part 10

151 26 6
                                    




Selang beberapa minit setelah Mingyu tiba dirumah Yuju, Eunwoo juga berjaya tiba disana. Namun tentu saja dia tidak ikut masuk kedalam perkarangan rumah Yuju itu.
Dia hanya memberhentikan keretanya diluar kawasan rumah tersebut dan memerhati mereka dari jauh.

Dia juga dapat melihat Eunha disana.

Dari mana dia tahu alamat rumah Yuju dan kenapa dia boleh sampai secepat ini kesini?

Ianya adalah kerana dia kenal Yuju. Dan dia tahu, kalau seseorang tu ingin membantu Eunha, tentu orang itu akan datang pada Yuju dulu.

Tapi Eunwoo sedikit hairan. Kenapa mereka tak terus pergi ke rumah Eunha, kenapa mereka ke rumah Yuju dulu?

Beberapa minit Eunwoo berdiam diri didalam keretanya, akhirnya dia melihat Mingyu, Eunha dan yang lain ii tu masuk kedalam rumah.

Dia juga dapat menangkap kalau Mingyu hanya masuk dengan tangan kosong.

Ini bermakna kotak pandora tak ada pada Mingyu sekarang. Tentu Mingyu tinggalkannya didalam kereta.

Ini peluang yang sangat baik untuk Eunwoo. Dia harus dapatkan kotak itu semula.

Eunwoo turun dari keretanya dan berjalan masuk kedalam kawasan rumah Yuju, menuju kearah kereta Mingyu yang terparkir elok dihadapan rumah besar tersebut.

Hati ii dia melihat sekeliling. Sangat bertuah, tak ada sesiapa pun disini. Dan dia sangat bersyukur, rumah besar macam ni tak ada pengawal langsung. Jadi kerja ini semakin mudah untuknya.

'Bodoh' sinis Eunwoo saat ia tahu bahawa Mingyu tidak mengunci keretanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Bodoh' sinis Eunwoo saat ia tahu bahawa Mingyu tidak mengunci keretanya.

Dengan perlahan dia memeriksa sekitar dalam kereta Mingyu. Dan akhirnya ia pun jumpa apa yang ia inginkan.

Kotak pandora.

Eunwoo membuka kotak itu dan menatapnya dengan lama.
Masih sama, tinggal lagi tiga rama ii saja dalam ni.

'Sayang sekali kau sanggup lari dari aku dulu dan kehilangan satu nyawa...'

'Aku yang ciptakan kau semula, tapi kau tak tahu bersyukur dan lari dari aku..' gumam Eunwoo pelan.

Dia kemudian mengeluarkan salah satu rama ii tersebut dan menjatuhkannya ke atas tanah lalu memijaknya dengan kasar.

Rama ii yang hancur dipijak itu kemudian berderai menjadi serpihan kristal ii kecil lalu menghilang dibawa angin.

Eunwoo kembali menatap sisa dua rama ii yang tinggal didalam kotak pandora ditangannya. 'Lagi dua...'

"Woi!!"

Kelihatan Mingyu yang baru keluar itu ternampak Eunwoo yang sedang memegang kotak pandora. Tanpa babibuta lagi dia terus berlari kearah Eunwoo lalu memukulnya dibahagian wajah.

Sehinggakan Eunwoo tersungkur dan terjadi luka kecil disudut bibirnya.

Eunwoo tak tinggal diam, dia menahan Mingyu yang cuba memukulnya lagi lalu terus menendang Mingyu di perut.

Mingyu pun terlentang ke tepi sambil memegang perutnya. Tendangan Eunwoo tu boleh dikatakan kuat juga. Sakitnya bukan biasa ii.

Mendapat peluang, Eunwoo terus bangkit dan cuba berlari dari situ. Namun kakinya dapat ditendang oleh Mingyu sehingga ia terjatuh semula.

"Kau siapa!?" tanya Mingyu seraya menekan kedua dua bahu Eunwoo ketanah.

Eunwoo ketawa sinis "aku juga sama macam kau. Orang yang boleh nampak Eunha"

Mingyu mengerutkan dahinya hairan. Jadi lelaki ni adalah lelaki dulu sebelum Eunha jumpa Mingyu?

"Kenapa kau cuba curi kotak tu?? Apa yang kau dah buat??"

"Wae? Aku tak boleh curi barang tu semula? Itu barang aku!"

"Tapi kau tak bantu Eunha! Kau buat dia terluka!"

"Aku tak peduli!" Eunwoo kembali bangkit menolak Mingyu dan menahannya balik. Dia juga tak lupa untuk memukul wajah Mingyu sekali sebagai balasan yang tadi ia dapat.

"Wae? Kau dah jatuh cinta dengan Eunha eoh?"

Mingyu mengepalkan kedua tangannya.

"Dengar sini, aku tak kisah siapa pun kau. Tapi dengar ye, aku yang cipta Eunha! Jadi aku sendiri berhak untuk hapuskan dia. Kau jangan cuba nak buat hal kalau kau nak tengok Eunha masih ada sekarang"

Cipta Eunha? Eunwoo yang cipta Eunha??

Eunwoo menarik kerah kolar baju Mingyu agar mendekat
"Jangan cuba bawa Eunha pergi ke rumah dia.. Nanti kau sendiri yang akan buat Eunha terluka" bisik Eunwoo.

Ia kemudian bangkit dan berlari pergi dari situ.

Mingyu menatapnya geram. Dia kemudian mengalihkan pandangannya kearah kotak pandora yang ada didekatnya lalu mencapainya. Kotak itu lebih penting saat ini berbanding lelaki aneh tadi.

Dia terdiam saat melihat isi kotak pandora tersebut. Hanya tinggal satu saja rama ii disitu.

"Tak mungkin..."





"Mingyu?! Mana kau oii, eoh... Apa yang dah jadi? Eh kenapa pipi kau bengkak ni?" tanya Dokyeom yang baru tiba disitu.

Mingyu menggeleng saja. "Kenapa kau lari ii ni?"

Dokyeom baru teringat sesuatu. "Aku nak bagitau yang kami dah boleh nampak Eunha!"

"Hah?!"

The Lucky One [Hiatus]Where stories live. Discover now