" arraseo,haah joonie oppa ambik hyo dalam 5 minit lagi..aish,jangan risau lah! Ye tau ! Dahlah bebel tu ! Ni kalau oppa dah habis kerja oppa ambik hyo dekat cafe jin oppa tau ! Em okay bai bai !! " jihyo terus menamatkan panggilan telefon dari oppanya jimin.kadang kadang manja tak bertempat pun ada jugak oppanya itu.Jihyo duduk di depan pintu rumah sambil memasang kasutnya sementara menunggu namjoon menjemputnya dari rumah.
PIN ! PIN !
Dengar saja bunyi hon kereta,jihyo laju saja membuka pintu dan menutup serta mengunci pintu lalu berlari anak ke kereta hyundai hitam milik namjoon.jihyo membuka pintu hadapan keret lalu duduk dan menutup pintu kembali.
Wajah kacak namjoon dipandang jihyo kemudian nya menghadiahkan lelaki itu senyum paling manis dia lemparkan. Namjoon tersenyum suka lalu menepuk-nepuk perlahan ubun ubun jihyo.
Semasa perjalanan jihyo rancak berborak dengan namjoon tentang banyak perkara. Setelah beberapa minit perjalanan akhirnya namjoon parking keretanya di parking lot yang tidak jauh dari cafe.
KLING ! KLING !
Jihyo berlari anak kearah jin lalu memeluknya sekilas lalu meletakkan begnya di pejabat namjoon dan bergerak membantu jin dan namjoon apa yang patut sebelum membuka cafe. Namjoon dan Jin hanya tersenyum senang dengan jihyo itu.
• • •
1.20 pm
Sekarang waktu lunch dan jihyo sedang melahap sandwish yang dibuat oleh jin kepadanya. Jihyo sedang duduk di bangku panjang yang berdekatan dengan kaunter pembayaran di mana namjoon berada yang sedang mengambil pesanan pelanggan yang datang .
Sesekali jihyo menoleh sekilas ke arah dapur , mana lah tau kalau jin nak minta pertolongan dia kan ? Namun jihyo kembali memerhati sekeliling cafe yang padat dengan dengan pelanggan itu.suapan terakhir dimasukkan ke dalam mulut. Pinggan kecil diletak atas meja kecil berdekatan dengan kaunter bayaran dan menuju ke arah namjoon
" oppa , pergi la rehat dulu. Jihyo ganti oppa ambikkan order ni , oppa tak makan lagi kan ? Ha ! Shuh ! Shuh ! Sana " halau jihyo menolak namjoon dari kaunter bayaran .
" nantilah , jihyo tu rehat je lah .. risau oppa tengok jihyo kerja keras ni " balas namjoon berdiri bersebelahan dengan kaunter bayaran. Dirinya tidak mahu berganjak dari kaunter bayaran tersebut
Jihyo menjelir lidahnya pada namjoon " bluerk ! Taknak ! Dahlah pergi makan dulu oppa , oppa tu patutnya jangan overworked yourself . Jihyo ni muda lagi " tambah jihyo dihujung ayat lalu ketawa kecil
" amboi , amboi .. pandai dah nak cakap jin oppa dengan namjoon oppa tua ya ! Hello ! Oppa kau ni WORLDWIDE HANDSOME tau ! " suara dari dapur menyampuk . Dengar aje seokjin dari dapur itu membuatkan Jihyo tergelak besar
Namjoon hanya menggeleng kepala saja . Pening mahu melayan seokjin yang syok sendiri di dapur .
" yelah , oppa makan dulu ye .. jaga kaunter elok elok " balas namjoon lalu menapak menuju ke dapur .
KLING ! KLING !
" selamat datang !! Boleh saya ambil pesanan encik encik ni semua ? " tanya jihyo ramah memandang satu persatu muka pelanggan dihadapan kaunter itu
' oh , kawan joonie oppa dengan jinnie oppa rupanya..eh , jungkook oppa takde pun ? Huhuhu .. Prince Charming kuu~ ' getus jihyo di dalam hatinya
YOU ARE READING
Pujaan Hati Mr Ceo
Storie d'amoreHello gaiss !! Guess what ? Im back bebeh Sorry for long long long hiatus guysss 😭 Jangan risau pasal fanfic yang lain,saya akan publishkan nanti ya💜 Stay tune readers ! 🦋