Mereka dah berjanji untuk berjumpa dihadapan rumah Yuju. Saat Mingyu tiba disana, Dokyeom sudah ada sekali bersama Yuju.
"Dah lama ke korang tunggu?" tanya Mingyu rasa bersalah.
"Takdelah. Aku pun baru sampai haha"
"Besarnya beg kau, kita bukannya nak pergi seminggu pun ke ilhsan" tegur Mingyu. Satu luggage bhai Dokyeom bawa baju. Mingyu sendiri pun bawa dua helai baju je. Tu pun just letak dalam plastik brand gucci, lol.
"Ala tak salah kan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan hehe" sengih Dokyeom tanpa dosa.
Mingyu dan Yuju geleng ii jelah dengan tingkah Dokyeom. Mereka kemudian meletakkan beg mereka di bonet dan bersedia untuk teruskan perjalanan.
"Eh jangan masuk!" Mingyu menahan Dokyeom yang hendak membuka pintu sebelahnya. "Eunha ada sini"
Dokyeom terkejut "jinjja?? Ah sorry ii, maklumlah aku tak nampak dia, sorry Eunha..." ucapnya sambil bow beberapa kali. Lepas tu terus blah duduk dekat seat belakang bersama Yuju.
Eunha cuma terkikik melihat tingkah Dokyeom itu.
"Bertuahnya awak boleh nampak Eunha. Kami juga teringin nak tengok Eunha" ujar Yuju.
"Betul tu" cela Dokyeom.
Mingyu dan Eunha saling tatap sebentar sebelum keduanya tersenyum malu dan memalingkan wajah mereka kearah lain.
.
.
.
Ambil masa setengah hari juga perjalanan dari seoul menuju ke Ilhsan. (Bagai dari Johor ke Perlis lol). Mingyu adalah satu satunya orang yang memandu saat ini.
"Kita dah sampai dalam daerah ilhsan" Mingyu melihat papan tanda Ilhsan.
"Awak nak singgah rumah saya dulu atau terus ke rumah Eunha?" tanya Yuju.
Mingyu melihat ke Eunha.
"Ah...saya ikut saja" balas Eunha.
"Aku nak buang air besar ni. Aku rasa better kita pergi ke rumah Yuju dulu, Boleh tak?" Dokyeom makan banyak snek tadi, sekarang mula lah dia nak membuang.
"Hm, saya pun rasa nak ke tandas sebenarnya" jujur Yuju.
Mingyu mengangguk. Baiklah, mereka akan kerumah lama Yuju dulu. Lepas tu baru pergi ke tempat Eunha. Lagipun hari dah senja. Mungkin ada dari mereka yang ingin melepaskan hajat ii lain.
Lima minit setelah mengikut telunjuk Yuju, mereka pun tiba diperkarangan sebuah rumah agam yang sangat besar.
"Ada orang ke tinggal dekat sini? Kalau rumah lama sepatutnya rumah ni akan nampak usang kan? Ni nampak macam baru di cat pun ada" tanya Dokyeom.
Yuju mengangguk "Ahjumma saya tinggal disini. Appa saya yang bagi kat dia"
Mingyu dan Dokyeom cuma ber'oh' sahaja.
"Yeombuseyoo~" ucap Yuju lantang lalu berjalan masuk kedalam rumah tersebut. Maklum pintu tak tertutup pun. Dokyeom yang ada dibelakang turut mengikut langkah Yuju juga.
Eunha melihat sekeliling. Sesuatu membuatkan dia berasa tak nyaman disini. Ada aura yang aneh dan dia dapat merasakannya.
"Eunha, wae?"
"Saya rasa sesuatu yang pelik dekat sini"
Mingyu melihat sekeliling. Tak ada apa ii yang aneh pun disini. Cuma halaman yang kosong saja.
"Mungkin perasaan kau je kot. Marilah masuk, hari dah nak gelap"Eunha mengangguk pelan. Dia dan Mingyu pun berjalan bersama masuk kedalam rumah.
.
.
.
"Eh, Yuju???"
"Ahjumma" Yuju berlari memeluk seorang wanita paruh baya. Namanya Puan Rin.
"Kamu tak bagitau tahu pun nak datang sini? Aigoo"
Yuju terkekeh. "Mian, sebenarnya nak bagitau, tapi terlupa. Ahjumma sihat?"
Puan Rin mengangguk "sihat sangat. Ah, kenapa kamu tiba ii datang sini?"
Yuju tersenyum "emm...sebenarnya Yuju ada hal sikit nak buat dekat sini, sebab tu datang singgah. Boleh kan kami singgah sini?"
"Eh tentu la boleh, rumah ni rumah kamu juga kan, haha"
"Kenalkan ahjumma, ni namchin saya, Dokyeom"
Dokyeom melangkah maju dan bow "annyeonghaseyo, Dokyeom imnida"
"Omo, dah ada namchin eoh.." Puan Rin ketawa.
"Hihi, mesti lerr" kekeh Yuju. Dia kemudian menunjuk ke Mingyu "dan yang tu Mingyu"
"Annyeong" ucap Mingyu sambil bow. Dia kemudian melihat ke Eunha. Dan Eunha tersenyum pendek.
Ah betul juga, mereka yang lain kan tak boleh nampak Eunha. Jadi memang tak boleh la dia nak perkenalkan diri pada Puan Rin.
"Dokyeom, awak kata nak ke tandas kan?"
"Eh haah la" Dokyeom memegang perutnya. "Tandas kat mana eh?"
"Belakang sana" tunjuk Puan Rin.
Dokyeom pun terkedek-kedek lari pergi ke tandas untuk melepaskan hajatnya.
"Kamu duduk ii lah dulu ye, Ahjumma akan siapkan malam malam... "
"Yuju nak tolong juga" kata Yuju.
Akhirnya Yuju pun ikut Puan Rin pergi ke dapur. Mereka berdua akan menyiapkan makan malam bersama.
Kini yang tinggal di ruang tamu itu hanya Mingyu dan Eunha.
"Jom duduk dulu" ajak Mingyu.
Eunha mengangguk dan dia pun mengikut Mingyu menuju ke sofa untuk duduk.
"Akh!..." tiba ii Eunha jatuh terduduk dilantai sambil memegang dadanya. Ia nampak seperti dalam kesakitan dan sukar untuk bernafas.
"Eunha!? Eunha wae? Gwenchana??" Mingyu berlari kearah Eunha dengan cemas.
Eunha menggengam lengan Mingyu, "kotak tu....ada orang ambil kotak tu!"
YOU ARE READING
The Lucky One [Hiatus]
FantasySiapa sangka hadiah yang diberi oleh Mingkyung telah membuatkan hidup Mingyu berubah dalam sekelip mata? Seseorang telah muncul dihadapan Mingyu dan membuatkannya terkedu tanpa kata. "Saya pemilik kotak pandora" Mingyu x Eunha