5 | Culik Hannah

2.6K 249 78
                                    


Unlock next chapter :
50 votes

————————————————————

AKU memeluk tubuh sambil muka berkerut-kerut menahan amarah terhadap lelaki di sebelahku. Tak rasa bersalah betul bila dia cuba menculikku. Apa pula alasan yang kukuh untuk aku berikan kepada umi Yan. Semua ni berpunca daripada Naufal!

Dari sepanjang kisah yang berlaku pada hari ini, semua disebabkan Naufal. Lelaki itu yang mulakan perang tak bertamadun apabila mulut laser Naufal sedap aje menghina pekerjaan aku. Memang tak boleh diterima dek akal langsung! Siapa dia hendak menyoal dan berkata demikian. Naufal tiada hak!

"Tu muka berkerut apahal? Marah sebab aku culik kau macam ni?"

Pertanyaan daripada Naufal mengundang tawa sinis aku. Pantas kepalaku menoleh ke arahnya sejenak. "Ada ke orang yang suka bila kena culik? Nak nak lagi orang tu awak. Malang betul nasib dia." ujarku.

Aku lihat Naufal masih tayang wajah selamba. Dia menjungkit kening kirinya tinggi. Cis! Mentang-mentanglah kening dia lebat. Berlagak betul.

      "Ramai tau yang nak kena culik dengan aku. Kau apa tahu? Ke kau ni suka kaum sejenis?"

Bulat mata aku mendengar hujah Naufal. Tanpa dipinta, aku menumbuk lengan Naufal kuat. Nak buat spekulasi pun biarlah logik sikit. LGBT? Ew.

Sunyi. Aku pandang Naufal. Dia tak rasa sakit ke?

Seketika, Naufal ukir sengihan senget.

"Macam angin," selorohnya.

      "Eee! Dahlah! Turunkan saya! Awak nak bawak saya pergi mana ni? Ya Allah... Habislah gaji saya kena potong nanti..." kataku. Tangan sudah meraup wajah. Harap-haraplah perkara itu takkan terjadi.

"Kau tak payah risau sangatlah,"

Terjegil terus biji mataku. Apa dia cakap? Tak perlu risau? Yang kena potong gajinya ialah aku, bukan dia! Melihat sahaja wajah Naufal tanpa secalit pun perasaan bersalah, aku mula kepal penumbuk.

Suasana menjadi sunyi kembali apabila aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri. Lebih baik diam daripada berlawan mulut dengan Naufal. Hakikat sebenar, lelaki itu juga akan menang apabila lawan lidah denganku. Entah mengapa mudah sahaja bibirku ini terkunci mendengar bait kata Naufal.

"Jom," ajaknya.

Mataku terkebil-kebil memandang Naufal di sisi yang sedang membuka tali pinggang keledar. Kemudian, pandanganku beralih pula ke arah luar tingkap kereta. Serta-merta bibir mungilku melakar senyuman lebar. Cepat-cepat aku keluar daripada perut kereta sebelum aku mendepakan tangan.

      "Ah... Segarnya udara!" sorakku gembira. Aku menoleh ke sisi sebentar, Naufal sedang melihatku dengan pandangan menjengkelkan. Aku menjeling Naufal tajam.

Namun, tak lama kemudian, aku terus mendekati Naufal. Senyuman nipis aku hadiahkan padanya.

      "Awak nak ajak saya date eh?" soalku sambil memicingkan mata. Serentak itu, jari-jemari Naufal hilang di sebalik poket seluar track miliknya. Aku mengambil keputusan untuk menjadi pemerhati.

The Strong HeartWhere stories live. Discover now