Mengapa...
Dunia yang manusia bina...
Bukan mengikut keinginan kita?
Rain...
Apa kau ingin membina dunia mengikut keinginan mu sendiri?..
Rain...
Rain...
•RAIN•"Haaa!!!!"
Seorang pemuda terbangun dari tidur . Berpeluh sambil mengigil akibat satu mimpi ngeri yang selalu dihantui diri nya . Seorang pemuda berumur 16-tahun , berkulit putih cerah , berambut kusut berwarna hitam di atas dan putih di hujung , berkaca mata dan selalu memakai sarung tangan kulit hitam di tangan kanannya. Pemuda itu bernama Rain Ashe. Tinggal di Osaka Japan, Bersama seorang Ibu duda. Pemuda yang tidak bergaul dengan pelajar di sekolah. Dan memendamkan berbagai misteri di dalam hidup nya..
"Rain kamu tak apa-apa?" Tanya seorang wanita berbadan langsing , berkulit putih kekuningan , dan memakai tocang di rambutnya . Nama dia ialah Sunade Ichizou . Dia adalah seorang ibu kepada Rain. Bukannya ibu kandung Rain , tetapi dia telah menjaga Rain seperti anaknya sendiri. Rain sebenarnya seorang warganergara Malaysia. Keluarga sebenar dia adalah seorang yang kaya raya dan tidak sombong walau dengan sesiapa pun . Sewaktu Rain kecil , dia seorang yang selalu tersenyum dan gembira , hidup nya tidak pernah suram atau sepi. Tetapi pada 2 tahun yang lalu , keluarganya telah meninggal dunia dalam nahas kapal terbang . Segalanya berubah apabila Rain mendengar berita sedih itu , Rain menjadi seorang anak yatim piatu setelah ibu bapa nya meninggal dunia. Dia juga tidak lagi tersenyum dan gembira seperti dahulu. Semua yang ada di dalam diri nya menjadi suram. Sunade yang sebenarnya seorang sahabat baik kepada ibu bapa Rain telah mengambil keputusan untuk menjaga Rain sebagai anak angkatnya. Dengan itu Rain mengikut Sunade balik ke Jepun untuk tinggal di sana.
"Hmmm.. saya..tak apa-apa" jawab Rain dengan badan yg mengigil-gigil.
"Mimpi itu lagi ke?" Tanya Sunade dengan raut wajah yang serius.
"Yea..mak jangan risau.. Ia cuma mimpi buruk..."jawab Rain lalu bangun dan mengusap peluh nya menggunakan tuala.
"Hmmm mana mak tak risau kalau kamu asyik mengalami mimpi buruk seperti itu" Sunade menjawab dengan laju.
Rain diam tak terkata. Dia berjalan ke arah Sunade lalu memegang bahu nya dan berkata. "Mak jangan risau ye..." dia berkata dengan raut wajah manis lalu berjalan terus ke arah bilik mandi.
"Baiklah. Cepat siap... nanti kamu akan lambat ke sekolah.. " kata Sunade dengan tenang sekali.
Rain terus menutup pintu bilik air dan bergegas mandi. Di dalam fikiran Rain , dia masih tertanya-tanya suara gadis manakah yang ada di dalam mimpi dia tadi. Dia tidak dapat berhenti memikirkan apa maksud yang disebut oleh gadis itu. "Dunia mengikut keinginan ku sendiri?..apa maksudnya itu.." Rain bercakap sendirian lalu membuka paip air untuk mengisi tab mandi.
15 minit kemudian...
Setelah selesai mandi , Rain bergegas memakai baju seragam sekolah nya yang berwarna hitam dan berstripe kelabu . Semasa Rain sedang memakai baju seragam sekolah nya. Dia dengan tiba tiba terdengar suara seorang gadis yang ada di dalam mimpi nya itu.
Rain..
Apa kau..
Mahu kedunia ku?..
Dan mengubah masa depan mu?...Rain...
"Huuhh?! Siapa kau?! Apa kau nak!!?" Rain menjerit sambil menutup telinganya rapat.
Rain...
Apa kau...
Lupa siapa aku?...
YOU ARE READING
WORLD OF RUINA-World BEYOND the Limit(Malay Version)
FantasyIkuti cerita tentang seorang remaja berumur 16-tahun bernama Rain yang terperangkap di dalam dunia bernama Ruina. Cerita di mana kesedihan, kesengsaraan, semangat, percintaan, keingan, dan keadilan dalam bagaimana dia bergelut untuk sedaya upaya pul...