6 | Cerita

2.3K 266 157
                                    


Unlock next chapter :
55 votes

Thank you.

——————————————————————

      "Pukul sembilan dah, baru nak balik?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "Pukul sembilan dah, baru nak balik?"

Selesai sahaja aku menutup pintu rumah, terdengar pula suara dingin seseorang dari belakangku. Bibir aku kemamkan sekejap sebelum aku menoleh ke arah punca suara. Aku menayang sengihan kecil.

Aryan berpeluk tubuh. Bola matanya bergerak dari jam dinding kemudian ke arahku. Berulang kali dia melakukan perbuatan yang sama. Dan aku masih lagi di sini, depan pintu. Ibarat kanak-kanak yang sedang didenda oleh ibu bapa. Aku mengeluh.

       "Kakak penat ni, Iyan. Kakak masuk dululah," kataku. Kemudian, aku berjalan melintasi Aryan.

Tanpaku sangka, lenganku dipegang. Perlahan-lahan Aryan menarik lenganku sehingga tubuhku menghadapnya. Kini, aku berdiri di hadapan Aryan.

"Jangan nak mengelat."

Aryan menanggalkan pin tudung di bahuku. Jarinya lincah bergerak manakala aku masih diam kaku sambil merenung adikku sendiri. Haih, hari ni berapa kali entah aku nak cair dengan kaum adam.

"Kakak keluar dengan siapa tadi?" soalnya bersama wajah yang masih ketat. Dingin. Beku.

"Kawan,"

"Lelaki ke perempuan?"

Aku diam. Tidak menjawab pertanyaan daripada adikku. Selesai membuka pin, dengan perlahan, Aryan menanggalkan tudung dari kepalaku. Lantas, rambutku yang mengurai, Aryan segera rapikan sebelum diselitkan ke belakang telinga. Aku hanya membisu tanpa memberi sebarang tindak balas.

         "Answer me,"

         "Perempuan." Memang taklah aku nak jawab lelaki. Tak pasal-pasal aku kena debik dengan Aryan kang. Dahlah keluar pagi balik malam. Ni semua salah Naufal! Semuanya punca daripada Naufal!

"You... Lie,"

Aku mengerutkan dahi.

"Petang tadi, Iyan terserempak dengan Nas. She said, along dia bawak kakak pergi somewhere." katanya dengan nada mendatar.

Jeda sekejap. Aku lihat Aryan seperti ingin teruskan percakapannya. Dalam masa yang sama, aku tarik nafas sebelum dihembus lega. Mujur sahaja mereka terserempak. Kalau lepak, memang sekarang juga aku warning Aryan. Aku tak akan benarkan!

The Strong HeartWhere stories live. Discover now