BAB 2

6 1 0
                                    

Bab 2

"Hai ibu. Rindu betul dengan ibu." Mira memeluk ibunya. Puas dia menghubungi adiknya untuk ikut bersama datang ke rumah bunglow itu. Tapi tidak dapat langsung.

"Miss you too. Mana Dira? Tak ikut " Pertanyaan Tengku Ira membuatkan Akif dan Acap tercari-cari akan kelibat Dira. Merajuk lah tu.

"Tak. Dira demam." Mira tahu kalau dia bagitau yang adiknya itu keluar, pasti adiknya akan dimarahi. Petang semalam, sebaik adiknya sampai, adiknya pulang dengan Fiq ke kondo milik Dira yang baru sehari lepas dibeli sebaik dibagitau yang mereka akan pulang ke rumah.

Mira sering kali risau akan luka dihati adiknya yang sering kali dilukai. Dia merahsiakan tentang kepulangan mereka semalam dan baru pulang hari ini. Adiknya sendiri tidak mahu mengikutinya balik bersama keluarga. Risau akan dicemuh lagi. Lagipun, dia ikut ke tak mereka tidak akan bersembang dengan dia pun.

"Demam teruk ke? Kalau demam Imra ngan Acap nak pergi tengok Kak Dira ni." Riak muka Acap benar-benar menunjukkan yang dia sedang risau. Akif pulak hanya buat tidak peduli. Kisah apa dia.

"Rekal ngan Hanim dah besarlah siap dapat adik baru. Qyeopta. Alololo comelnya. Geram Aunty Mira tengok." Dicubit ketiga-tiga pipi anak saudaranya. Tasha dan Rykal tersenyum. Nak mengelatlah tu.

"Mira, cakap je yang dia tak nak tengok oppa. Tak yah nak menipu." Dira mengalihkan pandangannya tepat ke muka oppa sulungnya. Tasha dengan pantas memberi Hanim dan Rekal tablet yang dipenuhi video-video kartun semasa Humaira masih tidur. Tidak mahu anak-anaknya itu mendengar apa-apa pergaduhan. Tambahan lagi Rekal sudah pun berumur 4 tahun. senang mahu mengikut percakapan orang lain.

"Manalah Mira nak tahu. Dah dia demam, dia demamlah. Yang oppa ni dah kenapa? Kenapa dia tak nak tengok muka oppa pulak. Sedangkan, Dira tak berhenti-henti bercakap pasal oppa, Acap ngan korang semua pasal betapa rindunya dia kat korang. Dia punyalah habiskan duit kerja dia untuk beli hadiah kat korang semua tau tak." Acap tunduk. Dia rasa bersalah. Benar-benar bersalah akan kekasarannya petang tadi. Akif membuat muka selamba. Dia tidak pernah menyuruh adiknya untuk membeli apa-apa kepada dia. Dia tidak akan manjaganya langsung.

"Dah, dah makan. Nanti sejuk tak sedap." Tan Sri Ahmad memotong. Tidak mahu mereka bertengkar.

"Sayang, Dira masuk hospital." Rykal yang dari tadi bermain bersama anak-anaknya yang sedang berada di dalam bilik mereka yang sudah dibina enam tahun lepas di pejabat menjerit. Mendapat berita dari penyiasatnya membuatkan dia amat terkejut. Nak siasat lain, jumpa lain.

"Betul ke? Jom cepat." Tasha bangun dan mengangkat Humaira. Rykal tercengang selama beberapa minit sebelum faham dengan apa yang dimaksudakan oleh isterinya itu. Ditarik tangan Rekal dan Hanim untuk memasuki perut lif.

"Mommy, where are we going?" Tanya Hanim yang sememangnya comel walaupun memakai baju t-shirt biasa.

"Kita nak pergi lawat Mak lang Dira." Si kecil mengangguk tanda faham. Dia dan Rekal tersenyum. Mahu berjumpa dengan Mak Lang Dira amatlah jarang. Selalu mereka hanya melakukan video call.

"Good morning, Dira." Pintu bilik VIP yang terbuka itu mengejutkan Fiq yang sedang menyuap nasi ke mulut Dira dan berpegangang tangan. Mahu menyedapkan hati perempuan itu. Makanan yang masih di atas riba itu hanya dijamah sedikit sahaja. Fiq mahu menyuapnya lagi tapi ditolak pulak. Nasib... nasib.

"Tutup mulut tu boleh tak. Amboi sweetnya. Dah ada boy-friend rupanya." Rykal mengusik. Dia duduk di sebelah sepupunya itu. Manakala, Tasha duduk bertentangan dengan Rykal. Afiq dan Dira yang baru perasan posisi mereka melepaskan tangan masing-masing. Dah kantoi! Fiq menarik tangan Hanim untuk menjadikan alasannya nanti.

Dira, maafkan kamiWhere stories live. Discover now