Ceritera 5-Espionage

18 2 2
                                    

Bilik Ammar~~
"Individual mission? Abang Ammar seriusla?!" Azim bertanya untuk mendapatkan kepastian. Dia telah beberapa kali menyertai misi, misi-misi kecil bahkan misi-misi besar juga. Tapi semuanya adalah group mission. Tidak pernah terbayang oleh dirinya untuk mendapat individual mission setelah baru sebulan lebih dia markaz pusat ini..

"Yup. Misi ini memang khas untuk awak. Juga diklasafikasikan sebagai misi berbahaya. Walaupun ia berbahaya, tapi saya yakin awak mampu menyelesaikannya." terang Ammar. Azim meneguk liur.

"Kita telah mendapat maklumat dari Unit Pengatur Strategi dan Teknologi mengenai satu pesanan misteri dari seseorang yang tidak diketahui latar belakangnya. Setelah diselidiki, mereka berjaya mendapatkan lokasi si pengirim dan ternyata di situ telah diadakan satu aktiviti yang mencurigakan. Oleh itu, awak akan dihantar ke sana sebagai mata mata di sana. Selain daripada menyelidiki aktiviti mereka, awak juga perlu mencari tahu sama ada mereka berkait dengan Astrapes atau tidak. Lagi baik kalau awak dapat tahu terus tujuan sebenar Astrapes sekiranya mereka memang berkait. Juga mencari tahu jumlah ahli mereka dan apa sahaja maklumat berkaitan mereka. Jangan terlalu risau berkaitan keselamatan kerana bersama sama dengan awak, saya akan menghantar pasukan backup yang akan membantu if ada sesuatu yang mencurigakan. Awak boleh bertolak ke sana pada malam nanti" terang Ammar panjang lebar.

Azim keluar dari bilik Ammar. Dalam fikirannya bermain 1001 macam perkara. Dia ingin menuju ke bilik latihan. Sudah lama dia tidak berlatih menggunakan elemen alam. Malahan, di dalam misi dia biasa bertarung free-hand sahaja. Dia masih tidak yakin untuk menggunakan elemen alam di hadapan umum. Setakat ini orang yang pernah melihat dia menggunakan elemen alam secara langsung selain dari keluarganya hanyalah Abang Ammar. Dia pernah menunjukkan kepada Abang Ammar kelebihannya itu ketika latihan. Apa yang lebih mengejutkannya, Abang Ammar juga mampu mengawal elemen alam sepertinya cumanya dalam masa yang amat terhad. Bagaimana itu boleh berlaku dia tak tahu dan tidak berminat untuk tahu. Sesekali dia akan mengunjungi bilik latihan dan berlatih bersendirian di sana.

Kerana tidak terlalu fokus ketika berjalan, Azim terlanggar seseorang.

"Oh, maaf maaf.. saya tidak sengaja" pinta Azim lalu mendongak untuk melihat siapa yang telah dilanggarnya. Individu itu hanya berdiri tegak dan memerhatikannya.

"Abang Az..?!" belum sempat dia menghabiskan kata katanya mulutnya ditutup dengan tangan.

"Shhh... awak ni.. suara tu, memang tak boleh kawal ke kalau terkejut. Dah tu, kenapa macam terkejut sangat ni?" kata Azri lalu menurunkan tangannya. Azim tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Abang sibuk ke sekarang?" tanya Azim.

"Hmm tak rasanya, nak pergi jumpa Abang Hadi kejap, nak serahkan fail ni.. kenapa?"

"Azim nak jumpa jap.. kejap je... kat laman. Boleh?"

Azri membuat gaya seolah olah dia sedang berfikir. Lantas dia mengangguk. Azim tersenyum melihat respon abangnya itu.

"Jumpa nanti" kata Azim terus bergerak menuju ke tangga berdekatan.

'Eh, rajinnya budak ni guna tangga.. hmm.. biarlah' Azri meneruskan perjalanannya menuju ke bilik Hadi

Laman~~
"Personal mission?" Azri bertanya untuk mendapatkan kepastian. Azim mengangguk.

Azim memejamkan mata, menarik nafas. Dia seolah olah sedang memfokuskan sesuatu pada tapak tangannya. Setelah itu dia menepuk lantai dengan menggunakan kedua dua tangannya. Hasil daripada itu, maka muncullah satu dinding tanah yang tebal dan agak tinggi. Kelihatannya sukar ditembusi. Azri hanya memerhatikan sahaja tindakan adiknya itu. Sudah lama rasanya dia tidak melihat secara langsung adiknya berlatih menggunakan elemen alam.

Manusia biasa [C]Where stories live. Discover now