengok saya"
Mingyu yang sebenarnya memang berniat nak jerit tu terus bungkam. Dia menatap perempuan dihadapannya itu dari atas kebawah. "Kau siapa? Apa kau nak??"
"Saya...Eunha"
"Pemilik kotak pandora"
YOU ARE READING
The Lucky One [Hiatus]
FantasySiapa sangka hadiah yang diberi oleh Mingkyung telah membuatkan hidup Mingyu berubah dalam sekelip mata? Seseorang telah muncul dihadapan Mingyu dan membuatkannya terkedu tanpa kata. "Saya pemilik kotak pandora" Mingyu x Eunha