"CUKUP!" Teriak Sabrina kepada Tenma yg tak habisnya menganggu dirinya. Matanya mencerlung melihat Tenma yg kelihatan tidak bersalah.
"Ten, tolonglah berhenti. Aku tak nak kau ganggu aku lagi, faham?" Sehabis berkata begitu, Sabrina meninggalkan Tenma. Dia langsung tidak peduli dengan pandangan gelap Tenma terhadap dirinya. Dia tidak takut dengan Tenma.
Tenma memandang tanah dengan pandangan kosong. Di dalam kepalanya, sudah di sediakan segala cara untuk mendapatkan Sabrina.
'Aku akan dptkan kau, sabrina. Kau tunggulah' desis Tenma sendirian. Senyum terukir di bibir.
------------
Di sisi lain, Nabila yg memang berada di situ hanya memandang sayu. Niatnya hendak menghirup udara segar terbantut akibat dua manusia tadi. Hatinya sedikit terluka melihat Tenma dengan bersungguh2 mengambil perhatian Sabrina, teman baiknya. Walaupun Sabrina menolak Tenma, Tenma tidak mau mengalah.
Nabila perlahan2 mendekati Tenma, sekedar ingin menyapanya tetapi membatalkan niatnya apabila Tenma memulakan langkah meninggalkan taman itu.
Dia mengeluh, lalu pergi ke arah yg bertentangan. Nak cari ketenangan di taman indah itu sebelum waktu rehat habis.
------------
"Bell!" Kejut Sabrina dari belakang. Senyuman di hadiahkan kepada Nabila.
"Hi, rina.." Nabila membalas senyumannya . Muka Sabrina berkerut melihat reaksi Nabila yg tak seperti biasanya.
"Hey... kenapa ni? Tak bersemangat je aku tengok. Deman ke?" Tangan dilekapkan ke dahi Nabila.
"Takdelah" balas Nabila dengan ketawa kecil. Tangan Sabrina di alihkan dari dahinya. Habis penyek tudungnya.
"Habis tu apa? Oh...... ni mesti pasal crush kau kan? Crush kau masih tak pandang kau?" Teka Sabrina. Senyuman masih di bibir.
"Takdelah...bukan pasal dia.." kata Nabila dengan muka merah. Pipinya cuba disembunyikan dengan tudungnya, ditarik tudungnya menukupi muka. Tak kisahlah kalau tudungnya dh rosak sekarang.
"Alah, ceritalah. Aku curious ni, cubalah kau cerita sikit pasal crush kau ni" kening dijongketkan.
Belum sempat Nabila buka mulut. Pintu kelas di buka dan Tenma menapak masuk. Membuatkan Sabrina mendengus. Nabila pula memperbaiki tudungnya.
"Ah, babe. Aku pergi dululah! Dh nak mula kelas! Bye!" Sabrina berlari keluar pintu. Tenma memandang Sabrina sehingga dia menghilang dari pandangan.
Nabila mengaluh, dia memandang kearah Tenma dan pada masa yg sama Tenma juga memandang ke arahnya. Tiada senyuman diwajah lelaki itu, hanya pendangan kosong diberikan kepada Nabila.
Mata di alihkan dari Tenma secepat mungkin. Pipi yg membahang cuba disembunyikan. Dia berasa sangat gugup sekarang.
'Bell! Bertenang! Dia tak pandang kau pun!' Tariak hatinya cuba menenangkan diri.
Nabila memandang kehadapan tetapi alangkah terkejutnya dia apa bila Tenma yg berada dihadapannya sekarang ini, duduk santai dikerusi. Wajahnya sedikit dekat dengan dirinya.
"AH!" Teriak Nabila dan dia gugur dari kerusinya. Tenma yg memandang mentertawakan Nabila, yg lain turut ketawa apabila perhatian mereka tertumpu kearah Nabila.
Malu yg tak dpt dibendung, membuatkan kolam mata Nabila bertakung. Dengan ejekan dari teman sekelasnya, membuatkan dirinya tidak tahan.
Nabila melarikan diri keluar kelas. Dia tidak peduli dengan panggilan gurunya yg ingin memasuki kelas. Dengan pantas dia berlari ke taman dan bersembunyi dibelakang gudang sekolah.
Esak tangisnya mula terdengar. Kepala diletakan ke lututnya menyembunyikan wajah. Hatinya terasa sakit. Tak dapat dia lupakan wajah Tenma yg ketawa mengejek itu.
Entah berapa lama dia menangis disitu, sehinggakan sesorang memegang bahunya barulah dia mengangkat kepalanya memandang gerangan itu.
"Hey" tegur Sabrina dengan senyuman sayu. Sedih dengan keadaan sahabatnya.
"Rina..." bisik Nabila, air matanya mula keluar laju menuruni pipi. Sabrina yg melihat itu, memeluk sahabatnya. Memberikan sedikit semangat untuknya. Dia tidak tahu kenapa kwnnya itu bersedih.
Dia tahu Nabila ditempat itu pun kerana dia terpandang Nabila. Jangan di tanya kenapa Sabrina tidak di kelas. Sabrina seorang yg suka ponteng kelas tidak seperti Nabila, yg hanya menurut kata. Sebab itu Nabila senang dibuli. Walaupun tidak sampai fizikal.
"Bell...takpe aku ada. Semuanya akan ok" pujuk Sabrina. Di tepuk2 bahu Nabila dengan lembut.
"A-aku tak boleh, rina.."
"Tak boleh apa?" Tanya Sabrina dengan lembut. Tangisan Nabila mula reda.
"Aku tak boleh tahan....aku hati tisu, aku ni memalukan" nyata Nabila.
"Ni mesti pasal tenma? Dia buat apa? Dia buli kau lagi?" Tanya Sabrina dengan marah. Marah akan Tenma. Lelaki itu memang suka buli teman baiknya.
"R-rina, dia tak buat apa2. Aku je yg melebih" Nabila segera mengenggam tangan Sabrina yg hendak berdiri. Dia tahu Sabrina ingin memarahi tenma. Dia tidak mahu ada pertelingkahan lagi.
"Tapi-"
"Takpe, aku dh ok" potong Nabila dengan laju.
"Baik, kali ni je. Tapi ingat! Kalau dia buli kau lagi lepas ni..... siap dia! Aku penyek2 muka dia tu" Nabila tersenyum melihat Sabrina.
"Jomlah, kita balik. Dh berapa lama kau nangis ni. Sampai habis waktu sekolah! Kan senang! Nilah namanya ponteng!" Sabrina cuba menaikkan suasana. Nabila yg mendengar membeliakkan matanya.
"Alamak! Apa aku dh buat ni!" Nabila dh mula panik. Dia memegang pipinya, kepala di geleng2kan.
"Babe, tenanglah! Ponteng je pun" ketawa Sabrina melihat wajah panik Nabila.
"Buat chill je, ok? Relax" Nabila menarik nafas dan menghembusnya perlahan.
"Dh tenang?" Nabila mengangguk.
"Ok jom balik!" Tangan Nabila di capai dan mereka pun keluar dari sekolah yg sudh sunyi itu.
•
•
•
•
•
•
Done bab pertama! So far ok tak? Mengarut sikitlah
But no worries kalau otak author dh matang. Ada masa boleh edit lagi.Comment,
Vote,
Share,
Give advise
And enjoy!Tunggu bab seterusnya!
Mata ne!
YOU ARE READING
Encik psycho
RomanceNabila adalah seorang gadis pemalu yg menyukai tenma, seorang yandere yg langsung tidak memandangnya walaupun sebelah mata. Nabila sanggup menyelamatkan tenma walaupun ia melukai dirinya sendiri. Tenma pulak obsess terhadap Sabrina, iaitu gadis brit...