BAB 9

5 0 0
                                    

"Rayyan, Aryan good morning. Awal bangun harini." Sapaan grandma Rayyan abaikan. Aryan hanya mengangguk dengan muka kelatnya. Mereka berdua benar-benar tak de mood tambah-tambah rumah mommy ada ramai kawan-kawan mommy dari Malaysia.

Dengan mereka yang baru bangun dan hanya membasuh muka dan menggosok gigi. Kenapa tak mandi? Sejuk kot.

Aryan tarik tangan Rayyan tiba-tiba menuju ke kolam renang yang selalu mereka sekeluarga buat lawak sambil mandi setiap hujung minggu.

"Kau ingat?" Dia pandang Aryan dan mengangguk perlahan memandang kolam renang sebelum Rayyan dan Aryan duduk dan meletakkan kaki ke dalam kolam renang tu. Sejuk tapi kami biarkan.

"Tempat kita sellau main dengan daddy and mommy. Tempat daddy and mommy sweet2 tak ingat kita. Tempat daddy ajar kita berenang and sekarang kita dah pandai." Kata Rayyan lebih mendalam. Mata mereka masih memerhati kolam itu.

"Haah. Aku ingat lagi sebelum mommy masuk hospital yang kita duduk malam-malam tu tengok bintang sambil dalam air walupun sejuk. Kita bincang pasal masa depan. Rasa macam semalam jekan." Dia pandang Aryan dan dengan jelas Rayyan nampak wajah Aryan sudah mengalirkan air mata. Rayyan pun mulalah.

"Haah. I miss already they two."

"Kita kena kuat. Kita dah janji dengan daddy." Aryan bangun berdiri dan tiba-tiba muncul idea jahat dalam kepala otak Rayyan

SPLASH!!

"Rayyan! Sejuk tho. Kurang asam kau kan? Kau tunggu kau." Kolam renang yang dalam itu sudah biasa bagi Rayyan dan Aryan kerana sejak kecil mereka dilatih berenang. Aku menjelirkan lidah.

"Rayyan tolong aku! Aku, aku lupa cara nak berenang." Dia kalut melihat diri Aryan yang sudah lama di dalam air dan tanpa membuang masa Rayyan juga masuk ke dalam air.

"HAHAHAHAH! Sayang jugak kau kat aku kan? Wow! I feel so happy." Geram melihat wajah Aryan sekarang. Sebab dia tengah seoronok gelakkan aku. Terus aku berenang menuju ke arahnya dan menangkap lehernya.

"Wei, wei, sorry Rayyan. Let me go."

"Let it go lah kau. Aku lemaskan kau kang."

"Wei Rayyan. Aku nak hidup lama wei. Aku tak masuk sekolah rendah lagi. Aku tak nak ikut jejak langkah lagi."

"Tengkorok kau jejak langkah!" Rayyan dengan perasaan geram plus seronok macam syaiton terus melarikan diri sebaik sahaja melemaskan dia sekali lagi.

"Kau nak lari mana hah? Kau tunggu kau!" Terus ditarik wajah Rayyan yang flawless ni dan naik atas badan Rayyan. Bapak ah adik aku ringan gila.

"Jalan kuda ja-"

"Ya allah dua ekor ni! Naik cepat nak makan." Rayyan dan Aryan pandnag wajah Liya yang sudah memerah sebelum mereka berdua menuju ke tanga kolam dengan wajah kembali serius. Diambil tuala yang Lya bagi tadi dan terus menuju ke bilik masing-masig.

"Diorang tak okay lagi?" Liya pandang Kay yang baru sahaja sampai bersama seorang bayi lelaki.

"Tak lagi. Kau tengoklah diorang ikut perangai dua manusia tu kan. So, diorang memang takkan okay la tu."

"Aku harap diorang okay. Kesian aku tengok diorang. Bila aku tengok diorang, aku teringat kat Fiq dengan Dira." Liya mengangguk. Kay dipandang sekilas.

"Aku rasa, diorang dua dah berubah." Seorang lagi manusia datang. Keya. Kawan Dira yang paling rapat dengan Rayyan dan Aryan.

"What do you mean?"

"Diorang dulukan happy go lucky tapi tengok sekarang, diorang dha berubah seratus peratus."

---

"Turun pun cucu grandma dua orang ni. Mai makan cepat. Dah lama kamu dua duduk dalam bilik tu." Aryan dan Rayyan berpandangan. Bohonglah kalau kata mereka tak lapar.

Smapai di meja makan yang besar itu sudah dipenuhi beberapa orang manusia dan budak-budak. Hanya tinggal dua lagi tempat duduk. Tempat duduk dia dan Rayyan. Tempat duduk mommy dan daddynya sudah diduduki oleh Mira dan Kay. Mereka pandang lama ke arah dua manusia itu sebelum ditegur.

"Ray, Ayan, what's wrong?"

"Nothing grandma." Terus Rayyan mencapai pinggan yang berisi nasi itu dan dia mencedok beberapa lauk sebelum duduk diikuti Aryan.

"Rayyan, Ayan, lepas ni duduk dengan grandma tau." Tangan yang baru nak menuap nasi buat kali kelima terhenti. Aryan yang masih makan tersedak.

"Ray tak nak." Dia sambung makan kembali.

"Takkan Ray nak duduk sini sorang-sorang?" Grandpa bersuara perlahan.

"Ray tak kisah. Apa yang Ray tahu, Ray tak nak keluar dari rumah ni sebab ni rumah mommy and daddy!" Suaranya hampir naik satu oktaf tapi Aryan sempat mengusap bahunya. Abang dia ni memang panas baran sikit kut perangai Fiq.

"Ray, Ray tak boleh duduk sini sorang-sorang. Nanti kita datang sini selalu okay?" Pujuk Min-Ha pulak.

"Ray kata tak nak kan! Dah Aryan jom. And aunty, uncle, please jangan duduk tempat mommy and daddy!" Tersentak semua di meja itu mendengar jeritan Rayyan.

"We Ray bagi aku habis makan dulu!" Terus nasi itu dimakan dengan lahap sehingga penuh mulut.

"Tunggu kau makan? Setahunlah... Aku blah lu." Melihat Ray yang sudah tolak kerusi itu membuatkan Aryan turut bangun dengan mulut yang comot. Cakap pun tersembur.

"Grandma, Ayan bawak ni masuk bilik tau." Terus dia bergerak ke arah meja yang terdapat beberapa tong biskut. Dicapai dua tong biskut dan terus naik ke atas.

"Nak buat macam mana ni ma?" Illa memecahkan kesunyian itu.

"Nak buat macam mana? Salah sorang dari kita kena stay sini." Isha bersuara.

"Aku duduk sini." Semua memandnag Illa dan mengangguk Setle masalah ni.

"Mira, Kay, jangan ambik hati kat bebudak tu. Biasalah orang tengah sedih." Mira dan Kay yang masih mencerna apa yang terjadi tersentak. Mereka mengangguk lambat-lambat.

Dira, maafkan kamiWhere stories live. Discover now