B U L I

12 0 0
                                    

!!WARNING!!

Banyak perkataan-perkataan kesat yang anda mungkin kurang selesa membacanya.

----------------

Menulis..

Aku sebenarnya tak berapa suka kisah cinta kita. Cliche nak mampos!
Tapi, *tergelak* kalau kau dengar apa yang aku nak cakap ni, kau mesti gelak golek-golek.

Dear Tom, I Love You.

- Jerry

***

Aku dipindah ke sekolah menengah lain. Dekat sekolah sebelum ni aku kena buli. Sebab aku terlalu senyap.

Pembuli: Bodoh! Nerd! Buruk! Kau tolong panjangkan kau punya bang supaya bleh cover sikit muka kau yang buruk tu! Hahahahaha!!

Aku malas nak layan atau lawan balik, aku senyap, senyap dan senyap sampailah aku sedar yang aku salah. Sepatutnya aku kena lawan balik. Bukan aku tak mampu. Setakat mangkuk 3 ekor tu.

Aku, takkan benarkan benda tu terjadi lagi. Takkan sesiapa boleh buli aku lagi!

Sambil aku bertekad di dalam hati, satu tangan menolak bahuku agak keras.

"Tepi sikitlah!"

Aku terkejut lalu memegang bahuku. Aku nampak watak yang patut disyaki dan dia hanya tersenyum dan bergelak ketawa dengan kawan-kawannya tanpa rasa bersalah.

Amboi, banyak cantik.

'Aku kena buli, sebab aku terlalu senyap.'

Jadi aku tidak akan berdiam diri lagi.

Aku akhirnya membuat hal pada hari pertamaku di sekolah baru.

***

Mulai dari hari pertama, aku dah berjaya jumpa musuh. Dah sebulan aku belajar di sini dan setiap hari tidak akan berlalu tanpa aku bertengkar, bergaduh dengan mamat tu! Dari hari pertama lagi dia dah cari pasal ngan aku dan aku dah tak nak diam. Aku takkan biarkan dia jadi pembuli baru aku. Tidak akan.

Semua orang di sekolah kenal kami. Tom&Jerry, siri TV yang terkenal. Jadi diorang dah tak ambil pusing tentang kami.

Dia. Zhafiq Nazman. Aku jatuh benci pada dia saat pandangan pertama. Dia tu bikin panas lah! Dah la poyo, rasa macam nak siat-siat je kulit dia.

Hari ni, dia cari pasal lagi. Dia tolak bekal aku tengah sedap-sedap makan. Habis bertumpahan segalanya. Tebeliak bijih timah aku, eh silap.. bijih mata aku.

Dia cuma bagi aku senyuman sinis dia jadi aku pun tak tunggu lama untuk maki hamun dia.

Kami bertengkar macam biasa, dia tak habis-habis nak ungkit aku dulu yang cari pasal ngan dia sedangkan kalau nak diikutkan, setiap hari dia cari pasal dengan aku dulu pastu guna alasan lapuk. Pigiiiirahh!

Dia pusing kepala lepas dah malas bertengkar ngan aku. Dah takda modal lah tu nak balas apa, biasalah, perempuan kan sentiasa betul.

Tapi, aku tak habis cakap lagi dan berani-beraninya dia menunjukkan belakang di saat aku masih berbicara. Jadi aku tanggalkan kasut aku, baling, kena tepat kepala dia. Puas hati aku!

Dia terkejut bukan kepalang, pegang kepala dia pastu jerit "SAKITLAH BO***!!"

Penonton semua ketawa sajalah.

***

Nazman: Tak guna punya perempuan! Kau tunggu pembalasan aku! 

Dia bercakap sambil Hanif meletakkan bandage di kepalanya yang benjol.

Genre ChallengeWhere stories live. Discover now