Plak!
Satu tamparan keras dilayangkan ke pipi Eunwoo.
Dari Eunbi.
"Saya dah suruh awak hilangkan Eunha! Apa yang awak buat ni Cha Eunwoo? Kenapa Eunha masih ada lagi!?"
Eunwoo menggigit bahagian dalam pipinya menahan sakit. Bukannya pelan tamparan Eunbi nih.
"Aku tak buang mayat dia seperti yang kau suruh"
"Aku buat dia hidup semula"
Eunbi menatap Eunwoo tak percaya.
"Kenapa awak buat macam tu eoh? Kita dah berjanji!""Saya dah bunuh omma dan appa. Saya cuma suruh awak selesaikan Eunha. Dia dah mati waktu tu dan awak cuma perlu hapuskan mayat dia!"
"Aku tak boleh! Aku sukakan Eunha..."
Eunbi ketawa tak percaya. "Oh jadi sebab tu"
"Aku buat dia hidup semula dengan cara asing. Tapi hanya membangkitkan dia sebagai roh...aku cuma nak hidup dengan Eunha. Hal itu tak kacau kau pun kan" kata Eunwoo.
"Dengar sini Cha Eunwoo" Eunbi menunjuk tepat ke kepala Eunwoo. "Kebodohan awak tu dah bawa Eunha balik semula ke rumah ni! Dan itu adalah hal yang sangat saya benci"
"Aku tahu"
"Jadi awak tahu? Kenapa awak tak buat sesuatu!?"
"Aku taknak cederakan Eunha lagi. Semalam aku dah hilangkan satu nyawanya. Aku tak boleh sakiti Eunha sebenarnya! Aku tak sanggup"
"Aku dah cuba halang Eunha untuk datang sini. Tapi orang yang jaga Eunha sekarang tu keras kepala. Dia tetap akan bawa Eunha kesini walau dengan apa cara sekali pun"
Eunbi terfikir. Tentu yang Eunwoo maksudkan semalam tu ialah Kim Mingyu.
Tak guna, mungkin sebentar lagi mereka ada datang kesini seperti yang dijanjikan.
Eunbi mengepalkan tangannya dengan geram.
"Ini semua tak boleh berlaku. aku akan berlakon dan hapuskan Eunha tanpa sisa""Hentikannya Eunbi.. Apa pun yang kau buat hanya sia ii. Kau takkan dapat faedah pun atas semua ni!" kata Eunwoo.
"Moonbin!" Eunbi memanggil seorang pengawalnya. Lalu seorang lelaki pun datang kesana.
"Ikat lelaki ni dan letak dalam bilik stor. Jangan sampai dia terlepas"
Eunwoo membulatkan matanya terkejut. "Eunbi! Apa kau buat ni!?"
Eunbi ketawa sinis. "Awak mungkin akan rosakkan rancangan saya nanti. Saya taknak ada orang ganggu kejayaan saya"
Eunbi mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. "Nampaknya bukan seorang yang saya kena hapuskan nanti"
"Mari kita tamatkan semuanya harini"
Eunwoo yang dipegang kuat oleh Moonbin itu menatap Eunbi dengan tajam. Perempuan ni dah gila. Dahla sanggup bunuh ibubapanya sendiri. Dan sekarang dia nak bunuh orang lagi, termasuk kembarnya sendiri.
Dalam hati, Eunwoo berasa sangat menyesal kerana mengikuti permainan Eunbi. Eunbi menipunya, Eunbi tipu semua orang. Eunbi psycho!
Tapi ada sesuatu yang dia tak faham.
Kenapa Eunbi buat semua ni? Siapa dan apa sebenarnya motif Eunbi?? Kenapa dia begitu taksub untuk hapuskan Eunha dan keluarganya??
YOU ARE READING
The Lucky One [Hiatus]
FantasySiapa sangka hadiah yang diberi oleh Mingkyung telah membuatkan hidup Mingyu berubah dalam sekelip mata? Seseorang telah muncul dihadapan Mingyu dan membuatkannya terkedu tanpa kata. "Saya pemilik kotak pandora" Mingyu x Eunha