E L E G I 4 M U S I M

15 1 0
                                    

Elegi = lagu, puisi, atau karya lain yg menyatakan kelebihan, rintihan, terutamanya kpd orang yg mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

--------------

Musim bunga, panas, luruh dan salji,
Hari berganti, musim bersemi, mereka datang dan pergi,
Satu perkara yang ku tidak pasti,
Pabila pakaian kita berganti,
Akankah juga bergantinya personaliti?
Kerana aku masih tetap begini,
Masih sepi dan berelegi.

Di antara bunga-bunga nan mekar di musim ini,
Dialah bunga yang paling berseri,
Senyuman indah menambat hati,
Ingin ku petik, kusirami setiap hari.

Isabella,
Namanya seindah orangnya,
Inginku berteman dengannya sekarang juga,
Lalu masihkah kau ingat pada ketika,
Jikalau tidak keranamu, manakan mungkin aku bersama dia.
Karen,
Jika mampu aku kau dengarkan,
Terima kasih aku ucapkan.

Sejak dari itu,
Tidak lagi kita bersama seperti selalu,
Tapi tidak pernah ada peduliku,
Kau sudah ada mereka, sedangkan dia cuma ada aku,
Hempasan ombak laut yang membawa memori kita, langsung tidak mengusik hatiku,

Kini, airmata pun pasti kering di bawah panasnya mentari,
Setiap kali wajahmu kuingati,
Manisnya tembikai terasa seperti tergigit biji,
Kita pada masa itu, kini tidak lagi.

Kau dan aku, makin menjauh,
Tidak ku mengerti mengapa kita bergaduh,
Apa yang ku tahu, hatiku luluh,
Kini ku mengerti, melepaskan itu tidak seindah pohon melepaskan daunnya di musim luruh.
Aku persalahkan dirimu kerana terlalu diam,
Kerana diriku yang naif sudah tenggelam,
Percaya asalkan tangannya kugenggam,
Kami akan berhasil mengharungi kelam,
Menjirus baja buat cinta kami yang tertanam,
Sekali lagi mengapa kau tetap diam?
Melihat dia dalam dakapanku sedang menikam.

Angin sejuk dari selatan mulai merinding tengkuk,
Menandakan makin hampirnya ke musim sejuk,
Aku terngadah selepas terhantuk,
Karen,
Aku masih lagi tidak mengerti,
Mengapa kau hadir di dalam hati,
Bukankah tekad sudah dipatri,
Kau dan aku sudah tidak saling kenal lagi,
Dan yang ku sedari,
Sudah terlambat, tiada maknanya lagi.

Karen,
Tolong jelaskan padaku,
Apa yang tidak kau beritahu,
Mengapa yang kulihat hanya jasad kakumu?
Bukankah kau yang berjanji tidakkan meninggalkanku?
Musim sejuk ini berakhir, bersama terakhir tangisanku.

Aku, tidak akan mampu melupakanmu,
Bagaimana kau kupinggirkan kerana dia, sesalku,
Kesekian kalinya, maaf dariku,
Buat dirimu yang kini di alam yang lagi satu.

4 musim yang seterusnya,
Tidak akan lagi kita harung bersama,
4 musim yang seterusnya,
Semoga kau berbahagia di sana.

------------

Hye, bagaimana dengan puisi Elegi 4 Musim ini?
Selepas beberapa pertimbangan, akhirnya saya memutuskan untuk menceritakan penulisan ini dalam bentuk puisi.
Kerana inspirasi asal juga saya petik dari sebuah lagu, jadi adalah lebih mudah saya mengolah idea dalam bentuk puisi. Sebenarnya cerita ini sudah pun pernah saya terbitkan dalam bentuk cerita, tapi disebabkan saya agak sibuk, jadi tidak berkomitmenlah saya untuk menulis sebuah cerita, maka terhasillah puisi Elegi 4 Musim ini.

Jangan segan silu untuk vote dan tinggalkan komen yang membina diruangan komen di bawah! Terima kasih kerana sudi membaca!

- 13 May 2020, 5:50AM, Kuala Lumpur

Genre ChallengeWhere stories live. Discover now