7 | Minta Izin

2.6K 335 76
                                    

Lantak komelah nak vote ke idok.

Maleh aku

Setakat tekan star dekat bawah tu,

Susah ke?

Baca buku orang nak, appreciate tak reti.

Nyah la kau

•••

Mama yang sedang duduk selesa di sofa aku dekati. Perlahan-lahan aku merebahkan kepalaku ke bahu mama. Mama tak menolak, malah dia mengusap rambutku perlahan sebelum ciuman dilabuhkan.

Hari ini aku tak kerja. Pagi tadi tiba-tiba Isna membuat panggilan dan mengatakan bahawa hari ini aku dicutikan. Ibarat kena gantung kerja.

Tak tahulah pula kerja warung pun boleh kena gantung. Nak tergelak pun ada.

      "Iyan mana, ma?" soalku apabila kelibat adikku tiada di rumah.

      "Lupa ke? Cuti sem dia kan dah habis." beritahu mama. Aku berfikir sejenak. Patutlah sunyi rumah ni. Rupanya Aryan dah mula sambung pengajian.

Tapi dia tak tinggal di sana. Dia tetap balik rumah seperti biasa kerana jarak Universiti dengan kampung kami tidak jauh. Nasiblah mama sudah membelikan Aryan sebuah motosikal. Tak perlulah dia bersusah payah menaiki kenderaan awam.

Aku angkat kepala kemudian memandang mama di sisi yang sedang termenung jauh.

"Ma, fikir siapa?" soalku senada. Aku menyelesakan kedudukan. Serentak, mama berpaling sebelum wajahku ditatap. Lama.

Amboi ma. Tergoda dengan kecantikan anak sendiri ke? Hahaha!

"Mama rindu papa kamu..."

Aku tersentak. Segera aku kawal mukaku lalu bahu mama aku usap perlahan seolah memberi ketenangan. Aku juga rindu papa. Rindu sangat-sangat. Lagi-lagi apabila berhadapan dengan Aryan. Wajahnya betul-betul mengikut wajah arwah papa.

"Papa tak sempat jaga mama masa mengandung. Hatta mengandungkan Ana dan Iyan. Masa mengandungkan Ana, mama lari bawa diri. Masa mengandungkan Iyan... Papa..." suara mama sudah tersekat-sekat dan bergetar. Aku lihat mata mama yang sudah dibanjiri titisan mutiara jernih.

"Ma, It's okay. Tak perlu sambung." pujukku. Mama geleng kepala seolah ingin meneruskan perceritaannya mengenai kisah mereka.

"Masa mama mengandungkan Iyan, sekejap aje papa jaga mama. Lepas tu, polis dapat jejak kami. Semua ditahan termasuk mama. Tapi hukuman mama tak seberat hukuman papa." sambung mama sebelum kedengaran keluhan kecil keluar dari bibir.

Aku tahan sebak. Semua memori sudah samar-samar dalam kepalaku. Satu je yang aku ingat, ketika aku melawat papa di penjara untuk kali terakhir. Masa itulah papa memberikan nasihat-nasihat kepadaku untuk menjaga mama dan Aryan.

Ya memang benar masa itu aku hanyalah budak kecil. Tapi mungkin ini petunjuk dari Tuhan, untuk aku lebih menghargai mama dan Aryan. Untuk aku ingat pesanan dan tanggungjawab yang papa sudah serahkan padaku. Untuk aku memperbaiki diri menjadi seorang insan yang berguna.

Nampaknya tangisan mama sudah reda. Hendak sahaja aku menitiskan air mata. Tapi aku tahan. Aku tak mahu mama turut berduka sama.

"Semua yang jadi ada hikmah, ma. Ana redha dengan pemergian papa."

Senyuman terpaksa aku ukir.

The Strong HeartWhere stories live. Discover now